Hani's Precious

Thursday, February 27, 2014

Me Rebus Sentul

Assalamualaikum...

Ni laa dier Mee Rebus Sentul yang me penah mentioned sebelum ni. Me tak perasan aper name gerai mee rebus & rojak ni. Bile datang me tak penah lak perati aper namenyer. Memang sedap jugak kalau compare ngan mee2 rebus yang me penah makan kat KL ni, yang pentingnyer dier tak letak tepung jagung dalam kuah mee rebus tu. Me kalau masak2an ader tepung jagung ni me kureng... tak suke likat2 gitew... tak berape boleh nak telan.

Bahan2 me rebus ni lebih kurang jer ngan bahan2 untuk rojak mee tu... yang bezanyer mee rebus ader cili hijau potong, limau kasturi & daun bawang & daun sup & takde timun tapi kuah dier lain laa ngan kuah rojak tu.

Hilang rindu kat mee rebus Johor, walaupun tak same tapi seakan2 gitew. Me Rebus Johor yang asli mestilah the besttt.... takde tandingan... nak2 mee rebus tulang.

Mee Rebus Sentul yang mabeles




Wednesday, February 26, 2014

Dinner At Putera Ayu

As Salam...

Lame me tak makan malam kat luar... kalau dulu boleh kate tiap2 malam lepas balik keje terus pi makan. Merata alam me pegi... tapi sekitar Sentul & kawasan2 berdekatan je laa cam Kg. Baru, Setapak, Gombak, Taman Melati, Greenwood. Kalau mase duk TUDM Subang dulu, me akan singgah di Kelana Jaya, TTDI Jaya untuk makan malam.
 
Dinner kat restoran Putera Ayu ni hari Sabtu lepas, kebetulan lalu kat depan restoran ni mase balik dari rumah abang ipar di Sungai Rasau.  
 
 Restoran Putera Ayu... sape2 nak pegi... kat situ ader mention alamat dia

Mase me sampai... lepas solat maghrib kat Masjid Padang Jawa, mase ni belum ramai lagi pelanggan tapi bile me nak balik... dah hampir penuh dah restoran ni... lupe lak nak amik gambo

Makanan yang kami oder... biase2 jer. Nasi putih, sup ekor, paprik campur, telur dadar & air tembikai. Amik gambo ala kadar jer, malu nak amir gambo betul2... orang duk tengok... nanti orang ingat, pehal laa minah ni... gilo gambo ke aper...
En Somi pun tak suke sangat... tak abis2 nak gambo, kate dier... :D
 
Dengan tak disangka2... mase tunggu makanan sampai tu, me terserempak dengan Puan Zarina Sahim, ex AGM General kat Takaful Msia dulu. Sembang2 sampai terlupe nak amik gambo same... biler dah balik baru teringat kenape laa tak amik gambo ngan Puan Zarina wat kenangan. Bukan senang nak jumpe lagi. 

Monday, February 24, 2014

Aper Dah Jadik

Assalamualaikum...

Me dah lame nak wat entry pasal ni & jugak meluahkan perasaan me pade cara2 & peraturan  pendidikan sekarang ni. Walaupun me bukan cikgu & jugak takde anak bersekolah tapi me nak jugak suarakan ketidakpuasan hati pada kepelikkan undang2 persekolahan sekarang ni.
 
Terutamanyer pade bentuk2 hukuman yang dilarang ni. Me bace pun stress, apatah lagi cikgu2 yang mengajor tu. Kalau macam ni laa punye undang2, me rase bagi makbapak yang bersetuju dengan bentuk2 hukuman yang di larang ni, tak yah laa anto anak korang ke sekolah. Korang ajar jer laa sendiri anak korang  tu kat rumah ya. Maaf cakap ler... buat undang2 cam takde akal gitu sampaikan meleter pun tak boleh. Kalau seme murid2 tu berdisplin, rajin, bijak, patuh cakap guru takpe laa. Ni sesetengahnyer cam samseng pun ader... haiii laaa... undang2 aper laa ni.
 
Bukan seme bentuk hukuman yang dilarang ni me tak setuju. Sesetengahnyer tu memang logik tapi bagi me 14 daripada 23 bentuk hukuman ni memang satu bentuk hukuman yang lumrah mase zaman me & abang2 & kakak me bersekolah dulu... takde pun kes2 mak bapak datang sekolah serang cikgu or buat report kat balai polis.
 

