Hani's Precious

Sunday, May 29, 2011

Perkahwinan Prince William & Kate Middleton - 29/04/2011

 Salam Ahad...

Special N3 sempena perkahwinan Prince William & Kate Middleton. Dah lama nak wat n3 ni tapi asyik lupe jer. Hari ni genap sebulan perkahwinan diaorang.
 
Sebenornye majlis perkahwinan Prince William & Kate Middleton ni mengingatkan me kisah 30 taun yang lalu. Masa tu me merupekan salah sorang yang terpaku duk depan tv menengok siaran perkahwinan Putera Charles & Princess Diana. Masa tu umur me baru 12 taun....hehee muda remaja gitew. Seronok sangat rasa waktu tu. Dan pada 29/4/2011 hari tu sejarah berulang lagi... kali ni perkahwinan Prince William, anak kepada Putera Charles & Princess Diana pulak. Kalau Princess Diana masih ada tentu dialah orang yang paling gembira sekalikan.

Hansem sungguh Prince William & sungguh menawan Kate Middleton - yang sekarang bergelar Duchess Of Cambridge. Hepi sangat tengok diaorang ni. Harap2 perkahwinan mereka ni berkekalan hingga ke akhir hayat.

Me amik gamba2 ni dari Mr.Google.





Nilah dia Princess Diana yang jelita
 

Cuti Balik Kampung D Taiping

Salam Semua,

Baru2 ni me amik cuti 3 hari balik kampung d Taiping (20 to 24/5/2011). Kami bertolak dalam kul 3pm,  ptg Jumaat dari S.Alam. Kali ni en husband ikut jalan lama d Kuang & keluar kat Tanjung Malim. Kami singgah di Tanjung Malim & me amik kesempatan cari kedai apeks. Seronok sebab jumpa 2 kedai apeks tapi frust ler sebab semuanya dah kekeringan barang2 lama. 

Kemudian kami teruskan perjalanan, sampai di Bidor kami singgah lagi 2 buah kedai apeks,  serope cam kat Tanjung Malim gak....tak dak hasil pun... frust lagiii.

Sampai d Taiping dah malam, terus ke hospital tengok pak. Keadaan pak masih tak berapa ok lagi, masih guna mesin untuk sedut cecair yang keluar dari tempat pembedahan d kaki pak. Amik mak d hospital n terus balik ke rumah.

Esoknye pagi Sabtu kami pegi lagi ke hospital, ziarah pak n hantar mak untuk temankan pak. Kemudian kami keluar ke bandar Taiping untuk cari barang dapur... tapikan sebelum ke Giant untuk beli barang2 tu... sempat me menyinggah ke pasar karat Kamunting. Hee... tak melepaskan peluang ler. Hajat d hati tu nak ler pegi ke gerai seller pml yang superb tuu, yang me beli cawan ml ikan emas dulu tu tapi hampanyer... pusing punya pusing cari dia takde pun. Tak niaga laa pulak!!  Ada sorang seller pml, okay gak laa barang2 dia tapi takde lak yang me berkenan. 

Masa me pusing2 tu tetiba me ternampak barang yang memang dah lama me carik... haaa tarmos air panas/flusk air lama, me suka tengok gamba2 munga kat badan tarmos ni. Teringat dulu2nyer tarmos air panas.... cantik berbunga2 badannyer. Sekarang memang susah ler nak dapat. Ada 1 me jumpa kat kedai apeks Jalan Pasar tapi tak seori yang lama ni. Rege seller tu letak RM 18 tapi me dapat RM 12 jer... nak tawar RM 10 tak sampai ati la plak. Cian dier niaga tengah2 panas terik. Sekurang2nya ada lak jugak hasil hunting d pasar karat Kamunting kali ni. Dari takdekan.

