Hani's Precious

Thursday, October 31, 2013

Pineapple Upside Down Cake

As Salam...

Ni projek Huda mase hari Ahas lepas ni... Pineapple Upside Down Cake.

Sebenornyer me dah lame teringin nak makan kek ni. Teringat dulu mase me kecik2, arwah mak ader pegi kelas kemas & cikgu kemas tu ader buat kek ni. Me selalu ikut mak pegi kelas kemas ni sebab kelas tu kat sebelah rumah jer. Cam biase lepas kek masak, kek tu akan dipotong & dibagi2 pada setiap peserta yang hadir.  Tapi bile dah dibagi2, dapat sorang cikit jer laa kan. Bile me makan kek tu, Ya Allah!!... sedapnyerrr!!! Sedap sangat, kene sangat ngan selera & tekak me.

Selepas dekat 40 taun lepas tu baru me dapat makan lagi sekali kek ni. Cam biasa d chef, Huda ler... me tolong cikit2 jer. Yang pastinyer tolong makan & tolong comment... heee!!

Ni ler Pineapple Upside Down Cake kami
Tetap cun & rasa pun not bad, kek pun gebus tapi nanti kalau buat lagi perlu diperbaiki cikit lagi, sebelum susun nenas dalam loyang tu kena cairkan butter & pastu taburkan brown sugar cam dalam resepi ni. Jadiknyer kek lebih moist,  nampak lebih menawan & rasa lebih mabeles gitu.



Hukum Hudud Yang Menjadi Pertikaian

Assalamualaikum...

"Hukuman Hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim".

Akhirnyer Negara jiran, Brunei Darussalam  yang lebih dulu laksanakan hukum hudud ni. Tahniah diucapkan pada Sultan Brunei , Sultan Hassanal Bolkiah.
 
Mesia... bile lagi? Ehhh!!!  Mesia tak perlu hukum hudud. Mesia masih aman.... kata piem mesia.
 
Memang betul... mesia takde perang macam kat Mesir, Syria... tapi dengan kejadian jenayah yang sangat2 menakutkan sekarang ni, bagi me mesia bukan lagi negara yang aman. Setiap hari ader jer jenayah rompak, bunuh, ragut, rogol. Seingat me dulu2 mase me kecik, susah nak denga ader kejadian bunuh-membunuh ni. Setahun mungkin sekali or 2 jer kuar kat berita tapi sekarang boleh kate tiap2 hari ader. Tengah lepak2 kat kedai mamak kena bunuh, kat tempat keje kena bunuh, hatta kat dalam rumah pun kene bunuh. Jenayah2 lain cam rompak, ragut, rogol, simbah asid tu bersepah2. Semakin hari semakin membimbangkan. Camane laa mase depan mesia nantikan. Ya Allah, lindungilah kami semua daripada perkara yang tidak diingini.
 
Biler me compare dari segi keamanan individu, sekarang dengan dulu... memang jauh bezanyer. Dulu2 me balik keje, kalau setakat kol 9.00 pm or 9.30 pm, memang dah jadi lumrah seharian me ler. Memula keje naik bas, balik keje memalam, saing ngan kawan2 ke stesen bas, kekadang cume ader kawan separuh jalan jer sebab tempat tunggu bas tak same. Kekadang balik kol 10.00 pm, tunggu teksi kat depan opis, kadang2 ader kawan tapi selalu gak sorang. Tapi mase tu takde risau or takut cam sekarang. Tak dinafikan, perasaan bimbang tu ader, ya laa... memalam naik teksi sesorang, terpikir dalam ati, kalau laa aper2 berlaku camane tapi tahap ketakutan or kebimbangan tu takde laa cam sekarang. Sekarang ni toksah malam, siang pun me risau nak kuar rumah sesorang. Nak ikutkan dari rumah me ni nak kuar ke KL tu cuma 10 minit jer kalau naik LRT, anytime leh kuar gi Sogo or Jalan TAR tapi disebabkan rase takut, bimbang, terpikir macam2 perkara jenayah sekarang ni... me jadi takut. Kalau tak berteman, susah laa me nak kuar rumah sorang2 sekarang ni.
 
