Hani's Precious

Friday, May 31, 2013

Nasib Si Senduduk

Salam Sejahtera...

Tak tau ler nape pokok ni dipanggil senduduk. Orang2 tua dulu2 pun belum tentu leh jawab nape name dier senduduk. Pokok senduduk ni banyak tumbuh meliar di hutan, kebun & tepi2 jalan. Setakat ni ader 2 jenis yang me penah tengok. Yang biasa ni munge dier wane pink & satu lagi wane putih.

Kalaulah tak silap pokok senduduk ni leh wat ubat. Yang me penah denga, kalau luka, leh guna daun senduduk ni, hancurkan & tampal pada tempat luka tu. Mungkin jugak batang & akar dier pun leh wat ubat jugak, cuma kita jer yang tak tau.

Hujung minggu lepas me balik kampung & ambik kesempatan pergi ke kebun.... Nak tengok buah aper yang ader. Buah2an tak berapa menjadi kali ni. Rambutan, durian, duku semuanyer tak berapa lebat tapi alhamdulillah buah pulasan leh tahan jugak...seronok rasa sebab ni buah kesukaan me. Dah pergi ke kebunnya setahun tah berapa kali jer, manelah tak semak kebun tu kan. Antara yang banyak tumbuh sape lagi kalau bukan cik senduduk. Mintak maap la yer wahai senduduk, demi nak membersihkan kebun, terpaksa laa mengorbankan u olls.

Amik gamba dulu sebelum dicantas. Nasib si senduduk, tak mendapat tempat macam si bunga ros.



Thursday, May 30, 2013

Rete Karun

As Salam

Stop sekejap citer pasal trip ke Sabah. Sebabnyer ader citer lagi bessss!!!

Caye tak me jumpa rete karun hujung minggu lepas. Seronok sangattttt2. Mana tak seronoknyer.... Dapat freekan!!

Haaaa.... Nilah diernyer rete karun yang me jumpa tu.hahaaa....gembiranyer rasa. Memang ler tak sempurna tapi macam2 ader. Teko, sugar pot, cawan & piring cawan, pinggan bujur & piring kuih JG meakin, tutup tureen, mangkuk & piring kecik, bekas kuih retro, gelas retro, jug retro. Macam2 jenis bunga ader. Bunga kangkung, ros jambatan, bunga cengkih, kekwa merah, kekwa hitam, kekwa biru, five roses, green rose, black rose & ader 2 jenis bunga yang me tak pernah jumpe, so tak tau ler namanyer....Heee!!!

Barang2 ni pemilik asalnyer dah tak nak. Ditinggalkan jer dalam almari antik di belakang rumah. Terbiar cam tu jer. Tengok keadaan barang2 ni besalut ngan lumpur... Mesti pernah kene banjir dulu ni. Tapi kami takdir ler amik cam tu jer. Anak buah me ader tanya & pakcik jawab amik laa kalau nak. Heee... Maunyer tak nak.

Alhamdulillah rezeki yang tak terduga nak dapat.

Nilah rete2 karunnyer



Gembira tak terkata. cam dapat award laa pulak

Saturday, May 25, 2013

Beaufort -> Papar -> Beringgis -> KK

Salam Sejahtera...

Selepas Solat Zohor di Masjid Sipitang, kami meneruskan perjalanan ke Beaufort & Papar. Cadangnyer nak singgah tapi tak sempat sebab Abang Salleh dah buat temujanji dengan kawan dier, Datuk Yunus di Beringgis.
 
Bergamba kenangan bersama Datuk Yunus & Datin Siti
 
Rumah Datuk Yunus ni ala2 resort gitu & tak jauh dari pantai

Balik dari Beringgis, kami singgah di pasar petang di Kota Kinabalu
 
Tengok ikan tuna yang besaq ni...  
 

Pemandangan laut di senja yang gerimis... gamba terakhir sebelum balik ke rumah abang

Waaa... letih sudah!!!!
 

Sipitang Kami Datang

Assalamualaikum....

Dari Tenom kami meneruskan perjalanan ke Sipitang. Naik bukit turun bukit akhirnyer kami sampai ke Bandar Sipitang. Singgah sebentar di Tamu sebelum menjamu selera di tepi laut di Sipitang Esplanade.
 
Gerai buah tembikai dan labu di Tamu Sipitang yang menarik perhatian kami, depa dok borong buah tembikai sampai tak termakan
 
Tengah dok pilih buah tembikai

Posing jangan tak posing 

 
 
Kelaparan... lunch di tepi laut Sipitang, dari pondok ni boleh Nampak Pulau Labuan. Lunch nasi lemak yang dibeli di Keningau

 
 
Bye2 Sipitang!!! Tak pasti laa dapat sampai ke sini lagi ke tidak.

Friday, May 24, 2013

Tenom

As Salam....

Pagi 8/5/2013, Selepas sarapan di restoran depan pejabat Risda Keningau, kami balik ke hotel semula sebelum check out lebih kurang dalam pukul 9.30am. Perjalanan diteruskan  ke Tenom. Singgah di kilang Yit Foh Tenom Coffee. Kopi yang terkenal di daerah ni semenjak 1960 lagi. 
 
Harum bau biji kopi yang sedang diproses menyambut kedatangan kami.
 
Lakaran batik di kilang Tenom Coffee.