 Me respect kalau ader mak bapak yang camni tapi makbapak pun kena la same amik berat pasal pelajaran anak2, jangan nak harapkan 100% pada guru2 jer, jangan tau nak marah jer. Duk sembang ngan anak2 tanya pasal sekolah, pelajaran. Check, pekse buku anak2, tanya pasal homework, latihan dah settle ke belum.

Seperkara lagi pasal Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang katenyer amat2 menyusahkan para guru dengan system yang tak friendly & membuang mase. Beberape hari lepas 22/2/2014, sebahagian cikgu2 yang menetang system ni dah pun buat bantahan secara rasmi & hantar memo kepada piem. Leh bace kat sini pasal bantahan ni dan hasilnyer pengerusi bantahan ni dah pun ditukarkan sekolah serta merta... Hmmm... ni lah mesia ku yang tercinta, senang jer nak amik tindakan pade orang lain, pade orang yang tak sealiran, pade orang yang membantah. Check laa kesalahan, kesilapan & kebodohan diri sendiri dulu.
 
Tah macamane laa tahap pendidikan kat mesia ni pade mase depan. Kalau macamni laa memang Malaysia jauh ketinggalan dengan negara2 lain, bukan peringkat dunia, di kalangan negara2 Asian pun dah ketinggalan. Bace fakta yang memalukan & merisaukan ni kat sini.
 
Jawapannyer berbalik la kepada cara2 yang dianjurkan oleh Islam & serahkan sesuatu perkara tu kepada yang arif. Serahkan kepada yang bukan arif jadik laa seperti tikus membaiki labu. Mase depan & pelajaran anak2 bukannyer sesuatu yang boleh dipertaruhkan & dijadikan bahan ujikaji. Para cendikiawan, para ilmuan tolong laa same menyuarakan kepincangan pendidikan di mesia ni. Buat sesuatu sampai kerajaan melakukan perubahan dalam mase yang terdekat, perubahan seperti yang diharapkan  & membawa kebaikan untuk semua.

Sunday, February 23, 2014

Farhana's Engagement Day

Salam Sejahtera...

Event ni dah seminggu berlalu... 15/2/2014 hari tu. Hee... baru nak wat entry.

Tahniah untuk Fana (my ex staff) & Rizal. 
 
Terikat sudah anak dara sorang ni...

Antara barang2 hantaran Fana & Rizal 

Me, Fana & Aisyah
 
Selamat Bertunang Fana & Rizal. Semoga dipercepatkan hari langsungnyer & berbahagia hingga ke syurga.

Friday, February 21, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Sekejap jer kan dah hari Jumaat semula. Tak terase sangat mase berlalu. Hari Jumaat penghulu segala hari... jom perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w & jugak amalan2 sunat di di hari Jumaat yang mulia ni.

Gamba2 ni me pinjam dari google.
 
 
Me suke sangat illustrasi ni. Mendalam maknenyer. Terkena kat diri me jugak.
Peringatan untuk diri me... Bersyukurlah dengan apa yang ader. Kita selalu membuat perbandingan dengan aper2 aje yang lebih hebat dari kita tapi jarang  membandingkan dengan aper yang lebih susah dari kitakan.
 
"Disebalik kekurangan tersembunyi kelebihan" 
 
Melihat ke atas bagus supaya kita berusaha untuk mencapai yang lebih baik tapi jangan lupa untuk pandang jugak ke bawah supaya kita tahu bahawa ramai di luar sana yang nasibnyer lebih susah dari kita & jugak supaya kita menjadi insan yang bersyukur dengan pemberianNYA.  

Thursday, February 20, 2014

Bedak Talkum Undang Maut??

Assalamualaikum...

Takutnyer bace artikel ni sebab me memang dari kecik guna bedak talkum ni. Macam2 jenama me gune sebab me guna jer aper yang mak guna. Dulu mase kecik2 memule guna bedak batu... bedak bulat cap 3A tu, pastu baru tukar ke bedak talkum. Jenama2 yang me ingat cam Amami, Cuticura,  Yardley, Zaiton, Safi & Enchaunter.  Last sekali sampai la sekarang me guna bedak talkum Baby Johnson jer. Me tak suker gune bedak compact... me kan simple jer, mane ader pakai2 alat2 mekap memahal ni... rimas nak bertepek macam2 kat muke. Mekap me cume krim asas, bedak talkum & lipstick jer.
 