Lepas tu kami terus ke Giant untuk beli barang dapur. Masa nak balik semula ke hospital, me singgah ke kedai apeks yang me selalu pegi sebelum ni. Me beli 2 biji teko cina BK. Hajatnya nak tolak kat K.Amy d pasar karat stadium S.Alam nanti. Kemudian balik semula ke Hospital. Sampai d hospital, pak bagitau yg dia dah boleh balik rumah. Uruskan dokumen2 yg patut & bawak  pak balik ke rumah.

Hari Ahad kami ke Kamunting lagi, nak cari ayam kampung sebab pak nak makan sup ayam kampung tapi sambil menyelam minum air ler.. hee... mane ler tau kot2 seller pml tu niaga tapi hampa lagi sekali... dia tak der jugak & ayam kampung yang dicari pun tak dak gak. Last2 beli ayam kampung di pasar Taiping. Yang bestnya masa p pasar ni me ternampak 1 signboard yang buat me tersenyum. Signboard tu tulis 'Kedai Haji Hassan'.... hehee... kedai bapak me ler, leh amik barang free nih... perasan tul. Nama kedai tu sama nama ngan arwah bapak me, Haji Hassan.. tu yang perasan sekejap tu.

Hari Isnin, mak mertua me ajak pi pasar pagi di Padang Rengas, me tanya ada orang jual barang2 antik tak... pak mertua me kata ada. Me seronok ler dengar.... siap ke perli lagi ngan en husband lagi.  Sampai di sana, me tengok memang ada orang jual barang terpakai/antik tapi tak banyak dan takde pun pml. En. husband sempat merembat lastik kayu yang jadi permainan masa kecik2 dulu.

Tengaharinye kami p hospital Taiping melawat Pak Teh (adik pak) yg masuk hospital. Balik dari hospital sempat lagi menyinggah ke kedai apek. Kedai ni me tak penah p pun...tu yang nak singgah tu. Pinggan mangkuk porselin lama memang dah elek dah, yg ada semua repro punya. Me beli mangkuk ayan comel, 3 ketui rm 7.

Malamnye en husband ajak p pasar malam di Simpang.... nak cari makanan utk makan malam, al maklumlahkan... menantu yg sorang nikan terlebih terre bab masak memasak ni. So... membeli ajer le kejernye. Kat pasar malam ni memang banyak pun orang jual makanan tapi tah... tak rasa berminat pun. Last2 beli sate jer. En. husband beli nasi lemak. Mak kirim beli laksam tapi takde la plak. Belikan mak & pak pau & pisang sbb diaorng tak berapa lalu  nak makan.

Pusing2 kat pasar malam tu... hehee tak sangka la plak ada gak orang jual barang2 antik & ada sorang tu jual pml... heee seronoknya. Me beli 3 biji gelas lama ngan harga RM 5 jer... cam tak caye la plak. Mula2 tanya berapa rm, adik tu kata rm 5. Me tanya sebiji rm 5.... dia kata 'tak... semua rm 5'. Terkedu sekejap me dengor.... bior betul nih. Me terus jer suruh adik tu bungkus. Wahhh... bestnyer. Kat blog mau rm 10 sebiji. Ni la yang dinamakan rezeki. Alhamdulillah.

Bestla kat Taiping ni, asal ada jer pasar... tak kira la pasar tani ke, pasar minggu ke, pasar pagi ke or pasar malam... ada jer orang meniaga barang2 karat/antik/pml. Tu yang wat me rajin bebeno nak ke pasar2 ni.

Selasa, hari cuti terakhir me. Hari ni tak kemane pun. Pagi wat sarapan...goreng pisang jer, pas tu kemas rumah dalam & luar. Lepas zohor kami bertolak balik ke S. Alam. Dalam perjalanan balik singgah ke Cameron Highland... naik dari Simpang Pulai. Dalam perjalanan naik tu, hujan turun punya la lebat. Kalau la dari bawah hujan lebat cam tu... sure tak naik punya. Kami teruskan jer perjalanan naik sebab dah separuh jalankan. Alhamdulillah sampai kat atas hujan dan berenti... setakat gerimis jer cikit. Singgah beli teh, madu. Lepas tu g makan. Sejuk sangat sebab hujankan. Kabus tebal. Lepas makan teruskan perjalan turun... tak p mane2 pun sbb dah petang & nak turun sebelum gelap. Dalam perjalanan turun singgah sekejap kat 1 kedai ni... beli fridge magnet (tak sah kalau tak beli fm bila p c.highland), bunga & limau. Singgah sat depan Bharat Teh amik gamba ladang teh. Pastu terus turun ikut Tapah. Sampai di S. Alam lebih kurang kul 10.00. 