Satu mase tu sibuk pasal simbah asid, seriau me kalau jalan2 kat luar tu. Mane nak sangkakan, tengah jalan2 or berdiri tepi jalan tunggu jalan lengang sebab nak menyeberang jalan tetibe kena simbah asid. Bila citer pasal sane kena simbah asid, sini kena simbah asid... me jadik phobia biler tengah berdiri tepi jalan & ader mamat motor lalu. Ngape laa diaorang ni busuk ati sangatkan... ko ader masalah mental ke aper, suke tengok orang lain menderita.
 
Sekarang ni macam2 cara digunakan untuk menyamun, merompak... sampaikan kalau orang tu betul2 ader masalah kete or moto kat tengah jalan pun kita jadik takut nak tolong... betul ke tidak ni? betul ke tidak ni dier dalam kesusahan? Menipu ke aper ni?
 
Belum kisah dalam rumah or pejabat. Haruan makan anak, suami dera isteri, anak kene dera setengah mati, zina, liwat, rogol. Rasuah lagi satu hal, dah jadi cam amalan lak bagi sesetengah orang. Menipu, makan duit syarikat, duit anak yatim... tak rase bersalah langsung.
 
Masih aman ke Mesia dengan keadaan semase yang macam ni? Korang pikir laa sendiri!! 
 
Jalan penyelesaianyer... laksanakanlah HUDUD. Me tak kate jenayah akan terus kurang 100% tapi cayelah, orang2 yang nak buat jahat or jenayah tu mesti ader rase takut dalam hati dier..."aku mencuri ni nanti, kalau kena tangkap... tak pasal2 tangan aku kena potong"  or "aku berzina ni nanti, kalau kena tangkap... sure aku kena rejam sampai mati". Perompak, perogol, pembunuh, penyamun, penzina, pemabuk, pendera, perasuah, penipu dan yang seangkatan dengannyer mesti akan berpikir sebelum diaorang buat keje jahat diaorang tu. Lama kelamaan, jenayah & perkara2 tak elok ni akan berkurangan dari semase ke semase dan hasilnyer semakin aman laa negara. Kecuali ler, perompak, perogol, pembunuh, penyamun, penzina, pemabuk, pendera, perasuah, penipu tu sememangnyer tegar yang rase dier lebih kebal dari undang2 dunia dan jugak undang2 Allah.
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
 Maksudnya :
 
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
 
 
"Ya Allah ya Tuhanku, bukakkanlah pintu hati orang2 yang berkuasa di Malaysia ni untuk melaksanakan hukum Mu Ya Allah". Aminnn!!!
 
Gamba2 ni me amik dari Google. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang... Sharing is Caring.
 
 
 



Wednesday, October 30, 2013

I Like This Article - "Tanda Keruntuhan Sampai"

Assalamualaikum....


Me terbaca artikel ni dalam Malaysiakini, dah beberape hari dah artikel ni, me jer yang baru bace. Sangat ikhlas komen dari Hishamuddin Rais ni. Me setuju sangat. Leh click sini tuk bace.
 
Tu laa kan, sehebat mane, sebesor mane, secanggih mane pun, kite kena ingat bahawa kita ni makhlukNYA. Jangan laa gah sangat, nak tunjuk terror sangat & nak jadik polis dunia... semua mende nak kawal padahal isu dalam negara sendiri pun tak selesai lagi. Sebenornyer dari dulu2 lagi me terpikir, kenapa laa negara2 kat dunia ni nak ikut sangat cakap Uncle Sam ni. Suara dier jadi suara veto kat PBB tu. Nape negara2 lain takut sangat, padahal kalau negara2 lain tu berpakat... wat dek jer ngan dier, aper dier leh buat. Banyak negara2 besor lain cam UK, Rusia, Kesatuan Eropah, China, India yang sepatutnya leh berpakat sesame sendiri & bersuara untuk menentang Uncle Sam ni. 
 
