Hani's Precious

Sunday, June 19, 2011

Takaful Malaysia Business Contigency Plan @ 18/06/2011

Takaful Malaysia BCP @ CSE untuk tahun 2011 telah diadakan pada 18/06/2011. Mcm biasa me tak terkecuali dari terlibat ngan exercise ni. Cam taun lepas, CSE kali ni diadakan di Shah Alam & Putrajaya lagi.

8.00 am pagi kami semua dah kena ada di HQ untuk taklimat sebelum bergerak ke Shah Alam & Putra Jaya lebih kurang dalam kul 9.00 pagi. Me & Bonnie wakil bagi SSCE Unit. Kami p Shah Alam tumpang kete Puan Mahanim & sampai d Takaful Shah Alam dalam kul 9.10 am.

CSE berjalan lancar tanpa sebarang masalah, masa yang ditetapkan kami kena siapkan tugasan dalam kul 12 tengahari tapi kul 10 lebih kami dah siap. Ingatkan cepat siap, boleh le cepat balik tapi unit2 lain (General & Claim) ada masalah lak. So, kena tunggu depa siap baru Head of CSE (Puan Zarina Sahim) boleh declare CSE close.

Alhamdulillah akhirnya semua settle & CSE berakhir dalam kul 12 lebih. Me terus balik sebab En. Husband dah tunggu.

Gamba2 semasa CSE.

Bonnie, Yen Nee & Suan Lee semasa bekfast sebelum taklimat bermula

Me, Tina & Noorul




Monday, June 6, 2011

Acuan Kuih Putu Kacang

N3 kali ni mengenai acuan kuih putu kacang yang dibuat dari kayu. Me penah n3 sebelum2 ni tapi kali ni n3 khas untuk dier ajer. 

Masa me kecik2 dulu, memang setiap kali nak raya, arwah mak me akan buat kuih putu kacang ni. Mak me panggil kuih ni kuih koye. Kuih ni kuih peberet dia & juga arwah atuk me. Me kureng minat ckit sebab kuih ni manis.  Bahan2nya simple jer iaitu kacang hijau yang dah dikisar sampai jadi cam tepung  & gula pasir yang dah dikisar. 2 bahan ni dicampur & digaul sampai mesra... kemudian mak me akan semburkan cikit2 ngan air sebab nak bagi lembab2 supaya lebih sebati dan senang dibentuk. Tak de laa berderai nanti bila dah diketuk keluar dari acuan.

Bila dah digaulkan mesra cam tu boleh ler dimasukkan ke dalam acuannyer. Masukkan tu takde masalah tapi bab nak bagi dia mampat tu yang agak mencabar ckit sebabnya kena tekan kuat2 nak bagi betul2 mampat supaya tak berderai masa keluarkan dari acuan nanti. Me ingat lagi... sampai merah2 & sakit ibujari menekan adunan tu kedalam acuan. Bila dah rasa betul2 padat, haa ketuk laa acuan tu untuk keluarkan kuih. Bab ni yang paling best sekali.... suka sangat tengok kuih yang dah dikeluarkan dari acuan....comel sangat...cute miut gitew.

Bila dah siap, kuih2 ni, mak me aturkan dalam dulang & lepas tu jemur kat bawah cahaya matahari. Tujuannya nak bagi kuih tu lagi keras. Tapikan seingat me kuih ni memang keras ler. Bila makan kena kemam dalam mulut bagi lembut dulu. Kalau terus gigit mesti sakit gak gigi. Bila dah okay, simpan le dalam bekas or balang kuih. N bila dah dekat2 nak raya, me akan follow arwah mak p rumah atuk untuk hantar kuih yang dah siap. Kalau tak sempat hantar sebelum raya, kami akan bawak pada pagi hari raya bersama2 kuih2 yang lain.
Seronok sangat bila mengingatkan masa kecik2 dulu. Rasa cam nak balik ke masa tu jer... tapikan laa ni me rasa cam dah nak menangis dah ni.. sedih & rindu terkenangkan arwah mak me.

Ape2 pun jom kita layan gamba acuan kuih putu kacang ni.

yang ni beli di pasar karat stadium shah alam - rm 5

  Close up corak acuan, kemas buatannye

 ni pun beli di pasar karat stadium gak - rm 5 gak tapi saiz acuan kecik ckit. suka tengok ukiran tu 

yang ni paling kecik, beli di pasar karat kamunting - seketui rm 2 jer. Cam tak caye...cepat2 me suruh pakcik seller tu bungkus sebelum dia tukar rege

All in 1 pic

Sunday, June 5, 2011

Seremban & Port Dickson

Salam Ahad,

Hari ni me p Seremban, p tengok rumah & jumpa penyewa. Sambil tu amik kesempatan jumpa kawan/jiran sebelah rumah, Suraya & Rizam dan juga makcik depan rumah. Ingat lepas tu nak p rumah Topet, anak saudara me yang duduk tak jauh dari rumah me d Seremban tu tapi dia balik kampung lak.

Kami teruskan perjalanan ke Port Dickson sbb en. husband nak tengok tempat dia kena p kursus di PD hari rabu - jumaat ni di Golden Straits Villas d Bagan Pinang. Kami berenti sekejap kat gerai2 depan pantai, tujuan me nak cari FM PD.

Gamba2 masa di PD.

Dalam perjalanan, me nampak rumah tradisional orang nogori ni, cute jer

Suasana d pantai



suasana orang bercamping & berkelah


tak pasti pintu gerbang ni pintu gerbang ape

Nilah dia Golden Straits Villas, tempat en husband berkursus


Gerai2 jualan d depan pantai, macam2 ada

Me beli FM jer

Pintu gerbang PD Pantai Peranginan Negara



Wednesday, June 1, 2011

Joe's Last Day

Hari ni hari terakhir Joe di Takaful Malaysia selepas berkhidmat selama 1 tahun. Walaupun sekejap tapi kami rapat sebab sebelum ni kami satu unit - System Support & Certificate Endorsement. Ada 1 cite pasal Joe ni, dia ni mudah tersentuh hati & menangis orangnya...hehee..  Apa2 pun me doa supaya persahabatan ni berkekalan walaupun Joe dah bekerja di tempat lain.

Sempena hari terakhir ni, kami semua buat jamuan ckit untuk meraikan Joe. Menu hari ni ialah nasi ayam dara, kuih popia, buah2an & air sirap limau.

Gamba2 sekitar majlis & sessi fotografi sebelum Joe hi2 bye2. 

Joe sedang mengemas meja d hari2 terakhir

Cenderahati dari kami untuk Joe

Sessi yang dinanti2kan

Bergamba ramai untuk kenang2an

1 Malaysia - Me, Joe & Shuba