Hani's Precious

Thursday, September 5, 2013

Kenangan Lalu

As salam...

Ni barang2 yang me jumpa di Pasar Karat Muar hari tu & bila tengok barang2 ni... kenangan lama melintas di ingatan.

Dapur Minyak Tanah @ Minyak Gas
Me sempat merasa dapur kayu (zaman sebelum bersekolah), bawak kepada dapur minyak tanah (zaman sekolah rendah) sebelum menggunakan dapur gas sampai sekarang. Sebelum dapur minyak tanah, ada keluar dapur arang tapi seingat me kuarga kami tak penah guna dapur arang. Kami penah menggunakan dapur minyak tanah 1 tungku & 2 tungku yang macam ni. Kalau me rajin me akan tolong isikan minyak kalau minyak dah abis. Me takde masalah nak isi tapi yang tak sukenyer lepas isi tu tangan akan berbau minyak Tanah & susah nak ilang bau ni

Chaptee
Budak2 sekarang tah tau tah tak apa tu chaptee. Chaptee ni salah satu permainan mase zaman me & abang2 me kecik2. Dulu chaptee kami buat sendiri. Kami kumpul bunga kemboja yang gugur, ikat ngan getah kemas2 & dah boleh main. Chaptee ni, mainnyer guna kaki, lambung chaptee tu ngan kaki, kalau tak dapat sambut & jatuh ke tanah, so tak boleh teruskan main & kena pass pada orang lain. Orang yang paling banyak dapat lambung dikira sebagai pemenang.

Papan Hitam @ Papan Hijau
Masa kecik2 dulu me ader papan hijau ni. Buat belajar2 menulis. Dulu2 mane ader sangat kertas2 & pensil & pen macam sekarang. Kalau dah ader papan hijau, mestilah kena ader kapur tuliskan. Kalau tak macam mana nak tulis kat papan tu. Pemadam tu optional, kalau tak de pun tak pe, boleh jer guna kain untuk padamkan apa yang dah ditulis kat papan tu

Penyembur Semut
Ni la alat yang kami gunakan untuk menyembur semut or lalat tapi biasanyer semut la. Arwah bapak akan isi racun semut dalam tin bulat tu & lepas tu tarik & tolak alat yang hujung sekali tu untuk menyembur racun. Me tak berape suke bau racun semut tu tapi terpaksa la guna, takde pilihan kan. Sekarang lain laa, kalau tak suke bau ridset, leh guna mortein ke, bygone ke & macam2 lagi produk kat pasaran tu

Pengenchap Telur
Kelakar lak rase nama dier tapi ni name yang kami guna la, tak tau la pulak orang lain panggil mende ni apa. Arwah mak guna mende ni untuk memukul telur & gula untuk buat kuih bahulu. Biasanyer mende ni dibuat dari tembaga. Masukkan telur & gula dalam pasu besar & pukul la guna alat ni sampai adunan tu kembang. Berjam2 memukul sampai lenguh tangan baru adunan tu kembang, sebab tu kena amik giliran, bertukar2 orang mengenchap

Tarmos Air Batu
Dulu kami ader mende ni, besar sikit saiz daripada yang kat gamba ni. Guna untuk simpan air batu. Dulu mase kecik2 mane ader peti ais. So, bila beli air batu kat kedai, kami simpan ais or buat air dalam tarmos ni. Rasenyer mase darjah 5 or 6 baru ader peti ais kat rumah (Anjang beli bila dia dah keje)
 
Cucur Tangan
Arwah atuk me penah ader cucur tangan camni. Me memang admire cucur tangan ni dari me kecik lagi. Tah dah dicampak ke mana la sekarang ni kan. Dah tak nampak bayang. Me suke tengok bentuk cucur tangan ni... cantik!!
 