Jom ler kita layan gambo2 hasil hunting me yang tak seberape nih.

Suasana d pasar karat Kamunting


Tarmos air lama, BK kat belakang tu nak enterprame gak

mangkuk ayan comel

Gelas lama yang cun melecun

teko BK Cina

lastik en husband


Ni ler kedai Haji Hassan tu, juai santan jer

Cameron Valley - Bharat Tea Plantation

Pemandangan di Ladang Teh


Ni barang2 wajib beli bila ke Cameron Highland - Munga, Teh & FM





















Jalan2 Cari PML

Salam Petang Ahad,

Hari ni cadang nak amik barang ngan seller, sebenarnye me dah lupe pun yang me ada beli barang ngan dia sampaikan dia call baru2 ni. Tapi hari ni dia p Melaka la plak.  So cam malas ler je nak kuar.... rasa nak berehat je kat rumah.

Tapikan last2 kuar jugak, p sarapan kat TTDI, pastu en husband nak anta Abuzar tuisyen kat Seksyen 20... so me pun menumpang ler sampai kat pasar karat stadium tuu... hehee.  Sementara en husband menghantar Abuzar p tuisyen tu... me p la jalan2, cari apa lagikan... kalau bukan PML. Hisssh... payah ler kalau dah kena penyakit PML ni.

Kali ni santai2 ckit jalan n tengok2 barang...sebabnyer jalan sorang2, pengiring @ bodyguard tak ikut...hehee. Kalau tak tu rasa cam kena perati je kalau nak tengok2 or pilih barang. Nak belek lama2 pun rasa tak selesa sbb ada orang tunggu. Kang kena tunggu lama ...me lak yang rasa bersalah.

Gerai yang wajib dilawati semestinye laa.. .gerai K. Amy. Kali ni me merembat dulang ayan & 2 biji gelas lama yang cun melecun... pada pandangan mata me laa. Kalau gelas2 tu ada ibu dierkan lagiii best. Dulang ayan rm15 & gelas rm5 sebijik.

Pastu pusing2 gerai lain...cari tudung tapi tak gak beli2 sbbnya bila ada yang berkenan....kecik la, mahai laa. Last2 tak beli jugak lagi. Me beli cover untuk pemegang pintu petiais, cantik buatannye....sepasang RM 10.

Then terjumpa fridge magnet yang berkenan d hati... beli 2 ketui... 1 nyer sbb ada tulis nama tempat & 1 lagi  sbb cantik. 2 ketui  rm5. Last sekali beli acuan kuit putu kacang di gerai uncle apek... acuan putu kacang lagiii!!... tapi  kali ni besor cikit, uncle letak rm 8 tapi me dapat rm 5 jer...hehee.

Kesimpulannya semua barang yang dibeli hari ni rege rm5 setiap barang kecuali dulang ayan tu.
Jom kita layan gamba2nyer.

Sebiji dulang ayan yang cun melecun walaupun ada cacat ckit kat atas tu

2 biji gelas lama yang amat nostalgia
  
Acuan kuih putu yang menawan

Cover pemegang petiais

And 2 biji FMs

All in 1

Friday, May 27, 2011

Hunting Di Pontian

Dah lama sebenornya me gi hunting kat Pontian ni. Sambil menyelam minum air le katakan. Asalnye husband me nk pi rumah kawan lama dia di sana. So apalagi bila me dengar Pontian... automatik me teringatkan secondhand shop kepunyaan orang asli di sana. Me suruh ler en husband tanya kawan dia tu, dekat ke rumah dia dengan secondhand shop ni... nk tau tak jawapan dia  yg sangat2 mengumbirakan ati me... hehee... rupa2nye rumah dia beberapa minit jer dari tempat tu. Rezekinya..sbb memang me dah lama teringin nk p ke sana.

