Hani's Precious

Monday, February 4, 2013

Nonya Mansor Yang Ku Rinduuiii!!!

As Salam...

Ni gamba arwah mak yang cucu2 dia dok amik & post kat fb. Asalnyer Anes  yang amik gamba ni mase balik kampung minggu lepas. Pas tu sorang2 cucu yang lain dok follow. 1st time tengok gamba ni kat fb, mase tu dalam kete, odw balik ke Shah Alam dari Muar. Tengok2 terus jadi sebak & mengalir air mata. Menangis tanpa suara sebab tak nak En. Somi perasan.

Ginduunyer kat arwah mak, Setiap kali tengok gamba ni mesti nangis. Nape me gelar arwah mak... Nonya Mansor, sebabnyer arwak mak kan ader iras cina sikit. Cucu cicit cina ler katekan. Ingat dulu, kawan anak saudare me tanya anak saudare me tu... "Eh... Nenek ko aso ke?". Hee... lawak la pulak biler ingat kisah tu. Mansor tu nama arwah atuk sebelah bapak. Kalau ikut sir name... Mansor la kan?  So, ini lah dia Nonya Mansor kami.

Al Fatihah untuk arwah mak & bapak. Didoakan semoga roh mereka sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan tenang di alam barzakh. Aminnn!!

Kami sayang mak & bapak. 

Ni gamba arwah mak kat tag mase dia pi umrah dulu



Sunday, February 3, 2013

Ini Kalilah Jom Ubah!!!

Assalamualaikum..

Teringat kata2 Datuk Seri Lajim Ukin mase HKR di Stadium Merdeka pada 12012013 - Ini Kalilah Jom Ubah!!! Ya inilah masenya kita semua kena memainkan peranan untuk melakukan perubahan. Jangan tunggu2 lagi, jangan tengok2 lagi. Hentikan kezaliman yang berleluasa sekarang ni. Lawan penipuan, selamatkan negara kita.

Gamba ni me copy dari facebook. TK to Cenangau Daunkari & iQpresent 2013. Gelihati tengok gamba ni tapi punya makne yang sangat mendalam. Mesejnyer, macam2 mane pun mesti balik untuk mengundi kerana 1 undi boleh mengubah mase depan kita. Insyallah!!

Jom Ubah!!!


Saturday, February 2, 2013

HKR 12012013

Assalamualaikum...

N3 tertangguh. Sebenarnyer banyak kisah2 yang belum sempat diN3. Ni gamba2 sekitar HKR 12012013  yang bersejarah. Me pegi bertige, Me, En. Somi & cousin En. Somi (Zaki). Kami naik LRT dari Sentul & berenti di Stesen LRT Pudu. Berenti makan & solat zuhur.

Gamba ni me amik dari Pudu Sentral (dulunyer Hentian Pudu Raya). 
Kalau tak silap ni kumpulan SAMM yang bergerak dari Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru.

Dari Pudu Sentral, kami berjalan kaki ke Stadium Merdeka. Mase sampai, tempat duduk seme dah penuh. So, kami duduk kat tengah2 padang tu bersama ribuan rakyat Mesia yang lain.

 Bendera hijau tu kumpulan Lynas. Bendera negeri me pun ader tu. Rakyat di selatan tanahair  dan semakin  berubah sekarang. Alhamdulillah!! Lakukan kejutan pada PR13 nanti. Insyallah.

Selesai sudah mendengar amanat2 pemimpin PR. Masing2 pulang dengan kesedaran dan semangat yang tinggi untuk merubah mase depan negara Mesia. 
Tak lupe mengabdikan kenangan di himpunan  yang bersejarah ni.

Inilah gambaran keseluruhan rakyat Mesia yang hadir mase HKR tu. Melimpah ruah ke jalan2 raya disekitar Stadium dan jalan2 yang berhampiran. Beratus2 ribu ramainyer.

Friday, February 1, 2013

Presiden Termiskin Di Dunia

As Salam...

Me terbace satu post dalam facebook yang menarik perhatian me hari ni. Cite pasal presiden termiskin di dunia. Bagi me, ni baru betul2 Pemimpin Berjiwa Rakyat.

Presiden Uruguay, menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan dan mendermakan 90% daripada gaji untuk membantu golongan miskin dan usahawan kecil. Beliau hanya mengambil RM2,500 sebulan.

Saya digelar sebagai presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin. Orang Miskin adalah mereka yang berusaha memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta” 


Mulianye hati presiden ni. Sesungguhnyer sesuatu yang baik itu datangnyer dari ALLAH. Berdoalah semoga pemimpin2 di Mesia pun akan jadi macam ni jugak. Insyallah!!