Hani's Precious

Monday, March 31, 2014

Jaipur & Jantar Mantar

As Salam...

Selepas makan di restoran yang kurengss itu, kami meneruskan perjalanan ke Jaipur. Check-in di Holiday Inn... okay hotel ni.. selesa. Berehat sekejap sebelum kuar semule petang tu untuk jalan2 di Bandar Jaipur.
 
Perghhh... bukak2 jer tv kat dalam bilik hotel tu... terus kuar gamba mamat ni. Beso betul pengaruh dier kat India ni kan
 
Bandar Jaipur... yang dikenali sebagai Pink City sebab semua bangunan dalam bando tu wane pink tapi me tengok bukan pink pun... ni macam wane bricks tapi memang cantik laa...

Kedai jual barangan kraft, t shirat dll dalam perjalanan menuju ke Jantar Mantar. Kedai2nyer buruk jer tapi depa panggil Handicraft Emporium.
 
Me dah aim nak singgah kat sini.. nak cari t-shirt tuk wat sebenier... murah bebeno regernyer beb...
 
Tak tau aper mende makanan yang dijual ni... macam maruku tapi ader tomato, cili hijau & bawang. Bungkus ngan kertas jer... cam mesia taun 50an kot

Yang ni keropok beras katenyer
 
Masih ader lagi kete kuda kat Bandar ni... lebih kepada nak bawak pelancung tuk sight seeing rasenyer

Haa.... nilah Jantar Mantar tu yang dah diwartakan sebagai A world heritage site
 
Antaranyer sebagai tempat mengukur masa dengan kaedah cahaya matahari gitew tapi me kagum ngan tempat ni & orang yang membinanyer. Sangat2 tepat masa yang diukur mengunakkan kaedah ni.
 
Yang ni untuk menentukan kedudukan matahari berada di mana... kalau tak silap
 
 
Ni pulak untuk menentukan bulan2 & zodiac... Januari, Februari dsbg..
 
 
 
Cam biasa laa kan.... perkara yang wajid dilakukan...  Photo session :D
 
Budak kecik ni  x mudah meragam & senang dibawak berbincang... hahahaa... Sayang Orkid..


 
 
Selesai di Jantar Mantar... Tourist guide bawak kami ke tempat lain pulak. Biasa laa kan, diaorang akan bawak ke tempat2 perusahaan kraftangan diaorang, so diaorang dapat laa komisyen gitew.

Selamat Pagi Delhi & Jom Ke Amber Fort

Assalamualaikum...

Pagi2 lagi kami dah bangun & bersiap sebab kol 7.30AM dah nak bertolak ke Jaipur. Anak buah me sewakan van yang depa panggil Tempo. Selesa van tu & boleh isi dalam 12 orang penumpang gitew. Uncle driver & pembantu dia baik & sopan orangnyer tak macam sesetengah orang depa yang kasar dan penipu tu.
 
Lepas sarapan pagi... kami bertolak ke Jaipur. Maka bermulalah pengembaraan kami di bumi India. First time sampaikan... mesti nak bukak mata luas2... tengok pemandangan sekeliling. Walaupun bukan pemandangan yang indah dan menarik tapi tetapi nak tengok jugak sebab ianya akan menjadi kenangan. Kat Delhi ni ramai penduduknyer yang susah & boleh kate merempat... berumah ditepi2 jalan, di pondok menunggu bas. Rumah setinggan diaorang dah macam tempat pembuangan sampah sarap me tengok, sangat2 dhaif. Buang air kecik & besar kat tepi2 jalan dah jadi lumrah kehidupan diaorang. Ramai peminta sedekah & penjual pelbagai barangan yang akan datang ke kenderaan bile kenderaan berhenti bile jam ataupun tunggu lampu isyarat. Depa pun pandai.. depa tuju kat kenderaan yang bawak pelancung2. Me tak nampak pun depa kacau kete2 biasa. Ader satu mase tu... tempo berenti sebab traffic light merah & ader sorang perempuan dukung baby datang ke kenderaan kami... merayu2... punye laa panjang lebar bercakap dengan nada sedih. Me tanya uncle driver, apa dier cakap. Uncle driver jawab "that is the way of business to get money"... hahahaa!! Boleh gitu jawabnyer tapi betul laa aper yang uncle to cakap. Memang cair laa hati me tengok pemintak2 sedekah ni... belum lagi ngan kanak2 & budak2 kecik... hulur laa setakat yang mampu. Kekadang takde duit kecik, so me bagi laa biskut or coklat or gula2 yang ader. Depa terima jer. So sesape yang nak pegi ke India lepas ni, bawak ler duit kecik or makanan2 ringan lebih2 sebab boleh disedekahkan kepada orang2 yang susah nanti. Tapi kene bagi sorok2 sikit, kalau tak nanti kene serbu ngan yang lain2... susah pulak.