Alhamdulillah sekarang ni dah mula nampak bunga2 aper yang me ingin tengok dari dulu lagi. Beberape negara dah mula bersuara & tunjukan ketidaksetujuan dengan tindakan Uncle Sam ni. Ambil laa iktibar & pengajaran dari aper yang berlaku & jangan laa nak tunjuk terror sangat.
 
Luahan hati insan kerdil yang inginkan kedamaian & kemakmuran sejagat.

Wassalam.
 

Tuesday, October 29, 2013

Jom Kenal Saudara Mara

As Salam,

Rupe 2nyer ader berbelas2 suku kaum Orang Asal di Mesia ni. Sebelum ni yang me tau tak sampai pun 10 suku kaum. Ni baru orang asal di Semenanjung Mesia, belum lagi di Sabah & Sarawak yang berpuluh2 suku kaum tu. Tapi macamana dengan nasib diaorang.... terbela ke tidak? Sesungguhnyer ramai yang masih belum terbela nasibnyer walapun dah 56 taun Mesia ni merdeka. Memang ader laa segelintir yang dah berjaya, berpendidikan tinggi & pegang jawatan besar tapi majoritinyer masih dhaif & hidup cara lama.
 
Memang tak dinafikan ader sebahagiannyer yang tak suke pade perubahan. Diaorang lebih selesa hidup dengan cara diaorang selama ni tapi bagi me kerajaan kena laa mememainkan peranan yang lebih bijak & bersungguh2 untuk bantu kuarkan diaorang ni dari kedhaifan diaorang tu. Antara yang paling penting ialah pendidikan. Dah terbukti ramai anak2 orang asal yang boleh berjaya, ini maknanyer diaorang tu sedia menerima perubahan, cuma kerajaan perlu gandakan usaha lagi untuk yang masih belum dapat menerima perubahan tu. Kalau diaorang tak suke nak belajar or pegi sekolah., salah satu cara... ajar diaorang cara pertanian or penternakan yang betul & sistematik. Bukak kebun or ladang untuk usahakan tanaman yang boleh bawak hasil untuk kegunaan sendiri & jugak dijual supaya ader pendapatan yang okay. Ataupun ajar cara2 berternak ayam itik, angsa, kambing or lembu yang sistematik. Kan ker Mesia ni masih banyak lagi hutan2 yang boleh dijadikan kawasan untuk orang2 asal ni bertani & menternak.
 
Me cakap ni pendapat me jer. Mungkin jugak kerajaan dah buat semua ni, me jer yang tak tau tapi kerajaan kena laa selalu2 datang jengok diaorang ni untuk aderkan sessi penerangan, pentingnyer untuk berubah & pantau cara pertanian & penternakan yang diusahakan supaya diaorang tak rase terabai & dipinggirkan. Bagi orang2 yang dah diamanahkan untuk bantu diaorang tu, buat keje dengan ikhlas... jangan setakat melepaskan batuk di tangga jer.
 
Gamba ni me amik kat KUD di Putrajaya hari tu. Daripada gamba kat bawah ni, ader beberape suku kaum yang dah tak ubah cam rupe orang Melayu ie suku kaum Temuan, Orang Laut (Kuala) & Semelai. Yang lain2 tu masih leh nampak keasalannyer.


Me berdoa semoga diaorang ni terbuka fikiran, bersedia untuk menerima perubahan & nasih diaorang lebih terbela lagi di mase hadapan.

Semuanyer dengan keizinan Allah yang maha Berkuasa & maha Mengetahui.

Monday, October 28, 2013

Tetamu Di Pagi Hari

As Salam...

Tetamu Di Pagi Hari. Dah beberape kali dia datang, Me namekan dia Dora... sebabnye bile masuk ke rumah, dia rajin explore ke sana sini, panjat sana sini. Dora the explorer gitu.
 
Biasenyer dier datang lepas Huda & En Somi pegi keje. Ader sekali tu mase En Somi nak kuar rumah, dier kata kawan me datang... me ingatkan saper, si Dora rupenyer.
 
Me jarang masak, so tak de ape nak bagi kat dier... me bagi ikan bilis jer. Kekadang biler dier datang kebetulan ader ikan, me bagi laa.
 
