Hani's Precious

Tuesday, November 29, 2011

Musim Walimatulurus Dah Tiba

As Salam...

Me cuti lagi hari ni. Hujung minggu baru ni me ada 4 undangan perkawinan, ye la sekarangkan musim cuti sekolah, bermakna musim orang berwalimatulurus ler. 3 undangan pada hari Sabtu (3/12/2011), undangan dari bekas ex CEO me... En Azmi Abu Bakar di Kelab Shah Alam, undangan dari kawan me di Sentul and malamnyer undangan dari boss en hasben di Tasik Titiwangsa.

Hari Ahadnyer (4/12/2011) plak kami memang nak balik ke Taiping, memandangkan ada undangan dari kawan seopis me.... Siti di Sg. Besar yang jemput majlis perkahwinan adik dier, so kami pun ikut jalan lama balik ke Perak. Bergerak dari  Shah Alam dalam kol 8 lebih. Dalam perjalanan As call tanya arah ke Sg Besar... heee.... me ni mane laa tau arah2 nikan... me tau sampai jer. Cikit2 tu boleh laa. So, en hasben le yang bagi arah pada As n kami konvoi mase sampai di Tanjung Karang. 

Sebelum tu bila sampai di Tanjung Karang, me nampak signboard 'Keropok Losong', cam bagus jer ni untuk bawak buah tangan balik ke kampung. Sementara tunggu As sampai, me suruh en hasben berenti kat tempat kopok tu n me beli  3 paket, 1 paker RM5 je n boleh tahan banyak kopoknyer. Pastu kami tunggu As di Petronas Tanjung Karang.

Kami bergerak semula ke Sg. Besar dalam pukul 11 lebih selepas As sampai n sampai di rumah Siti dalam kul 12 lebih. Seronoknyer tengok pemandangan di kampung Siti.... suasana yang memang me dah lama sangat nak rasa. Perkampungan sawah padi, pokok2 padi tengah membesar... tu yang nampak suasana kehijauan jer. Ala2 jakun cikit ler gitu, ye la kampung me mane ada sawah padi.

Sampai di rumah Siti, tetamu tengah ramai n ada 1 kumpulan pakcik2 tengah bermain muzik n berlagu. Me yang memang dah lapar terus berbaris amik nasi n cari tempat duduk. Rombongan pengantin sampai selepas kami habis makan. Me tak boleh nak berlame2 sebab nak balik kampung. Kat rumah Siti ni tempat makan orang lelaki n perempuan berlainan khemah. Me makan sekali ngan As & Na (kakak As). Makan tak abis lagi... toleh2 tengok en hasben dan tunggu kat tepi jalan.... adus!! So bila dier dah tunggu kat tepi jalan tu kena la berhengat2 cikit. Ingat nak ler bersantai2 lagi.

So, kami pun cari Siti n bagitau nak bergerak dah... tak jumpe pun mak dier sbb mase tu tengah sibuk.

Ni gambar sekitar majlis perkahwinan yang sempat d amik.

Ni gambar orang main gamelan di majlis perkahwinan anak ex boss di Kelab Shah Alam. Gamba penganti tak dan nak amik

Kalau di Kelab Shah Alam, ada orang main gamelan di majlis perkahwinan anak boss en hasben lak ada orang main begpipe... anak tentera ler katakan

Haa... ni pemandangan sawah padi yang sungguh mendamaikan di kampung Siti

Suker sangat dapat gamba berlatar belakangkan sawah padi

Pasangan pengantin adik Siti dan isterinyer

Me, As & Na

Pengantin sedang membaling gula2

Berebut2 anak2 mengutip gula2

Pemandangan yang sinonim kat sawah padi - sawah, pokok pisang & teratai. Petang2 ni mesti best...nyaman jerkan

Yang ni baru ditanam

Friday, November 25, 2011

Pokok Ribu-Ribu

Lunch our sekarang ni.... me malas nak p makan (penyakit yang memang ada sejak dulu) makan ikut mood, kalau nak makan...makan... bila penyakit tak nak makan datang... tak kisah pun nak makan sampai lah perut pedih mintak diisi baru p makan.