Perjalanan dari Delhi ke Jaipur amik mase dalam 5 jam gitu. Me pun menadah ler ipad me kat tingkap tempo tu. Mane2 yang me rase menarik me amik jer gambo. Boleh kate hampir sepanjang perjalanan kami berjumpe dengan kumpulan orang2 berarak sambil bawak bendera & ader sesetengahnyer yang pasang speaker kat atas kenderaan & menyanyi2. Ala2 Thaipusam ler kalau kat Mesia ni.

Dalam perjalanan ke Jaipur, tempat pertama yang kami lawat adalah Amber Fort... Satu kota yang terletak kat sebuah bandar yang dipanggil Amer.  Hebat kota2 lama kat India ni. Kagum me dengan buatannyer. Tourist guide adalah terangkan pasal Amber Fort ni... Dengar laa...tapi malas nak concentrate sangat... Hahaa.. Boleh  baca kat sini la sape2 yg nak tau pasal Amber Fort ni.
 
Kita sarapan dulu

Tengok laa betape kembangnyer rambut si Orkid kalau baru bangun tido
 
 Ni laa antara kumpulan yang berarak tu.. ala2 Thaipusam, cumenyer tak bawak kavadi jer
 
Kat Bandar Amer ni banyak gajah2 untuk bawak tourist menikmati pemandangan
 
Pemandangan dari tempat kami berhenti sebelum menaiki jeep untuk naik ke Amber Fort yang kat atas bukit tu. Memang adventure betul rase naik jeep untuk naik ke Amber Fort tu... kalau Atam ikut, mesti dier dah terjerit2 dalam jeep tu... hahaa...
 
 Photo time.... :D
 
Suasana dalam Amber Fort... kami tak naik pun yang atas2 tu... rugikan... dah datang sesekali patutnyer jelajah habis2 tapi ader yang tak nak laa pulak.. huhuu...
 
 
Toke kambing kuzi yang tak boleh jumpe kambing.. hahahaaa...
 
Pemandangan rumah2 disekeliling Amber Fort
 
Makanan pertama kami di restoran di India. Tak ingat aper nama restoran ni. Kami oder Garlic Nan & Butter Nan yang dimakan dengan Yellow Dhal, Mushroom soup yang macam air kanji jer rupe dan rasenyer & air mango.
Kesimpulannyer... makanan yang sangat simple tapi mahalll & kurenggggss!!! Cume air mango jer yang sedap
 
Okay... kita sambung nanti.

Sunday, March 30, 2014

Delhi... Me Datang!!

Salam Sejahtera...

Meneruskan projek mengentry citer2 yang tertangguh..

1st time flight ngan Malindo Air mase gi ke Delhi hari tu. Memang tunggu jer Malindo buat penerbangan ke sana.... nak naik MAS mahal ler, beza banyak ler jugak. Sayang duit... leh shopping banyak dengan perbezaan reger Malindo ngan MAS tu. Flight kami kol 6.25 PM... tak sangka lak, kami sepenerbangan dengan boss anak buah me yang duk kat Delhi tu. Boss dia balik ke Mesia beberape minggu sebelum tu sebab ayah dier meninggal dunia. Selesa naik Malindo ni... tempat duduk lebih luas dari Air Asia & ader tv kat setiap tempat duduk... tapi kalau penerbangan domestic takder tv rasenyer.

Disebabkan 1st time naik Malindo Air... kami tak tau ler pulak depa ni serve makanan. Ingatkan macam Air Asia yang semenyer kene beli tu kan. So, mase booking dulu me oder laa makanan tapi biler dah dalam flight me tengok seme orang depa serve... dalam ati kate... takkan seme orang oder makanan pulak. Dah tu seme same jer makanannyer. Selain biskut & air, hari tu depa serve nasi putih, kari ayam & sayur.  Rasa & quality makanan yang sedap & bagus bagi me. Me harap Malindo kekalkan prestasi diaorang ni. Pas tu tak berape jam lepas makan nasi yang diaorang serve tu, nasi yang kami oder pulak sampai. Mane nak makan... perut dah kenyangkan. Sudahnyer... kami bawak balik ke rumah anak buah di Delhi jer makanan tu. So, sesape lepas ni kalau naik Malindo takyah ler susah2 nak oder makanan yer. Tapi kalau penerbangan domestic... me tak pasti lak ader makanan percuma ke tak.