Dalam panas2 terik pun sanggup meredah jugak dari sebuah kedai ke sebuah kedai...sayangnya me takde amik gamba la pulak. Tapi tak banyak barang me dapat kat sini.. pml pun dh tak banyak..memang ada pml bunga kangkung, kekwa merah & beberapa jenis lagi tapi keadaannya kurang memuaskan. Me cuma beli 1 mangkuk lauk gamba pokok buluh, bakul rotan, tureen enamel putih berbunga & 1 periuk enamel kuning. Regenya memang berbaloi2.

Kebanyakkan barang2 yang di jual di sini ialah perabut & barang2 elektrik. Geram tengok perabut2 jati...walaupun secondhand tapi masih cantik menawan lagi. Dan geram & terliur tengok almari2 lama yang memang bernilai & menjadi rebutan sekarang ni.
Lepas tu kami ke bandar Pontian pulak. Haa... besar le mata me melilau ke kiri kanan, cari kedai apeks. Dah rezeki me kan masa terpusing2 cari jalan nak ke kedai anak sedara me, terjumpa satu kedai apeks ni.

Best laa gi kedai apeks ni, dia layan ngan baik dan sanggup tolong carikan barang2 lama. Me rasakan kat kedai dia ni masih banyak lagi barang2 lama sbb me tengok kat tempat letak barang dia ni, punya la banyak kotak bersusun2 atas para2 dia yg tinggi tu. Bila me tanya ada pml lama tak, dia sanggup amik tangga utk panjat cari kat atas para2 tempat simpan barang tu.

Dalam duk mata me melilau mencari2 barang  tu tetiba apeks tanya..."ni mau ka", me pun pandang la... tengok2 terus dalam hati ada taman gitu... tapikan me wat cam biasa je.. tak nak tunjuk la reaksi ,takut nnti apeks ketuk rege la pulak. Nak tau ape yang wat me rasa dalam hati ada taman tu... haa set cawan VCR ler, sape yg tak sukakan.
Teko BK & cawan teh cina BK punye la banyak kat kedai dia ni tapi teko tu yang reproduction punya , me x beli pun. Ada satu jer teko BK yang memang lama punya, munga besar lagi tapi sayang... muncung dia dah rosak laa pulak.
Tapikan sayangnye me tak bleh berlama2 sangat kat kedai ni sbb en husband & kakak me tunggu kat dalam kete. Diaorang malas nak layan me. Eh...tapikan lama x lama, me rasa lama ler jugak. Sampai kakak me merungut. Hee... :) nk wat camane...dah hobikn. Lagipun me dah inform awal2.. nk cari menda2 ni tak best kalau tergesa2. Bila dah balik...masa dalam kete me berangan sorang2.... kalaulah spend lebih lagi masa kat kedai tu...mesti apeks yang baik ati tu dapat tolong carikn lagi pml2 lama dia tuu... bestnyerr. Tu pun masa me dh nak bayar...dia masih tolong carikkan lagi & tunjukkan kat me piring kuih oc. Terharunya... nanti bebila me ada peluang me nak pegi lagi kedai apeks ni.

Nilah hasil yg me dapat semasa hunting di Pontian. Mungkin tak seberapa bagi orang lain tapi amat bermakna bagi me.
Dulang enamel/ayan kaler pink n merah dari kedai apeks


Cawan kopitiam, piringnye me beli di pasar karat Kamunting

Nilah dianyer set cawan VCR yg tak sangka leh dapat tu.. kalau me btau regenye mesti ramai yg x caya. 7 kali ganda murah compare ngan yang jual kat blog. Kalau kt blog 6 cawan & 6 piring sekarang rege dlm RM 90 ke RM 100 lebih
 


close up

Friday, May 20, 2011

Bedak Batu Bulat Cap 3A

N3 kedua untuk hari ni...