Explore begin
 
Sampaikan mouse me pun jadi mainan dier

Panjat ke sinki & explore ke balcony dapur. Bile me bagi air... dier minum, haus rupenyer... nak mintak tak tau

 Penat sudah!! Mau tidur...

Sunday, October 27, 2013

Subsidi Gula RM0.34 Dimansuhkan

As Salam...

Ini laa topik perbualan paling hangat minggu ni & mungkin jugak berlarutan jadi berbulan2...

Sebelum tu ader sorang menteri ni cakap kerajaan jamin harga tepung, gula tidak naik. Leh bace kat sini tapi tup tup lepas budget 2014 harga runcit gula sebelum ini dari RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula pada 26/10/2013, sehari selepas pembentangan budget 2014. Lepas naik reger dier wat statement ni pulak. Betul2 menteri cap ***m (MCA). Sebenornyer ramai lagi yang cam ni yang menjawat jawatan menteri sekarang.
 
Ni yang me tak puasati & pelik ni, tak puasati sebab reger gula naik & peliknyer sebab ni kan budget 2014 tapi kenape reger gula naik berkuatkuasa 26/10/2013. Bukan ker patutnyer, kalau nak naik pun, 01/01/2014 nanti la baru naik. Me ni buta ekonomi tak pandai bab2 ekonomi ni... mohon laa pencerahan pasal bab ni.
 
Walaupun naiknyer hanya RM 0.34 jer tapi banyak  & besor kesannyer. Lepas ni siap laa... harga barang2 makan lain mesti naik punyer. Gula naik RM 0.34... tah2 lepas ni kuih muih, roti canai, teh tarik naik sampai RM 0.50.

Mane peginyer slogan yang dok kate rakyat didahulukan... mase kempen pilihanraya dulu kan main lagi tabor janji.. kata reger minyak takkan naik tapi lepas pilihanraya... reger minyak petrol naik... me dah tak ingat naik berape sen seliter.  Itu laa hadiah pilihanraya ke 13 yang pertama untuk rakyat mesia yang kononnyer rakyat didahulukan!!! Biler reger minyak naik, faham2 je laa.... semua barang keperluan akan naik. Alaa... cam tak biase laa pulakkan... cam dulu2 tu laa jugak. Kan ker dah banyak kali rakyat mesia dapat hadiah cam ni daripada kerajaan yang berjiwa rakyat ni.
 
Lagi MCA
 
Gambo2 yang me copy dari fb

 
Jom sejukkan ati cikit

Wednesday, October 23, 2013

Bercanda Di Dataran Merdeka

As Salam...

Ni gamba2 sehari sebelum sambutan merdeka yang ke 56 hari tu. Saje jer mengikut anak2 (Zaim & Huda) bercanda (bercanda laa sangat) di Dataran Merdeka.. Mase ni persiapan untuk sambutan merdeka ke 56 sedang dibuat.... tengah dok pasang2 kemah, pentas & kerusi.





 
Deretan gamba PM2 mesia, gambar ni mengunakan mozek2 kecik... pandai orang yang buat ni

Amik gambo sendiri berlatarbelakangkan sebahagian bangunan Sultan Abdul Samad

Nak balik sudah... pemandangan Masjid Jamek dari atas stesen LRT

Tuesday, October 22, 2013

Our Elsa Yuna

Salam Sejahtera...

Minat bebeno si kecik ni ngan gitar tapi yang ni gitar lego jer. Gitar mainan dah ader dah...
 
Ye laa tok abahkan sesekali main muzik &  tok ayah pun mase muda2 dulu pun main gitar jugak. Mase tu me kecik & me curi2 main gitar Anjang tu. So, ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan.

Elsa in actions

Monday, October 21, 2013

Sarapan Cekodok Bilis

Salam Sejahtera....

Cekodok bilis ni me buat hari Sabtu lepas. Lama tak buat, teringin pulak nak makan... lagipun seme ader kat rumah.. hari cutikan.