Makanan percuma from Malindo Air


Sampai di Delhi pukul 9.30 PM waktu diaorang... kalau waktu mesia dah kol 12AM rasenyer. Boleh tahan besar & cantik airport di New Delhi. Alhamdulillah urusan check-out mudah jer... tak banyak songeh pun. Cuaca di Delhi sejuk & nyaman jer tapi sekarang dah semakin panas rasenyer. Borak2 & makan2, kemas beg untuk perjalanan esok &  tido. Esok pagi2 kami akan meneruskan perjalanan ke Jaipur & Agra.

Selamat Malam Delhi!!

Gambo2 airport New Delhi yang me amik dari google jer... tak sempat ler nak amik2 gambo bagai mase sampai hari tu



Cantikkan airport diaorang ni tapi kawalan ketat sikit nak compare ngan Mesia. Antaranyer sedare mare or orang2 yang nak tunggu ketibaan or nak menghantar  tak leh masuk ke dalam bangunan airport tu... kene tunggu  & hantar setakat kat luar bangunan jer. Salah satu cara nak cegah keganasan lah tu... kat India kat selalu jadi orang letup2kan bom ni.

Saturday, March 29, 2014

Projek Pengairan Yang Menjadi

As Salam...

Antara perkara pertama yang me buat bile sampai ke rumah mase baru sampai dari New Delhi hari tu ialah check aper dah jadi kat anak2 pokok cili me tu. Dah terbayang2... anak2 pokok tu dah kekeringan & bertuko wane ke coklat dah. Tapi bile tengok jer...Wah!! Alhamdulillah!!! sejuk mata memandang akan kehijauannyer... :D.  Seminggu ditinggalkan dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni tapi masih subur lagi. TQ Allah kerana projek pengairan me menjadi nampaknyer.

Ni gamba mase baru balik hari tu

N ni gamba semalam. Dah semakin membesar & nak kena pindahkan pokok2 ni.... huhuu... macam ler banyak sangat tanah nak tanam pokok2 ni seme. Nampaknyer terpaksa laa dibuang separuh dari anak2 pokok cili ni. Cam sayang jer tapi nak wat camanekan...
 
Kalau ler ader kawasan & tanah... mesti me dah jadi petani kecil2an gitew. Jadi petani untuk mengurangkan kos belanja dapur yang tukang makannyer hanya 2 orang tu... hahaa..

Friday, March 28, 2014

Misteri MH370

Salam Jumaat.... Penghulu segala hari.

Lama me tak mengN3. Lepas balik dari India... busy macam2 mende, mendobi baju2 kotor, mengagih2kan sebenier, PIL datang rumah, balik kampong majlis perkahwinan cucu saudara & penyakit M jugak.
 
Sebelum me mengentri kisah2 di India, me nak ambik kesempatan untuk menzahirkan kesedihan atas aper yang berlaku ke atas pesawat MAS MH370. Me berdoa semoga waris2 krew2 penerbangan dan jugak ahli kuarga penumpang sabar & tabah menerima ujian ini. Berdoalah semoga roh2 mereka tenang di sana.
 
Bayangkan laa... kehilangan pesawat ni berlaku pada hari yang sama me nak berangkat ke India. Pagi 8/3/2014... me bace kisah  kehilangan pesawat ni di FB. Memule tu ingat rumors jer tapi bile denga berita kat tv... sahih laa pesawat yang sepatutnyer mendarat di Beijing tapi MIA. Bile me sampai di KLIA pade petang 8hb tu... terdengar paramugari2 bercerita sesame diaorang pasal kehilangan pesawat ni. Dah tentunyer kawan2 diaorang yang kat dalam pesawat tu kan. Sedih & cuak pade mase yang sama. Sedih sebab terbayangkan kemungkinan2 yang buruk pade pesawat yang hilang tu & cuak sebab kami nak flight sekejap lagi.
 
Macam2 spekulasi yang me dengar pasal kehilangan ni. Sampai ke hari ni... dah masuk hari ke 20 pesawat MH370 hilang & dikatekan tempat terakhirnya adalah di dalam Lautan Hindi. Sekarang usaha mencari tengah dijalankan. 26 Negara berkerjasama mencari & daripada satelit depa dapat kesan seolah2 ada serpihan kapal terbang di permukaan laut tapi fizikalnyer belum lagi dijumpai.
 