Kisah bedak batu bulat 3A atau bedak batu 'Tong Hing' yg mengimbau kenangan silam me... bedak ni antara bedak yang me gunakan masa kecik2 dulu... biasa laakan, ape yang mak me guna.. tulah jugak yang me guna.  macam bedak 'Sam Fong' yang me penah n2 dulu, bedak ni pun seketul jugak cam batu... sebab tulah dipanggil bedak batu.

Yang ni me dapat dari mak saudara me... dah lama dapat sebenarnye tapi me simpan di rumah me di Sentul. Sebenarnya sebelum dapat yang ni, me dah cuba mencari2 jugak tapi tak jumpa.Satu hari mak sedara me datang ke rumah dan me nampak dia guna bedak ni. Me saje tanya, dia beli kat mane... tak sangka lak dia bagi  bedak dia tu. Heee....hepiii sangat.Time kasih laa pada mak sedara me tuu.

Tapikan sebenarnya yang ni me rasa yg 'repro' punya.... sebabnya kalau bedak yang me guna masa kecik2 dulu, bekasnya daripada kertas tebal, wanenyer hijau lembut & munge ros kat cover dier tu lebih real dan cun. Tapi yang baru ni bekasnya dari plastik & mungenyer pun lain ckit. Pepehal pun me sukerr gak!!

Nilah dier gamba bedak batu bulat tuu.


close up gamba munga

Si Anak Yatim

Salam Pagi Jumaat,

Haa... me cuti hari ni sbb nak balik kampung Taiping, ziarah pak & mak mertua me. Cadangnye nak balik masa cuti sekolah tapi disebabkan pak yang masih tak sihat & takde sapa jaga... so kami balik dulu laa. Cuti sekolah nanti kot ramai yang boleh jaga.
So, sementara tunggu En Husband balik lepas semayang Jumaat, me amik kesempatan utk n3 kisah anak2 yatim ni. Jangan salah sangka lak... ni kisah anak2 yatim c cawan ml yellow pink rose yang tak beribu & bersedara mara laa.

Dah lama sebenornya me dapat cawan ml yellow pink rose ni, tapi nak wat sessi fotografi tu yg maleh cikit. Macam2 lagi ada yg lain cuma belum difotografi jer lagi. Berbalik pada c ml yelllow pink rose nikan, tah bila la anak2 yatim ni nak berjumpa ngan ibu diaorg & sedara mara yang lain.

Cawan ml rose yellow pink ni me beli dari pml seller c Krol. Me beli pertamanye sebab dianyer mulut lebar & yg keduanye sbb regenye yg memang berbaloi2.

Jom kita layan gamba2 anak yatim ni. Set yg ada cuma 6 cawan ml & 6 piring jer. Gamba2 semuanye kelabu asap ler, ye la guna kamera zaman tok adamkan. Laa ni kamera dah canggih manggih dah, takpe laakan janji kuar gamba.

Suka sangat me tengok bila dah difotografi cam ni, sweet jer walaupun belum dimandikan lagi semejak beli
 
posing cara lain pulak

pandangan hadapan

pandangan belakang

 Close up munge yellow pink rose, simple but sweettt

Tuesday, May 17, 2011

New FM Lagiii

Haaa... bestnyer, cuti hari ni...Cuti Wesak Day.

N3 simple pasal FM kali ni. FM ni sebenier dari boss me... Bonnie masa dia p traning di Alor Setaq hari tu.Thanks to Bonnie.

Semua FMs ni melambangkan tempat2  d negeri Kedah.

Pekan Rabu

 Muzium Padi

Map negeri Kedah

Sunday, May 15, 2011

Hari Untuk Berehat & Menenangkan Minda

Salam Hujung Minggu...

