Hani's Precious

Thursday, April 30, 2015

My 1st Time Kuih Keria

As Salam...

My 1st time kuih keria from A to Z.  Maksudnyer dari mula mengupas ubi keledek sampailah menyira kuih keria tu.  Biasanyer me hanya menolong jer, mase kecik2 tolong arwah mak & biler dah besar tolong kakak pulak. Biasanyer tolong kupas keledek, tolong bentukkan kuih tu & tolong goreng jer. Ader gak tolong menyira sekali dua.

Alhamdulillah, berjaya dengan jayanyer me membuat kuih keria ni. Lembut & sedap secukup rase. Sukatan tepung tu me main agak2 jer, ingat2 kan semula macamane lembut adunan keledek + tepung yang  Atam buat  mase kat kampung.

Keledek wane oren  ni cucu saudara me si Amal yang bagi. Heee... lame jugak me biarkan keledek tu kat dapur. Last2 terpikir nak wat kuih keria ni. Alhamdulillah masih okay lagi teksture & rase dier... takut gak me kalau2 ubi keledek tu dah tak okay kan.

Kuih peberet me ni dari kecik sampai laa sekarang.  Suke sangat makan kuih keria ni dulu tapi sekarang sesekali jer makan, kena kurang2 kan sebab manis kan.

Kuih keria siap digoreng

N siap disira... Bleh mkn sudah...

Bangga rasenyer dapat buat kuih keria ni dengan jayanyer. TQ Allah. Biar laa orang nak kata,  alahhh kuih keria jer punnn. Ader me kisah... setiap sesuatu mesti ader permulaannyer kan.

Wednesday, April 29, 2015

Biskut Raya... Kuih Raya 2015

Assalamualaikum,

Haa... Semalam me dah promote Stokisria kan, harini me nak promote kuih or biskutnraya pulak.

Heee... Puasa pun belumkan tapi dah sibuk pasal kuih raya. Tak sibuk pun, me cume tolong promotekan untuk saudara me jer. Kena la promote dari sekarang... puasa dah tak lama dah pun, pastu dah raya kan.

Saudara me ni memang pengusaha makanan cam biskut or kuih2 raya, kek, roti & jugak kuih muih tradisonal melayu yang lain. Salsabila's Bakery Shop ni terletak di Kota Bharu, so sesape yang berdekatan tu leh laa terus ke kedai ni. Peta untuk ke kedai pun ader disertakan kat bawah tu. Bagi sesape yang berminat nak beli or nak jadi agent tu boleh call terus ke nombor2 telefon yang disertakan di gambo tu untuk berhubung dengan Kak G (Puan Najibah Zaid) ataupun pembantu2nyer. Sila call cepat yer... takut dah penuh lak nanti quota utk agent.

Ader lebih 30 jenis biskut & kuih2 raya untuk tahun 2015 ni. So boleh laa pilih mane yang berkenaan di hati ya :D 
Salsabila's Bakery Shop. Tel :013-9230202, 019-9230668 & 011-29410088



Selain biskut2, maruku pun ader jugak

 Yang terbaru... Maruku kacang peas

Ni peta untuk ke Salsabila's Bakery Shop ya

 Okay selamat menyopping biskut2 raya :D

Tuesday, April 28, 2015

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikkan Anda Di Stokisria.com

As Salam,

Jom menyopping barangan kesihatan & kecantikkan di Stokisria.com. Macam2 jenis produk yang terdapat di pasaran ader di stokisria & yang bestnyer boleh dapat potongan harga antara 20% ke 30% (mengikut produk) ya. Tak perlu jadi stokis pun untuk dapatkan potongan harga tu. Pilih jer barangan yang berkenan or yang sememangnyer digunakan sebelum ni, tak kira la berapa barang pun tetap dapat potongan harga tu.  Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli STOKISRIA.
Sila click ke link stokisria di atas tu ya untuk pegi direct ke laman web stokisria.