Kali ni me nak cite pasal pokok ribu-ribu. Bebudak sekarang ni mesti tak kenal pokok ni kan. Rasanye sekarang ni pun dah susah nak jumpa pokok ni. Me terjumpa pokok ribu-ribu ni masa p amik buah duku di dusun me dulu. Saje jer me masukkan dalam blog sebab rasanye pokok ni macam dah nak pupus jer... kategori specis terancam... hee.

Seingat me ler... mase me kecik2 dulu orang guna pokok ni masa majlis potong jambul, diaorang letakkan di keliling buah kelapa yang diorang masukkan rambut baby selepas rambut baby dipotong. Rasanye ada jugak digunakan untuk tujuan perubatan atau sessi ngan tok2 bomoh. Orang melayu dulu2kan suka p jumpa bomoh/dukun tapi sekarang ni rasanye dah kurang banyak la.

Ni gamba pokok ribu2 tu... tak tau lak nape pokok ni dipanggil pokok ribu2, me agak sebab daun pokok ni kecik2 halus2 dan ada banyak beribu2.

Pandangan dari atas

Pandangan dari tepi


Wednesday, November 23, 2011

Koleksi Teko Mini_2

Set Teko Mini Nostalgia....

Kalau sebelum ni me entri gamba teko2 mini tapi kali ni set teko mini pulak.

Set teko  gamba pertama ni adalah set teko mini pertama yang me beli. Masa tu me joint rombongan student politeknik ke KL masa taun 1990. Bukannye tak biasa p KL, tapi dah depa wat rombongan... follow jelah. Me beli teko ni di S & M, Chow Kit. Regenye 5 hengget jer. Sekarang ni dah tak wujud pun kedainye. Sedar tak sedar, teko ni dah ada dalam simpanan me selama 21 taun gitu.




















Yang ni plak me beli di Padang Besar. Masa tu me ikut abang & kakak ipar me (Abang Bakar & Kak Zainah) p ke Utara (Kedah n Perlis). Tak ingat ler taun bila. Reger 10 hengget.... tak leh tawar langsung. Memang muke me ni muke tak pandai nak menawar. Tapi yang bestnyer.... dalam 2 bulan lepas me p ke Amcorp Mall... saje ronda2 p tengok barang2 antik. Ada 1 gerai tu jual set2 teko mini camni la, memangyer seangkatan n rasa mungkin sekilang kot, me tanya dia punye reger..... haa amik ko.... RM60 hengget tuu.

Terkejut & tersenyum sendiri... mak oiii banyaknyer dia amik untung. Sebabnye me ada dapat set teko yang seangkatan camni dengan reger RM 5 hengget jer, kawan tolong belikan di Pasar Payang, Kuala Terengganu (nanti bebila ade mase me wat entry untuk set2 teko mini yang lain lak)



Tuesday, November 22, 2011

We Are D Champion

Yeeaaa!!!! Alhamdulillah Mesia menang acara bolasepak pada sukan Sea ke 26 di Jakarta. Kemenagan melalui tendangan penalti 4-3. Mcmnilah baru Malaysia Boleh! Yang bestnye mengalahkan Indonesia pulak tu. Tahniah pada pemain2 Mesia.

Me geram ler tengok penyokong2 Indon yang eksyen tu... haa cakap besor lagi... amik ko. Pengulas sukan bgtau kat suratkbr Indon siap tulis lagi, "Garuda Bersedia Menyiat Harimau Muda", haa sekarang amik... Garuda yang kena baham ngan Harimau. Tu la Allah tu kan tak suka orang cakap besor.

Terdiam penyokong2 Indon bila Mesia menjaringkan gol kemenangan. Memang best waktu tu. Terjerit2 budak2 muda kat flat bujang depan rumah me tu... heee kami pun menjerit same.