4 bahan utama selain tepung. Ikan bilis, bawang, carrot, daun bawang & daun sup
 
Letak garam & gaulkan
 
 Letak tepung gandum & gaulkan lagi. Nak campurkan ngan soda bikarbonat pun boleh... tak nak pun tak pe. Kalau nak letak, letak cikit jer
 
Letak air & gaulkan sebati

Siap sudahhh... jom makan!!! Besama2 dengan air teh strawberry yang sedap tu

Sunday, October 20, 2013

Hasil Dari Kampung

Assalamualaikum...

Haaa... cam biasa laa... kalau balik dari Muar macam2 me bawak balik ke KL. Ni seme amik dari sekeliling rumah. Kalau kat KL semenyer kena belikan. Atam siap offer & peringatkan me lagi untuk bawak itu... bawak ini... Heee.... Tu laa untungnyer duk kat kampungkan, seme ader di sekeliling rumah. Kalau nak guna, cari & amik jer.

Limau kasturi, lengkuas, serai, daun kunyit, daun pisang & daun limau purut. Lupe lak nak amik daun kari & daun kesum
 
 Pisang jugak... Ni la pisang boyan @ pisang monyet yang me suke makan tu. Comel2 jer pisangnyer. Pisang yang satu lagi tu Atam cakap tuk wat cekodok.. me tak tau aper name pisang tu

Daun Pengaga & Bunga Kantan

Buah Pelam Kampong, Mangga Chokanan & Buah Kuini.
Punya laa melambak buah pelam kampong mase hari me nak balik tu, sebabnyer malam tu hujan lebat, so pagi2 berteraburan buah2 pelam tu. Cadangnyer nak anta lagi ke En & Cik Mon tapi tak berkesempatan pulak sebab dah nak balik ke KL. Dah banyak2 cam ni.. me pun cam biasa laa... agih2kan ke jiran2 me... panjangkan sedekah mak & bapak
 
 
Thank you Atam. Thank you Allah kerana memurahkan rezeki kami.

Saturday, October 19, 2013

Rojak Petis Yang Sedap!!

Salam Sejahtera...

Mesti ramai yang tak tau... aper tu rojak petis. Makanan ni popular kat Muar & Johor jer. Susah nak cari rojak petis yang sedap sekarang. Me teringat zaman me kecik2 dulu, ader orang pakcik yang jual rojak petis naik basikal roda 3 keliling kampong. His rojak petis was soooo mabelesss... d best rojak petis in d world sebab me tak jumpe lagi rojak petis sesedap tu.
 
Kadang2 biler balik ke Muar, me ajak en somi pegi ke Tanjung Emas... lepas jalan2 tengok en & cik mon, me singgah ke medan selera tanjung emas untuk cari rojak petis. Kat medan selera tu, makanan2 yang femes dah semestinyer laa mee bandung muar, rojak petis, rojak me & asam pedas. Makanan2 lain pun ader jer.
 
Rupe2nyer selama ni me dah tersalah pi kedai yang jual rojak petis tu... patut laa kurengg sangat rasenyer,  sampai laa baru2 ni me dapat rase semula rojak petis yang sedap. Hari tu lepas hantar buah2an kat en & cik mon tu cadangnyer kami nak berenti makan kat medan selera ni tapi punyer laa ramai orang sampaikan kami tak  dapat parking. Cuma kete Anes jer dapat parking... so me, Huda, Atam & Husna terus jer balik. Anes, Salina, Anjang, Kak Chah & Elsa berenti makan & diaorang bawak balik rojak petis. Biler me makan jer rojak petis tu ....mak aiii... me dah dapat semula rase rojak petis yang selama ni me cari. Walapun tak boleh lawan dengan rase rojak petis pakcik yang meniaga naik basikal roda 3 tu tapi at least 90% tu ader. Jadi laa wat penawar rindu gitukan.
 
Ni laa dier rojak petis sedap tu. Selain petis, bahan lain ialah  timun, kangkung, taugeh, nenas, tauhu, senkuang, cucur tepung (me panggil kedomos... tak tau ler nape name dier cam tu & mende ni laa antara yang paling bess dalam rojak petis tu), kacang tanah tumbuk, cili padi, garam & gula.
 