Cara Daftar Ahli STOKISRIA

Langkah 1 – Buat pembelian pertama (pada harga runcit) minima RM50 sahaja.
Langkah 2 – Sebaik sahaja pembelian pertama anda sah, keahlian anda akan dinaik taraf kepada Ahli STOKISRIA.
Langkah 3 – Sebagai Ahli STOKISRIA, sebaik sahaja anda login menggunakan username (email) dan password yang telah didaftar semasa pembelian pertama, secara automatik semua harga telah diberikan diskaun 20%.

Screenshot laman web Stokisria


Antara barangan2 yang ader dijual di Stokisria


Untuk mendapatkan info yang lebih jelas sila layari laman web Stokisria.com.

Ok, Happy Shopping :D

Sunday, April 26, 2015

Purple Love

Salam Sejahtera...

Makan keledek rebus gitew, sesekali tu teringin. Lagipun me ader terbace yang keledek ni bagus rupanyer. Ader khasiat yang tinggi, tertutamanyer keledek kukus. Ader macam2 khasiat & vitamin - kabohidrat, gula, vitamin A, B, C, kalsium, kalium & macam2 lagi. Sila laa google kalau nak tau lebih detail.

Ni keledek unggu yang me beli kat pasaraya

Bila me belah salah satu daripada keledek tu, me perasan cam bentuk love pulak keledek ni... purple love gitew... Hahahaaa...

Jom makan keledek gebus..murah & berkhasiat.

Saturday, April 25, 2015

Budak2 Hitam

As Salam...

Beso dah bebudak hitam Atam tu.. Dah jinak ckit compare ngan sebelum ni. Macam ibu depa jugak yang tak mesra alam tu. Susah nak amik gambo kelima2nya. Biler me datang dekat jer.. Sibuk ler memasing nak lari... Takut bebeno orang nak mengapekan dier tau.

Ni salah sekornyer. Me panggil dier Charlie. Tah jantan tah betina me panggil jer dier Charlie sebab dier ader wane hitam kat atas mulut dier tu cam misai Charlie Chaplin. Jangan harap me dapat check jantina dier tu.. Penakut yg amat depa ni, baru kita nk datang dekat.. Depa dah bertempiaran lari

Haaa... Stat dah tu nak lari... Penakut sungguh laa

Ni 2 ekor lagi.. Yang lagi 2 tak tau menyorok kat mana

Nanti bebile me balik Muo lagi, me nak cuba amik gambo kelima2nya. Suke tengok budak2 ni :D


Tuesday, April 21, 2015

Nasi Goreng Lagiiii...

As Salam...

Kali ni nasi goreng untuk dinner pulak. Me goreng jugak ayam goreng ayamas untuk dimakan sekali ngan nasi goreng tu.

Nasi goreng, ayam goreng & air sirap bandung


My plate

Alhamdulillah... Simple & mengenyangkan.


Sunday, April 19, 2015

Mia Is Suke Tidooozzzzz!!!


As Salam...

Mia, si bulus yang sukeeee tido. Dier punya top hobby ni... Anywhere, everywhere & anytime. Takde sosial life betul laa budak ni tau. Asyik buat mimpi moon jer kejenyer. Geram jer me nengoknyer. 

Pastu Somi me tanya... Dah tu nak suh dia buat aper. Tergelak beso me.... Hahahahaaaa!!!

Tido macam ni pun boleh jer

Tempat sempit pun no hal... janji leh tutup mata gitew

Bantal tinggalan si Oya pun dia sebat jugak


Kat para2 lagi best... berangin

Mana2 pun ok lah... janji leh tido


Macam keletihan bebeno gayanyer... bukan wat aper pun, makan minum tido pupu  & wewe jer pun... heheheee...

Saturday, April 18, 2015

Belimbing Buluh

Salam Sejahtera...

Ni pokok belimbing buluh kat rumah kuarga me kat Muo. Belimbing buluh ni buah dier wane kekuningan. Mase me kecik2 dulu ader sepokok lagi yang belimbing dier wane hijau tapi dah mati dah pokok belimbing tu. Wane kuning ke hijau ke.. rasanyer tetap masam.