Adoiii tetibe ader pulak statement cam ni. Bagi pengguna tegar bedak talkum cam me ni risau bile bace statement ni. Lepas tu dicadangkan untuk gune bedak yang daripada tepung jagung atau beras.... gelihati laa pulak... bedak aper ya yang gune tepung jagung & tepung beras. Kalau ader me nak cari.
 


Bedak talkum undang maut?


PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
 
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovary.

Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Our Princesses...

As Salam...

Princess2 dalam Hj Hassan & Co... Lately ni banyak gegirl...

Diva
 
Retis
 
Twin
 
Tina

 Bambam
 
Amoiii
 
Another Bambam

Wednesday, February 19, 2014

Kawan2 & Adik2 Me Menyuarakan Hak Mereka

Assalamualaikum...

Ni citer semalam 19/02/2014 di satu tempat di KL.

Walaupun me dah bukan part of the organisation tapi me tetap menyokong tindakan adik2 me ni. Depa berhak untuk mempertahankan hak mereka... kalau sendiri tak bertindak, takkan ader orang atasan nak pandang & dengo kan. Me tak kisah kalau ader orang yang tak setuju dengan pendapat me ni. Walaupun me tak duduk dalam level korang tapi me faham kesusahan & keperitan yang korang seme alami.
 
Me tak tau berape isu seme yang diperjuangkan tapi antare yang me tau ialah pasal perbelajaan perubatan & jugak pemindahan staff dari cawangan serate mesia ke hq. Dengan jawatan kerani & bukan perkeranian yang gajinyer kecik dibandingkan dengan gaji pegawai & ke atas, perbelanjaan perubatan pulak kene tanggung sendiri dulu & takde kemudahan bersalin untuk pekerja wanita. Me penah alami dimane ex-staff me yang anak ader 4 orang & anak2 pulak kerap demam & sakit. Hampir setiap bulan kene kuar duit yang agak banyak untuk belanje perubatan. Bukan depa tak dapat balik duit belanja perubatan tu tapi isunyer kat sini ialah mereka kene kuarkan duit sendiri dulu untuk bayar semua perbelanjaan tu & claim kemudian. Claim pun bukannyer dan2 tu boleh dapat & rasenyer jugak ader limit yang dibenarkan untuk claim.
 
Seperkara lagi pasal pemindahan staff2 seluruh mesia ke hq. Pengurusan dok buat new structure & plan yang menyebabkan cawangan ditutup, dikecilkan or dipinda kepada pelbagai istilah & lebihan staff seme diarahkan transfer ke hq. Masalah bagi yang dah bermastautin di satu2 tempat & pasangan & anak2 bekerja & bersekolah disitu. Kalau pasangan senang bertukar keje same tak aper laa jugakkan. Kalau tak nak transfer, pilihanyer adalah berenti keje. Kesudahannyer ramai kawan2 & adik2 me yang berenti & terpakse cari keje lain.
 







 
Me doakan supaya perjuangan korang mendapat perhatian oleh pihak atasan & ader perubahan yang sewajarnyer.  Aameen!!! 

Bile Bulan Mengambang...

Salam Sejahtera...

Tajuk cam seram jer gitew... hahaahaaa... takde aper laa. Cume me suke tengok bulan tu biler dier mengambang. Bercahaya... bersinar2 gitew.
Ni gambo gune ipad me sebab tu blur jer. Kalau gune kamera yang ader lensa tu mesti cantik sangattt.

Bright full moon from my kitchen window
 

Dulu2 kalau waktu bulan mengambang ni ader jer dikaitkan ngan cite2 seram or misterikan. Erghh... tak nak cakap lebih2 laa pasal tu. Aper yang me tau, bulan tu sangat cantik bercahaya... berseri2 biler dier mengambang :D

Tuesday, February 18, 2014

Biskut Samperit Tersedap

As Salam...

Biskut samperit tersedap yang me penah makan. Atam oder kat anak sepupu me kenduri Huda hari tu. Memang sedap & me akan oder untuk raye nanti.

Biskut2 cam ni memang sedap makan time tak raye.... sebabnyer bile dah raye nanti macam2 jenis makanan & pelbagai biskut raya ader... Tu yang dah jadik tak berapa sedap sebab banyak sangat makanan. Tapi me yakin... Biskut samperit anak sepupu me ni time raya pun sedap... Kalah biskut2 lain... Huhuu... Kempen kan mainnn gitew.

Me rasa cam nak oder lagi jer sebab dah nak abis ni. Bile nak balik Muar ni ya...

Biskut Samperit yang cantik & sedappp...