Walaupun Mesia cuma menduduki tangga keempat jer mengikut kutipan pingat sukan SEA kali ni tapi kemenangan dalam acara bola sepak ni cukup manis buat Mesia. Pingat yang dikatakan oleh pengulas sukan sebagai Ibu Pingat.

Ni antara gamba2 yang me amik...

Indonesia lawan Mesia

Wajah2 sugul pemain Indon mase terima pingat

Hee... wajah2 gumbira pemain Mesia


N wajah2 gumbira penyokong Mesia


Antara pemain2 kebanggaan Mesia

Bendera Mesia berkibar megah

Tulang belakang pasukan, spiderman Khairul Fahmi & kapten pasukan Badrol

Tahniah sekali lagi pada mereka n me berharap supaya dia orang lebih cemerlang lagi selepas ni.

Monday, November 21, 2011

Koleksi Teko2 Mini_1

As Salam...

Hari ni me cuti, saje jer cuti sebab nak menghabiskan cuti tahunan. Kalau tak abis nanti burn camtu jer... rugikan. Nak citer pasal teko2 mini pulak kali ni.

Selain daripada cat lover, me ni pun teapot lover jugak. Bagi orang yang tak minat...mesti kata... tah ape2... membazir duit jer. Memang le membazir bagi yang tak minat... tapi bagi yang minat tak leh nak kata ape,  memang le kena meleburkan duit untuk mendapatkannye, takkan ler sentiasa leh dapat free. Me ada banyak koleksi teko2 mini. Kali ni me nak n3 teko2 mini dari tempat yang paling jauh dulu.

Teko2 cinonet ni me beli d carboot sale   masa  p bercuti di UK tahun 2007 dulu. Carboot sale ni tak jauh dari stadium Wimbledon tapi bukan stadium Wimbledon tempat sukan tenis tu, stadium ni untuk perlumbaan anjing.... omputih nikan... anjing pun nak disuruhnyer berlumba. Masa d 1st n 2nd carboot sale lagi dah tercari2 teko2 comel tapi tak jumpa... tak ingat apa nama tempat carboot sale yang pertama n kedua tu. Regenye kalau tak silap me 1 atau 2 pound... tah ler dah tak berapa ingat.. dah lame ler. Bestnyer p car boot sale...  tak beli pun leh jamu mata, mcm2 menda ade.

Ni la teko2 tu...gamba kurang memuaskan sebab tak leh nak edit...nape tah ngan pc ni.





 Yang ni bukan beli d carboot sale tapi d salah sebuah kedai sebenier tak jauh dari Trafalgar Square. Saje je wat kenangan.

Sampai di sini dulu. Nanti sambung citer pasal teko2 mini lagi yang sememangnyer ada pelbagai dalam simpanan me.

Sunday, November 20, 2011

Pi Tampin Tengok Twin Baby

Pagi 8/11/2011 lepas berkemas di rumah Atam, kami (me, en hasben, abuzar & aina) p ke Tampin... tengok pasangan kembar terbaru dalam family Hj Hassan & Co. Kami tumpang kete Abang Salleh. Sampai d Tampin dalam kol 9 lebih. Tak lama kami sampai, Anjang, Kak Chah & Una lak sampai. Seronok tengok babies yang tecik cam anak patung tu. Nur Auni Adrini & Nur Auni Hamani, berat setiap sorang 2.05kg & 2.15 kg.

Borak2, amik gamba, makan2. Cik Pah (mak Fiza) jamu roti canai & mee nyonya... podeh ko...orang nogori yang masak le katakan. Me makan sesuap jer, tak leh nak makan sebab tak tahan podeh.  Dalam kol 11 kami bergerak dari Tampin.

Me, Fiza & Babies

Pasangan kembar yang cute miut. Salimi's & Fiza's pride n joy.