Lesung Kayu
Arwah mak ader 2 lesung kayu, satu saiznyer besar & satu lagi kecik cam kat gamba ni tapi lesung kami, buatan & bentuknyer lebih cantik lagi. Biler balik kampung pun, me dah tak penah nampak dah lesung2 tu. Tah2 dah kene bakar, tak pun dah abis dimakan anai2. Biasa laa biler dah takde baru nak hargaikan... dulu depan mata pun tak endah
 
Seiingat me mak akan guna lesung ni untuk tumbuk ubi kayu yang dah dikeringkan. Kenape mak jemur & keringkan ubi... sebabnyer, dulu ubikan salah satu makanan utama jugakkan, so orang2 kampung ramai yang tanam ubi.  Bila musim hujan, air akan naik & sebab tak nak ubi2 tu jadi busuk sebab terendam air, mak akan cabut ubi tu & sagat nipis2, pas tu jemur & bila dah kering... tumbuk untuk dijadikan tepung ubi. Gigihnyer orang dulu2kan, so anak2 hargailah pengorbanan & susah payah mak bapak membesarkan kita semua.Tepung ubi tu arwah mak akan buat bubur candil
 
 Tonik Chop Gajah
Haaa... ni laa minuman kesihatan arwah atuk perempuan me (Atuk Ramlah). Orang Johor, panggil nenek pun atuk jugak. Atas dari atuk perempuan baru panggil nenek. Dulu mane ader banyak minuman kesihatan macam sekarang. Memang sangat femeslah tonik cap gajah ni. Berbotol2 laa atuk me tu minum. Setiap botol ader disertakan dengan gelas plastik percuma kaler oren & kekadang ader jugak sudu percuma
 
Ni la sudu percuma Tonik Chop Gajah tu. Me ader simpan 1 tapi tak ingat letak kat mane
 
Kete Morris Minor
Sangat nostalgia kete ni, arwah atuk me (Atuk Mansor) dulu ader kete Morris Minor wane biru lembut. Arwah mak bagitau, Atuk Mansor orang kedua beli kete kat kampung me tu selepas tok penghulu. Arwah atuk antara orang terkaya kat kampung, tanah dier kalau dikira mahu dekat 100 ekar, ader 3 buah rumah di Petaling Jaya & saham Bas Sri Jaya (tak tau la aper jadi ngan saham tu... bas Sri Jaya sekarang ni pun tak tau wujud lagi ke tidak)
 
Me ingat dulu mase kecik2 pegi KL/PJ naik kete ni. Mase tu belum ader highway, so ikut jalan lama 4-5 jam baru sampai ke KL/PJ & sepanjang perjalanan of coz laa kene bukak tingkap kete sebab takde aircond (me tak suke sangat kalau diaorang bukak cermin kete besar2 sebab angin kuat menyerbu masuk & terkena muka tapi mase tu kecik... nk cakap pun tak berani... heee..)
 
Tapi sekarang kete ni dah jadi arwah, sepupu me dah mengarwahkan kete tu. Kalau masih ader mesti sangat bernilai kete tu. Bernilai dari segi sentimental value

Basikal Jantan
Nape kami panggil basikal jantan, sebabnyer basikal ni ader palang kat tengah2 dier tu.  Tah aper fungsi palang tu pun me tak tau. Arwah Bapak guna basikal macam ni dulu. Tah mane pegi basikal2 tu sekarang..

  Ni laa...barang2 yang me bawak balik dari Pasar Karat tu, tak cuci pun lagi, amik jer gamba. Murah sangat klau compare ngan market price. Piring kuih Single Big Rose tu me dapat RM3.50 jer sekeping, teko & cawan mulut lebaq tu pun murah... tapi tak leh cakap rege... rahsiaa... hee... Yang penting murah banyak compare ngan rege kat Amcorp Mall & Anggerik Mall
 
Habis sudah citer Pasar Karat Muar... nanti bebile me nak intai2 lagi, tu pun kalau orang tu nak bentikan kete laa, kalau tak tengok jer laa sepintas lalu dari  dalam kete odw balik ke KL :)

No comments:

Post a Comment