Hani's Precious

Friday, May 31, 2013

Nasib Si Senduduk

Salam Sejahtera...

Tak tau ler nape pokok ni dipanggil senduduk. Orang2 tua dulu2 pun belum tentu leh jawab nape name dier senduduk. Pokok senduduk ni banyak tumbuh meliar di hutan, kebun & tepi2 jalan. Setakat ni ader 2 jenis yang me penah tengok. Yang biasa ni munge dier wane pink & satu lagi wane putih.

Kalaulah tak silap pokok senduduk ni leh wat ubat. Yang me penah denga, kalau luka, leh guna daun senduduk ni, hancurkan & tampal pada tempat luka tu. Mungkin jugak batang & akar dier pun leh wat ubat jugak, cuma kita jer yang tak tau.

Hujung minggu lepas me balik kampung & ambik kesempatan pergi ke kebun.... Nak tengok buah aper yang ader. Buah2an tak berapa menjadi kali ni. Rambutan, durian, duku semuanyer tak berapa lebat tapi alhamdulillah buah pulasan leh tahan jugak...seronok rasa sebab ni buah kesukaan me. Dah pergi ke kebunnya setahun tah berapa kali jer, manelah tak semak kebun tu kan. Antara yang banyak tumbuh sape lagi kalau bukan cik senduduk. Mintak maap la yer wahai senduduk, demi nak membersihkan kebun, terpaksa laa mengorbankan u olls.

Amik gamba dulu sebelum dicantas. Nasib si senduduk, tak mendapat tempat macam si bunga ros.



No comments:

Post a Comment