Selalunyer me akan campurkan belimbing buluh ni dalam sambal tumis or ikan masak lemak kuning, selain dari tu, me tak tau nak buat aper lagi dengan belimbing buluh ni. Nak letak banyak2 dalam masakkan pun rasanyer masam Ya Rabbi. Abang me penah gak blend belimbing buluh ni untuk buat air. Dier campurkan dengan serbuk asam boi, rasanyer.. Walaweh!! memang sedap. Lebih kurang cam rasa air limau asam boi gitew tapi bagi yang tak tahan perut, leh jadi air detox. Memang detox habis ler... Asyik jumpe mr tan jer laa jawabnyer.

Satu lagi yang me ingat pasal belimbing buluh ni ialah bunga belimbing tu. Mase me kecik2 dulu, arwah mak penah guna bunga belimbing ni untuk buat ubat batuk. Masak bunga belimbing buluh tu ngan sikit air dan campurkan dengan gula batu. Biler dah sejuk leh minum buat ubat batuk. Petua orang tua2 kan.. Tak salah nak ikut,  kalau Allah nak sembuhkan penyakit tu, sembuh lah dier.

Suke me tengok buah2 belimbing buluh ni



Kalau laa belimbing buluh ni manis, mesti berebut orang mengambiknyerkan. Mentang2 ler masam... buat tak berape nampak jer.

Friday, April 17, 2015

Mee Goreng Sama Tapi Tak Serupa


Salam Jumaat Yang Barakah...

Ni bukan mee goreng breakfast pagi tadi or lunch hri ni tapi dinner tu hari... malas nak masak nasi, me buat jer mee goreng.

Aper yang same tapi tak serupenyer. Cer tengok betul2... mesti perasan kan aper yang takde kat mee goreng satu lagi tu. Haaa... Somi me kan tak geng ngan taugeh.. tu laa pasal yang pinggan satu lagi tu takde taugeh. Yang me pulak kalau goreng me suke bebeno letak toge ni banyak2... best aper, tak nama mee goreng kalau takde toge gitew. Makanyer terpaksa laa wat 2 versi. Sebelum letak toge bebanyak, me senduk siap2 untuk somi... kalau tak nanti bising lak dier  :D

Yang ni dah tentu2 ler me punye mee goreng

& yang ni Somi punye

Senang... tak yah nak kene masak lauk pauk bagai... Heee...

Saturday, April 11, 2015

Mari Berzikir

Assalamualaikum,

Mari berzikir... Perkara mudah yang beso pahalanyer. Mudahkan.. Sambil2 bekerja tu pun boleh berzikir di dalam hati. Tak susah pun, cuma kekadang tu tak teringat jer sebab dok pikir macam2 tapi bile dah teringat tu buat laa kan.

Ni zikir amalan Imam Al Ghazali. Setiap hari ader zikir tertentu yang diamalkan.  Mudah2 jer zikirnya. Jom kita cuba istiqamah untuk mengamalkannyer. Nak amal yang panjang2 belum mampu, so kita amalkan yang mudah dulu.

Me penah terbace... Ader orang pertikaikan amalan zikir harian ni. Depa kata, mana bukti sahih pasal amalan ni. Bagi me walaupun takde bukti sahih tapi ianya sesuatu yang baik kan.. Bukannyer buat perkara tak elok pun. Lagipun ni zikir2 yang kita bace selepas solatk.. Cumanyer dijadikan zikir harian jer.  Perkara baik camni, kalau tak setuju baik laa diam.. tak yah nak pertikai, kalau setuju amalkan.. dapat pahala.

Me pinjam gambo ni dari tuan empunya yer.. Mohon halalkan

Seperkara lagi, kekadang kita lupa hari ni hari  aper dan aper zikirnya, so nak senang simpan laa gambo zikir ni kat dalam handphone. Bebile lupa tengok jer kat phone tu, mudah kan.

Okay, selamat berzikir.