Piring kuih ni me kidnap piring kuih dolu2... arwah mak punye.. mungkin dah sebaya ngan umur me piring kuih ni. Orang dulu2 wat letak dodol or kuih wajik or orang utara panggil pulut kacau. Dua2 kuih ni me kureng sebab manis terlampau tapi En Somi tu suke kan mainnn... so me akan poppet2 kalau dier makan tak henggat 2 kuih ni. Sikit2 tu me benarkan laa.

Kena ingat 'Prevention is better than cure'...

Saturday, February 15, 2014

Rojak Sentul Yang Mabeles..

Salam Sabtu...

Dah lama me tak makan rojak sentul ni... Memang sedap sangat, mengikut level selera tekak me ler. Me rase lebih sedap dari rojak bellamy... Tapi lain orang lain citarasenyerkan. Bagi orang lain mungkin rojak bellamy lagi sedap.

Kat sini bukan rojak jer ader, mee rebus pun ader & sedap jugak.  Rojak tu ader rojak pasembor & rojak pasembor campur mee. Me selalunyer beli rojak mee ler.

Lame tak pekene...  Biler makan sesekali memang sedap. Me rase me dah hampir jumpe rojak mee sesedap rojak yang Pak Uteh me jual kat kedai dier mase me kecik2 dulu. Teringat2 rojak mee Pak Uteh me tu... Baunyer pun dah menyelerakan.

Kalau ader sesape yang teringin... Pi laa Sentul... Cari stesen LRT Sentul Timur & jalan ke depan sikit. Jumpe kedai2 makan sebelah kiri & ader simpang masuk ke kiri. Depan simpang tu jer kedai rojak ni. 
 
Ni laa rojak Sentul yang mabeles tu...


Dak Cik

Assalamualaikum...

Ni budak kecik Atam yang baru... Pak Tam bawak balik dari workshop tempat dier betulkan  kete. Atam cakap dah malas nak bela kucing lepas Oyen mati dulu tapi bile Pak Tam dah bawak balik budak kecik ni... terpaksa laa bela jugak.

Me panggil jer dier Dak Cik...nakal & garangnyer same jer cam Oyen dulu.

Ni mase kenduri hari tu... kene kurung sebab ramai orangkan... nanti tah kemane2 dier pegi. Tu pun hari tu bile lepaskan... lame dier tak balik, dari pagi sampai petang & ingatkan dah hilang dah..

Atam sengaja taknak alas sangkar tu ngan kain or surat khabar sebab tak nak dier wewe or pupu kat atas kain or kertas tu. So kalau camni diernyer pupu tu jatuh dalam tray.. senang nak cuci.

Nakal2 pun me sayang jugak... dah namenyer kucingkan... tetap sayang.

Thursday, February 13, 2014

Alhamdulillah... Visa Dah Siap

Assalam...

Alhamdulillah!! Visa ke India dah siap. En Somi collect petang tadi. Visa dah siap2 ditampal ke dalam passport. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan.

So lepas ni boleh la me bagi nasihat & tolong sesape yang nak apply visa ke India. Bile dah tau cara ni rase senang jer.

Passport collected... :D

Elsa's 1st Palm Print

Salam Sejahtera...

Budak retis ni bergaya dengan gambar tapak tangan dier... hasil aktiviti kat school agaknyer.
Gaya rambut kann main... Pandai pulak posing cun macam tu.

 
Simpan elok2 tau Elsa... nanti leh wat kenangan biler dah beso, so tak laa terkilan cam Tok Cu sebab tak simpan hasil2 kerjatangan  & lukisan mase sekolah2 dulu. Teringat2 lukisan pertama mase darjah satu dulu... cikgu suruh lukis gamba budak main layang2, ya Allah susahnyer, terdiam me beberape minit. Me bukannyer pandai lukis pun, belasah jer laa.  Hasilnyer sorang budak yang berdiri kaku & kat atas sudut belah kiri ader layang2, then lukis benang layang2 dari bawah layang2 sampai ke tangan budak tu.  Masa tu lukis guna crayon. Buruk kan main hasil lukisan me tu... kalau ader sekarang ni pun cam tak berape nak tengok jer rasenyer... heee!!!
 
Kekadang cikgu bagi arahan ape yang perlu dilukis & boleh siapkan lukisan kat rumah. Memandangkan me ni tak berape pandai melukis, kekadang tu mintak kakak or abang tolong lukiskan tapi pastu takut nak submit sebab rase cam cantik sangat, takut cikgu tak caye me yang lukis... (memang bukan me yang lukis pun)... huhuu.!! Siap pesan ngan kakak or abang, jangan lukis cantik2 sangat. Kelakar pulak bile ingat kisah tu.
 