Sorang tidoq, sorang jaga. Don't know which one is Hamani & which one is Adrini

Dalam perjalanan balik ke Muar, kami singgah beli lemang.

Ni lemang yang dah siap d masak.

Tetibe me ternampak air botol nostalgia ni, dulu2 masa kami kecik2, setiap kali nak sambut raya puasa... arwah bapak mesti beli air botol ni. Satu tong bapak beli. Seronok sangat bila ingat waktu tu. Ada 4 perasa semuanya... ais krim soda, oren, sarsi & ceri. Selalunye air ceri ler yang paling sikit sekali n itu la yang paling me cari. Dulu2 bila raya, pi mane2 rumah pun mesti ada air botol ni.

Dlm tong cam nilah yang arwah bapak beli dulu. Semuanye tinggal kenangan

Lepas tu kami singgah ke rumah Anjang di Bukit Katil, Melaka. Tujuan utamanya ialah nak p tengok n amik buah mangga. Anjang ada 2 pokok mangga dan kedua2nya berbuah lebat.


N tak lupe amik gamba buah2 anggur ni... tak penah jumpa yang dah masak, asyik hijau jer




Thursday, November 17, 2011

Hadiah Dari Adib

As Salam...

Kali ni me nak n3 hadiah pemberian Adib n Zaki, hadiah yang sangat2 me suka dan tak sangka2 boleh dapat. Dah agak lama dapat tapi tak entri2 lagi sebab lum amik gamba. Me dapat hadiah ni masa p beraya ke rumah Zaki n Adib, masa  hari raya aidil firti yang lepas. Time kasih banyak pada Adib n Zaki yang sememangye pemurah orangnye, semoga dimurahkan rezeki. Cer.... teka ape hadiahnyer...

Haa.... nilah dier.... dulang ayan n mangkuk tingkat ayan tuu... sukanyer me dapat barang free... hee...

Mangkuk tingkat n dulang tu kakak Adib beli di Thailand. Adib bagitau kat sana masih banyak lagi barang2 ayan ni. Bestnyerkan kalau dapat p. Yang bestnye mangkuk tingkat tu ada gamba lagi, bukan gamba bunga tapi gamba buah2an. Me sukaaa sangat2.

Ni laa mangkuk tingkat cun tu

close up gamba dier yang cun sangat, ni kalau Wawa tengok mesti jeles ni

kat penutup dier pun ada gamba gak

Ni lak dulang comel, susah dah nak dapat dulang2 camni. Gi kedai2 apek pun dah takde dah


Dulang n mangkuk tingkat together, TQSM once again to Adib & Zaki

Tuesday, November 15, 2011

Aidil Adha 2011_2 @ Atam's Big Day

Salam Sejahtera,

Atam's 2nd Big Day... diadakan pada hari raya haji yang kedua.  Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Jamek Muar, me tak pi pun, tak berkesempatan nak pi, sibuk kat rumah. Bagi peluang pada yang  senior2 pi, bile kakak2 me dah takde, haaa... masing2 cari, panggil  & tanya "Cu mende ni kat mana....", "Cu mende tu kat mana", "Cu mende ni ada tak", "Cu mende tu ada tak"....adui pusing me dibuatnyer.

Ni gamba2 sekitar majlis pernikahan dan jamuan makan. Majlis kecik2 jer.

Selepas akad nikah selesai

Kuarga pihak perempuan

Kuarga pihak lelaki

Pengantin memotong kambing....ganti kek.. dah jadik tradisi kuarga kami lak sekarang ni, pengantin potong kambing golek

Chef d mission.... Chef Bakar, tokey kambing golek

Antara makanan yang dihidangkan pada hari tu

Ni bapak2 budak 2 orang ni sudah lebih dier punyer aksi daa...

Bersantai2 selepas kelam kelibut menyiapkan majlis sambil menunggu tetamu datang. Me,  my SIL, en hasben, brothers & my nephew.