Friday, April 10, 2015

Tembikai


Salam Sejahtera,

Musim2 panas ni sedapkan kalau makan buah tembikai. Nak2 dapat yang merah & manis cam tembikai yang me beli kat Econsave ni. Memang puashati dan yang paling bestnyer murah gitew, RM0.89 sen jer sekilo.. kat tempat lain biasanyer RM2.00 sekilo. Sekali tu jer laa me dapat ngan rege tu, pergi minggu depannyer dah naik seposen, tak kisah ler sebab masih murah lagi nak compare ngan kat tempat lain.

Ni ler tembikai yang me beli tu, memang puashati sangat, kulit dier pun nipis & tembikai ni almost seedless, yang banyaknyer biji yang masih lembut & wane putih tu.. yang boleh dimakan terus. Biji yang kaler coklat ader 1-2 biji jer

Haaa.. beratnya hampir 7 kilo.. rege baru RM6.11. Berbaloi2 membelinyer

Haa.. ni cara2 untuk memilih tembikai, me memang dah lama tau & me ingat petua ni bila membeli tembikai tu (me amik gambo ni dari google, tq ya tuan punya asal)

Tapikan me ader terbaca kat fb yang kata ader tembikai2 yang disuntik gula & pewarna untuk bagi manis & merah. Alamak!!! takutnyer dengar,  Cuak laa pulak bile teringat mende ni. Tah2 tembikai yang me beli tu salah satunyer. Ohh tidak!!!  Me rase tak kot sebab me memang ikut petua2 yang kat atas tu mase beli tembikai tu (Hahahaaa... nak sedapkan hati ni sebenornyer :D)

Macam2 cara orang buat untuk lariskan barang diaorangkan. Tak piker dah kesihatan orang lain... yang penting barang dier laku & leh untung beso. Ni laa antara manusia zaman sekarang.. umat akhir zaman, pentingkan diri sendiri.

Thursday, April 9, 2015

Bahulu Ikan Yang Klasik


Assalamualaikum...

Susah dah nak jumpe bahulu ikan yang klasik cam ni sekarang kan. Kalau jumpa pun bile ader orang buat untuk hantaran pertunangan or perkahwinan.. kat kampung2 biasanyer. Punye laa beso bahulu ikan tu.. orang2 tua mesti suke makan, cicah ngan air kot sebab dier kan cam keras gitew.

Bahulu ikan ibu & anak
 

Haaa!! yang ni lagi laa rare tau. 1st time me tengok, bahulu bunga yang cantik berkalerful gitew


Comel bahalu ikan emas tu kan. Ni antara kuih2 mase hantaran pertunangan cucu saudara me beberape minggu yang lepas

Selamat bertunang Ayie & Shima. Semoga hajat kalian berdua terlaksana nanti. Aaminn!! 

Tuesday, April 7, 2015

Sambal Tumis Telur Puyuh

As Salam..


Memang dah lama tak makan  sambal tumis telur burung puyuh ni. Ni kebetulan ader kawan somi bagi telur burung puyuh. Kalau nak beli... Memang tak kot sebab dok pikir tang kolesterol dier tu yang jadi takut. Telur burung puyuh ni tinggi kandungan kolesterolnyer kalau compare ngan telur2 yang lain. Tak padan ngan saiz dier yang kecik tu kan. Seboleh2nyer memang me elak dari makan telur burung puyuh ni tapi biler dah dapat free depan mata cam ni... Susah sikit ler nak mengelakkan. Pikir2 nak buat aper ngan telur ni ya.. Sambal tumis jer yang teringatnyer. 

Telur burung puyuh foc. Ni pun dah bagi separuh kat SIL


Sambal tumis telur burung puyuh.. Bila dah makan susah nak benti.. Tu yang malas nak mengadap tu

Makan sekali ngan daging goreng tak berape nak kunyit ni

Lauk kering2 jer.. no kuah
 
Nasi putih, sambal tumis telur puyuh & daging goreng kunyit.. ok siap untuk dimamam.