Me & Abang Salleh bergambar di depan mural di dalam kedai yang menjual pelbagai hasil kopi

Ni dier, gamba biji kopi Robusta yang digunakan untuk menghasilkan produk kopi di kilang ni 

Biji2 kopi yang dah dikeringkan

Bunga kopi yang putih berseri
 
Me sukerkan bau harum kopi tapi agak kurang meminumnyer. Citarasa masing2kan!!

Sunday, May 19, 2013

Keningau

Salam Sejahtera....

Hari ketiga...Keningau. Kalau sape2 nak tau maksud keningau ni ialah kayu manis sebab kat Keningau ni banyak pokok2 kayu manis.
 
Dalam perjalanan kami berenti di Batu 16, Jalan  Keningau - Kimanis. Tempat yang kami berenti ni tempat awan lalu, walaupu  ada matahari tapi rasa sejuk dan nyaman .

Menikmati pemandangan sambil mengisi perut... ada orang tu dah tahap kebuluran kot, cian... sampai amik gambo pun sibuk nak makan lagi... hei... bapak budak sorang ni... betul laa yoya...

Petang selepas check in di Hotel Juta... kami semua ke Pusat Kraftangan Sabah. Orang yang tengah makan kat gamba atas tu dah lesap dengan aktiviti memancing dier
 
Antara barang2 pameran di pusat kraftangan

Bakul2 anyaman dari buluh yang sangat kemas buatannyer

Aktiviti menganyam

Mengabdikan kenangan di dalam bilik pameran bersama bakul & tirai anyaman dari buluh

Pakaian tradisional & alat2 muzik Sabah

Bakul2 anyam daripada mengkuang yang berwane-wani

 Selesai di pusat kraftangan, kami pusing2 di Bandar Keningau. Singgah di Tamu sebelum balik ke hotel 

Saturday, May 18, 2013

Cuci Mata & Poket Di Kedai Jamilah

Assalamualaikum,

Hari ketiga di Sabah 7/5/2013... sebelum bergerak ke Keningau kami jalan2 shopping dulu di KK. Destinasi utama ke Jamilah Jewellery & Handicraft.

Pelbagai barang hiasan wanita... gelang, rantai, cicin, brooch, pendant dan yang seangkatan dengannyer semua ader... Pilih sajaa yang mana mau baa!!! Mutiara, Kristal, real gems.... Sediakan aja duitnya!!

Ni sebahagian kecil barangan yang ader..me takde laa nak amik gambo semua

 

Brooch Tiger Eyes... Buy 1 Free 2... Haa... Caye tak? Murahkan.
 
Untaian mutiara pelbagai wane
 
Ketua Guard kedai Jamilah.... hee... naya me kalau dia tau
 
Hangbag Kristal tuk gi dinner... tak tengok pun regernyer berapa. Amik gamba cukup laa
 
Jam2 tangan yang bertahtakan kristal
 
Para somi yang kepenatan menjadi guard dan pengiring Cik2 Puan duduk menunggu di depan kedai
 
 
Habis shopping sudah!!... jom Keningau !!!.

Monday, May 6, 2013

Kota Belut & Tips of Borneo

Assalamualaikum...

Hari Kedua di Sabah 6/5/2013, kami ke Kota Belud. Tujuan utamanyer pegi ke Tip of Borneo, tempat yang paling atas sekali di Sabah ni, tempat yang nampak cam tanduk kalau tengok kat peta Sabah tu.
Memang cantik tempat ni, dengan airnyer yang sangat jernih, biru kehijauan.  Sangat cantik pemandangannyer. Yang tak berape bestnya nak menyampaikan ke tempat tu.... agak membosankan. Boleh tahan jauhnyer & jalan2 rayanyer agak teruk, kekadang ada tempat yang rasa macam naik kete kuda. Anjang bagitau jalan raya kat situ senang rosak, baiki2 rosak semula.
Tomanggong Kurantua... nama tempat yang paling tinggi sekali di Tip of Borneo, dinamakan sempena nama pahlawan orang Rungus suatu masa dulu

Pemandangan2 yang menyejukan mata memandang walaupun kami sampai masa tu panas terik




Me & En. Somi yang eksyen tak nak pakai topi, haa tu pasal muka berkerut menahan panas


 Rombongan Cik Besah bergamba ramai dihujung tanjung

& di landmark Tips of Borneo. Rugi laa kan kalau tak mengabdikan kenangankann... bukan senang nak sampai ke hujung pulau Borneo tu. Sekali ni jerlah agaknyer.
Siput2 yang sangat cantik dijual digerai2 di tepi jalan menuju ke Tips of Borneo. Harganyer berganda2 murah compare ngan yang dijual di KK

Siput Batik yang cantik

Siput2 kecik yang lain


Me begamba dengan adik2 penjual siput yang pemalu

Dalam perjalanan balik ke KK, kami pusing di Bandar Kudat & sempat singgah di Rungus Bead Center & Rumah Panjang Orang2 Rungus. Ni antara rantai2 manik hasil kerjatangan Orang2 Rungus. Same cam siput, regenyer akan naik berganda bile dah sampai di KK

Hentian terakhir sebelum sampai di KK, singgah di R & R Hutan Simpan Ulu Kukut. Singgah beli air & amik kesempatan bergamba di tugu ni

Esok kami akan ke tempat lain pulak...