 
Me mesti pegi cari kedai ni nanti biler balik ke Muar... Kak Chah cakap kedai nombor 2 dari depan (dari arah tepi sungai).

Buah Tangan Untuk En & Cik Mon

As Salam...

Petang sebelum raya haji hari tu, kami hantar buah2an ke En & Cik Mon. Kami bawak buah rambutan & buah mangga.

Seronok tengok gelagat diaorang ni... Terkedek2 datang untuk dapatkan buah, pas tu ader yang nak amik sendiri dari dalam pastik beg, tak nk orang bagi. Sape kata En & Cik Mon tak cerdik. Cerdik... apa diaorng ni. Memula tu kami bagi rambutan... rambutan tu kan manis. Bile abis rambutan, kami bagi lak buah mangga tu. Mane2 yang dah makan buah rambutan sebelum tu, biler diaorang gigit buah mangga tu, gigit cikit jer, pas tu tak nak sebab rase masam2 gitukan. Mane2 yang tak dapat  buah rambutan, diaorang makan jer buah mangga tu... Maknenyer diaorang ni tau mane yang sedap & kureng sedap.
 
N satu lagi, ader sekor cik mon tu duduk atas pokok, cam takut2 jer nak turun... dia pandang jer kekawan dier makan. Cian tengok kat dier, Anes suruh me bagi buah rambutan kat cik mon tu, me baling buah rambutan & jatuh kat tanah lumpur bawah pokok yang dier panjat u. Dier turun slow2 & amik buah yang sebahagiannyer dah terkena tanah lumpur. Then naik balik ke atas pokok. The best part is... sebelum makan, dier leh kesat buah tu kat batang pokok untuk buang tanah selut tu dulu... hahahaaa!!!!.... bijakkan.... dier leh beza bersih & kotor. Kami seme gelak tengok gelagat dier... cam pegi sekolah lah... bijak!!
 
Tapi me nak mintak maaf sangat... sangat....sangat....sangat...sangat!!! kat salah sekor cik mon ni sebab me tak sengaja dah terbaling dier dengan buah mangga. Me baling buah2 mangga untuk en & cik2 mon yang tak nak datang dekat tapi ader satu buah tu landing betul2 kat atas belakang ibu mon yang tengah dukung baby...  ya ampunnn!! Ampunkan me... me tak sengaja.

Gelagat En & Cik Mon
 

Nanti lain kali me datang bawak buah2 lagi.

Friday, October 18, 2013

Aidil Adha 2013

As Salam...

Giliran me untuk sambut Hari Raya Aidil Adha di Muar kali ni. Atam buat korban lagi &Atam masukkan nama me untuk 1 bahagian kali ni. Time kasih Atam... sayang dier kat adik dier sorang ni :))

Kali ni ramai yang tak dapat balik, cuma Me & En. Somi & Anjang's family jer yang balik. Mase melapah daging korban family Abang Ngah & Alang & beberapa orang anak Kak Long datang menolong.

Gamba2 mase sessi lapah melapah daging korban

Antara crew2 yang terlibat


En Somi, salah sorang crew pada hari tu


Yang berusaha Cikgu Othman @ Alang
 
Bukan kerat 18 lagi... tapi kerat berpuluh2
 
My Abang Ngah @ pemerhati kehormat & his wife
 

Saturday, October 12, 2013

Si Mata Bolat

As Salam...

Bulat betul mata budak ni kan. Setia dia menanti di bawah meja me makan. Jangan risau okay. Bahagian korang mesti ader.

Hepi what!! main dengan diaorang ni. U make me hepi... I will make U hepi too, we share d food okay. Kekadang sampai 3 or 4 ekor duk tunggu bawah meja me sebabnyer me rajin bagi diorang ni makanan. Diaorang pun lapar & nak makan jugak kan. Bukannyer diaorang ni pandai beli makanan sendiri pun. Kalau pandai cari makanan sendiri pun, korek kat tong sampah, cari sisa2 makanan orang. Kesian laa kat diaorang ni.
 