Kalau bab kerjatangan memang me suker tapi tu lah... tak simpan hasil kerja2tangan tu kan. Hmmm... Ingat dalam otak jer.
 
Semuanyer tinggal kenangan :D

Wednesday, February 12, 2014

Kuih Ros

Assalamualaikum...

Kuih Ros ni ader banyak nama, ader orang panggil kuih Loyang, kuih Goyang & ader juga yang panggil kuih Bunga Durian. Antara kuih muih tradisonal yang kadang2 arwah mak buat dulu2. Sesekali bile mak buat seronok nak tolong buat same. Adunan tepung tu kene pandai bancuh & betul sukatannyer sebab adunan tepung ni akan mempengaruhi bentuk rupe kuih ni bile dah siap digoreng nanti.

Kuih ni bukan orang Melayu jer buat, orang Cina, Baba Nonya & orang India pun buat. Kuih 1 Malaysia... heheee... Kawan me si Shuba, bawak kuih ni ke opis lepas Depavalli tahun lepas.

Acuan2 yang kat gambo ni me jumpe kat kedai serbaneka tak jauh dari rumah me... pegi kedai tu ngan anak buah me Azmi sebab nak cari cat & peralatan mengecat tapi rupenyer kedai ni macam2 ader. Selalunyer kalau pegi ke kedai pinggan mangkuk... acuan kuih ros ni selalu ader tapi yang me jumpe kat kedai serbaneka ni cantik & sangat kemas buatannyer. Yang selalu me jumpe tu cam kasar jer buatannyer

Rupe2nyer bile me google, ader macam2 bentuk acuan kuih ros ni, macam kat gamba ni. Bentuk bintang & rama2 pun ader. Gambo ni me pinjam dari nasilemaklover.blogspot.com

Dari flickr.com, lain sikit bentuk bungenyer

Macam ni laa rupe bentuk kuih ros yang dah siap digoreng... Me pinjam 2 gambo dari lengskitchen.blogspot.com. Cantik sangat kuih ros buatan lengskitchen ni


 Yang bentuk bintang ni pun cantik juga. Gambo dari carigold.com

 Kebetulan kat rumah memang ader Kuih Ros, lebihan mase kenduri Huda hari tu, me amik sebungkus bawak balik KL. Sekarang ramai yang dah mengkomersialkan kuih ni... bagus laa kan
k

Dalam banyak2, cume 2 jer yang masih sempurna bentuknyer... yang lain semua dah pecah. Ye laa kan, kuih ni kan rapuh, so kene jaga elok2

Selain kuih ros, banyak gak kuih2 lain yang dah dikomersialkan sekarang ni, macam kuih bahulu, dodol, putu kacang, kuih karas, kuih bangkit dll. 

Tuesday, February 11, 2014

Uruskan Visa Ke India

Salam Sejahtera....

Me uruskan visa untuk ke India hari ni. Me pegi ngan Abg Bakar & Kak Zainah. Pukul 10 am kami kuar rumah. Naik STAR LRT depan rumah & turun kat stesen Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek kami jalan kaki ke India Visa Centre kat Jalan Leboh Pasar, KL. Kalau sesape yang nak berurusan kat situ & tak tau tempatnyer,  senang jer... cari Bangunan Sultan Abdul Samad, jalan sampai ke hujung bangunan yang bertentangan dengan bangunan Agro Bank. India Visa Centre ni sebaris dengan kedai2 or pejabat... Bertentangan dengan Agro Bank tu.

Me nak nasihat kalau sesape nak wat visa ni... Pastikan data yang diisi mase fill up borang permohonan online tu tepat mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kalau tak tepat... Nanti tak pasal2 kena bayar rm20 satu borang sebab diaorg akan buatkan semula permohonan tu. Contohnyer macam Sir Name sebab ramai orang silap isi mende ni termasuk la abang me tu. Me dah bagi tau dier  & suruh buat permohonan baru tapi dier rela bayar rm20. Untuk Sir Name ni bagi orang Islam wajib kena letak Bin or Binti. Contohnyer Mahani Binti Hj Hassan, so sir nama adalah Binti Hj Hassan & given name adalah Mahani. Setakat kesilapan kecik ni kena bayar rm20... sayang duit weiii!! Lain la kalau korang rajin nak balik semula ke rumah or pegi mane2 cybercafe tuk wat semula permohonan online & print form, pastu datang semula ke visa centre ni. 