Selepas tragedi kapal tebang jatuh di Tanjung Kupang Johor... me rase ini kisah kedua yang sangat memilukan. Mase tragedi Tanjung Kupang tu umur me 7 tahun... tak berape nak ingat sangat, yang me ingat orang2 tua & dewasa... kecoh2 bercerita pasal tragedi tu. Dan sekarang selepas 37 taun  berlaku lagi peristiwa yang hampir sama tapi rasenyer kali ni pencarian lebih susah & banyak persoalan yang timbul.
 
Sebagai manusia normal, tentunyer kita masih berharap sesuatu yang baik akan berlaku tapi apa2 pun sebagai umat Islam... kita percaya akan qada & qadar Allah S.W.T. Kita harus redha menerimanyer & percaya sesuatu yang berlaku ader hikmahnyer.
 
Gamba2 yang me dapatkan dari Google mengenai MH370
 
Pilot & Co Pilot MH370 - Kapten Zaharie Ahmad Shah & Fariq Abdul Hamid
 
12 anak kapal & 227 penumpang dari pelbagai negara yang terlibat dalam kemalangan ini
 
PRAY FOR MH370 
  

 
Al Fatihah untuk krew2 & penumpang2 MH370 yang beragama Islam. Me doakan semoga roh mereka tenang & mendapat keredhaan Allah S.W.T. Aameen!!

Friday, March 7, 2014

Projek Bumi Hijau

As Salam...

Projek Bumi Hijau me baru nak bermula... me memang minat bercucuk tanam ni tapi tanah jer takde. Kalau ader tanah haruslah segala pokok2 untuk bahan2 yang digunakan untuk masakan tu me dah lame tanam. Cam pokok serai, kunyit, kari, halia, limau purut, limau nipis, daun kesum, saderi, pandan dll. Kalau takde, semenyer nak kene belikan... kecuali lah kalau balik ke kampung... semenyer me angkut bawak balik ke kl.
 
Baru2 ni me semai benih lada... dari biji2 lada kering yang jenis besar & tak berkedut tu. Me confuse sebenarnyer sebab ader orang cakap, lada kering yang tak berkedut tu yang tak pedas tapi ader pulak yang cakap yang jenis berkedut yang tak pedas. Tah laa... apa2 pun bagi me kalau dah lada tu memang pedas ler... tak berape tau nak membezakannyer. Bagi orang yang tak kuat pedas cam me ni, kalau boleh tu memang ler nak  cari lada yang kurang pedas gitew. Dulu2 me selalu oder nasi puteh & tomyam & me akan pesan tomyam tak pedas.. bukan kurang pedas tapi tomyam tak pedas.... hahahaa!!! Ader ke tomyam tak pedas... pelik jer muka adik waiter tu me tengok biler dia dengo tomyam tak pedas.
 
Tapi me risau nih... depa ni baru jer nak tengok dunia tapi esok me dah nak berangkat ke New Delhi. Seminggu kat sana, harus laa depa ni semua mati kering, dah laa cuaca panas sekarang ni. Nak wat camane ya? Me ader laa terpikir satu cara tu tapi tak tau laa berhasil ke tak. Nak tau menjadi ke tak, kene tunggu me balik dari India dulu. 
 
 Semoga membesar dengan sihat & dapat mengeluarkan hasil yaa...
 
 
 
Pasni ingat nak tanam pokok kesum pulak... hari tu dah tanam pokok pudina & dah habis mati.. dapat hasil ckit jer.

Wednesday, March 5, 2014

Budak2 Comel

Assalamualaikum...

Huhuu... selain tolong rewang kat kenduri kahwin tu... me jugak merewang mende lain,  main2 ngan budak2 comel ni. Geram tengok, comel2 semuanyer. Ni kucing jiran abang me yang buat kenduri kahwin tu. 5 ekor seme budak2 kecik yang comel ni.


 
Ni siibu yang tak berape pandai nak jaga anak. Cian anak2 dier, tak cukup susu sebab ibu ni tak suke duduk dalam sangkar, dier pandai bukak pintu sangkar untuk kuar dari sangkar tu tapi dier tak pegi jauh... Duk2 sekitar sangkar jugak& kalau ader orang datang tengok anak2 dier, cepat2 dier datang dekat sangkar. Tau jugak dier sayang kat anak2 dierkan.

Sape laa punye keje ni, baling kulit terung kat si ibu & yang bestnyer boleh si ibu ni biarkan jer kulit terung tu macam tu, tak buang pun... me sedar pun bile si Syamil tergelak2 tengok si ibu ni

Antuk sangat nih...

Awas... si panther is in action
 
Hmmm... dalam hati ader kucing  :p   =^..^=