En Somi tegur, nanti tuan kedai bising sebab lantai kedai diaorang kotor. Ala... kalau me tak bagi budak2 ni makan pun, mesti ader jer makan tertumpah or bersepah2 kat lantai korang ni kan. Lumrah laa tu.. nanti korang besihkan laa. Beso aper pahala bagi kucing makan. Me tak faham kenapa ader orang yang tak suke ngan kucing.
 
Sharing is caring!!! We must love cat.
Si Mata Bolat

Friday, October 11, 2013

Fire Drill Terakhir Me Di STMB

As Salam...

Ni antara yang me lum masukkan dalam diari me.

Fire Drill terakhir Me di STMB, tapi kali ni tak gempak sangat macam yang sebelum ni. Siap ngan ambulan, bomba bagai.

Amik kesempatan untuk melepak & bergossip
 
Me & part of my team mate (CS & CE Team)
 
Kai Loo, Shuba & Ruby
 
My ex staff : Aki, Sue, June, Fana & Husna
 
Rindu kat korang seme...

Thursday, October 10, 2013

Karnival Keusahawanan Desa (KUD)

Salam Sejatera...

Me mengentri dari daerah Perak Man... mane lagi... Lenggong laa, tempat Perak Man dijumpai. Me ni dah beberape kali datang Lenggong tapi tak penah berkesempatan nak melawat Perak Man tu. Tak jauh mane pun dari rumah my SIL ni. Nanti laa bebile ader mase, memang me nak pegi sekali ke Lenggong Archaeological Museum tu. Sape2 nak tau pasal sejarah Perak Man leh bace kat En Wiki. Me balik ke Perak, ziarah PIL sebab Raya Haji nanti giliran di Muar. Me ni kalau raya, raya setempat jer.  Jauh ler nak berulang Perak Johor or Johor Perak. So, paling senang ikut giliran... tak yah bising2. Tapi memang me geram jer kalau orang tak faham aper makna giliran... sabo... sabo!!!

Rupe2nyer bila me tengok balik gamba2 yang ader dalam ipad me, baru me perasan ader a few yang me lum masukkan ke dalam diari me ni. Salah satunyer ialah KUD di Putrajaya yang me pegi ngan Huda hari tu.
 
Kami pegi on d last day, 29th Sept 2013. Panas terik sesangat & me dengan selambanyer pakai topi nonya me tu. Ader me kisah, orang nak cakap aper... janji me dapat cover muka me dari cahaya matahari yang terik tu kan.
 
Macam2 hasil projek keusahawanan desa ader... makanan, ubat2an, anyaman, jahitan, ukiran, tenunan, lukisan, kraftangan, barangan kesihatan & kecantikan & mende yang takde kaitan dengan keusahawanan desa pun ader.
 
Jom layan gamba2 yang me amik di KUD ni...
 
Papan iklan giant KUD
 
 


  


 


Bunga2an dari daun2 getah ni sangat cantikksss. Dulu arwah mak penah buat bunga dari daun getah ni, dia belajar kat kelas Kemas. Satu2nyer hasil tangan mak yang me simpan sekarang ni ialah lap kaki dari kain perca. Me sayang nak guna. Me simpan wat kenangan. Arwah mak memang rajin... ader jer mende yang dier buat


Penghargaan to Pisau toreh getah, tong susu getah & mesin getah sebab kami membesar dengan mende2 ni

Haa... ni laa mende yang takde kaitan dengan keusahawanan desa tu. Tak terpikir me aper kaitannyer. Sajer jer kot nak tarik perhatian pengunjung. Rugikan dah hias bagai nak rak & poket pun rabak tapi tak boleh nak digunakan kat jalanraya. Dah minatkan nak buat macamane


 
Rasenyer sekali ni jer laa me pegi KUD... penat nak jalan, luas sangat.  Mase nak balik hari tu pun berpusing2 mencari tempat letak kete. KUD ni lebih kurang jer ngan Halfest (pesta produk2 halal tu).