Satu lagi pasal gambo... Yang ni pun satu hal jugak. Bukan boleh guna gambo ukuran passport biasa tu. Ukurannyer wajib 2 x 2 & background mesti putih. Kene beritahu tukang ambik gambo tu jelas2, nak buat gambo tuk visa India, ukuran 2x 2, background putih. Its happen to my En Somi... Dah mentioned 2 x 2 pun diaorang  print gak gambo ukuran passport biasa. Me pesan kat En Somi, mintak tukang gambo tu cetak semula 2 x 2 & jangan buat bayaran baru, sape suruh wat salahkan. Dan  me tak faham laa... Tukang gambo tu tak faham bahase mesia ke or dier kurang pendengaran ke or tak tau nak mengukur, sebabnyer  biler dier print yang baru... Jadi macam  1.5 x 1.5 gitew. En Somi suruh diaorang wat yang baru semula & siap tunjukan sample gamba 2 x 2 yang sebenarnyer beso macamane. Fuhhh.... sampai 3 kali print baru betul beb. Last2 En Somi dapat 13 keping gamba semuanyer hanya dengan bayaran RM10 hengget jer. 4 keping gamba ukuran passport biasa, 3 keping 1.5 x 1.5 & 6 keping 2 x 2.... huhuu!!  Rugi kedai gambo kalau ader pekerja camni.
 
Kat visa centre tu ader jer sebenarnyer tukang amik gambo... tapi me tak pasti bayarannyer macamane. Kat kedai gambo biasa, 3 keping, RM10.
 
Sebenornyer me banyak google untuk cari cara2 memohon & mengisi borang permohonan visa india ni. Blog yang banyak membantu me ialah blog http://azaleania.blogspot.com/2013/01/cara-memohon-tourist-visa-ke-india.html. Time kasih banyak2 me ucapkan pada tuan empunya blog... Azaleania.
 
Info lain yang me nak bagitau ialah waktu submit dokumen ialah dari pukul 9am hingga 2pm & waktu collect visa ialah pada 2pm hingga 4pm. Visa akan siap dalam mase 3 hari. Setelah selesai urusan dikaunter, petugas akan bagi resit & maklumkan bila boleh collect visa. Kene bawak resit tu bile nak collect visa nanti.
 
So kesimpulannyer dokumen2 yang diperlukan untuk buat visa ni ialah :-
  1. Passport asal
  2. Salinan passport (me sahkan siap2 salinan passport ni)
  3. Borang permohonan online yang telah diprint & tandatangan (2 tandatangan, 1 bawah gamba pada mukasurat pertama & 1 lagi pada muka surat kedua)
  4. 2 keping gambo 2 x 2, background puteh
  5. Bayaran untuk visa (me kena RM161.56)

Takde laa susah mane pun sebenornyer tapikan sebab tak penah buat tu yang rase cam susah jer.

Suasana kat dalam visa centre

Ni la rupe resit yang perlu dibawak bile nak amik visa
 
So, sesape yang nak mohon visa india selepas ni... gud luck ya. Semoga dipermudahkan urusan.

Aquaria KLCC _Part 2

Assalamualaikum...

Sambung kisah Aquaria & KLCC.

Kat dalam Aquaria ni bukan ikan jer ader... haiwan2 lain pun ader gak cam tikus air, memerang, katak, iguana, scorpion, rama2, ular dll...

Ni antara gamba non fish yang me amik


Dah abis lawat akuarium... last sekali masuk ke kedai sebenier. Fm2 ni dah tentu2nyer menarik perhatian me & me beli laa 1 wat kenangan & tanda dah sampai ke sini


 Kuar dari Aquaria terus nampak KLCC twin tower yang gah berdiri

Pak Jam mengabdikan kenangan berlatarbelakangkan twin tower

Ni kalau bawak Elsa mesti dier suke ni... gi paygong (bahase Elsa untuk playground) & main air

Anjang & Pak Jam in the pic

Settle jalan2 kat luar, kami masuk semula ke Suria KLCC... makan, pusing2 & me termasuk ke kedai Travel & terbawak balik beg baju beso yang beroda 4 tu.. Jenama Hush Puppies & ader 50% discount (sebab ader 50% discount ler me beli). Heee... memang dah lame pun me nak beli beg yang beroda 4 tu sebab senangkan... tolak jer, tak yah nak heret2.