Wah hari ni baru betul2 dapat berehat ... kalau tak, ada je urusannye. So, hari ni me amik  ler kesempatan melawat kakak2 & abang2 seller PML kat pasar tani vs pasar karat stadium shah alam, rasa dah lama tak ziarah & melaburkan rm kat dier org ni... hehee. Ni pun salah satu cara untuk merelaxkan minda me ni.... mcm therapy le gitew...heee.

1st tempat yg dituju... semestinye laa gerai Kak Amy tapi Kak Amy tak habis lagi susun barang, so me jalan2 dulu tempat lain sambil mencari blouse. Lama dah tak beli baju, asyik2 pakai baju yg same jer. Me ni tak kisah sangat pasal baju2 ni tapi malu ler pulak... orang dok tengok kita pakai baju yg sama jer. Nanti dah nak balik.. me nak singgah semula gerai K. Amy.

Pusing2 dapat 1 blouse yg berkenan d hati... sebenarnye mcm2 blouse ada tapi kebanyakkannyer semua saiz2 besor. Susah ler nak cari yg saiz yg fit ngan me yg comel lote ni (perasan sendiri dah ler..hehe..). Ya la, mane taknye, bila tanya saiz 38 or 40 ada. Semua cakap 'paling kecik saiz 42 dik' hmmm...susah la mcm ni.

Pas2 teringat nak belikan tudung tuk anak buah me (Salina) tapi dsebabkan terlampau ramai org meniaga tudung & pelbagai sangat tudung... me jadik tau tau nak pilih...last2 tak beli pun. Carik tempat lain aje laa.

Jalan2 lagi, jumpa orang jual barang2 karat tapi takde yang berkenan.  En. Husband beli paper, songkok & cd ngaji. Sebenarnye kat pasar karat stadium shah alam ni kesemua penjual barang2 antik & PML adalah orang melayu, cuma ada 1 gerai jer yang sellernye uncle cina. Me berenti tengok barang2 yg berkenaan & me terjumpa cetak kuih putu kacang yg diperbuat dari kayu (cam yg me beli kat pasar karat Kamunting hari tu). Kali ni cetaknye besar cikit, tu yang me beli jugak, regenyer memang best RM5 jer, mintak kurang tak dapat la plak. Tapikan me perasan laa.. lately ni banyak lak cetak kuih putu kacang ni keluar.... sebelum ni takde pun. Rasanya baru sampai dari negara China agaknya.

Me terjumpa 1 gerai yang me tak penah perasan sebelum ni yg jual PML & barang2 perhiasan lain. Boleh tahan gak pml dier, ada piring cawan 'ikan emas' cam yg me beli kat pasar karat Kamunting, ada cawan & piring 'kekwa kuning' yg mengoda iman me & 1 tea set 'dancing holland' siap ngan sugar pot & milk jug lagi, n barang lain pinggan, piring & cawan twin roses. Pinggan kekwa merah & hitam & beberape yg lain lagi. Regernye me rasa dia tak berapa mengikuti harga2 semasa PML... masih murah lagi. Me beli 2 keping piring 7'' twin roses, sekeping RM4 jer. Kalau kat blog dah RM7 - RM8 hengget.

Jalan2 lagi cari blouse tapi semuanye tak okay, lepas beli makanan & nak balik me singgah semula kat tempat K.Amy. Tak banyak barang baru kali ni tapi me perasan ada 1 menda yg susah nak dapat iaitu sugar pot c 'cabbage rose'... dalam ati berbelah bagi nak amik ke idak, gold liningnye masih tiptop lagi tapi disebabkan mungnyer dah agak2 pudar gitew... so me tak jadi amik. Selamat rm me.  Me pandang barang2 lain...haa... kat tempat K. Amy pun ada cetak kuih putu kacang gak??!!! ada 2-3 jenis lagi tapi K. Amy jual RM 10. Selamat lagi RM5, rm me. So, kali ni me beli pinggan ayan 2 keping jer dari K. Amy sebab regernyer yg berbaloi2 gitew & conditionnyer yg masih okay. Munganye pun cantik & terang. RM5 sekeping maa.. mana nak dapat. Kat tempat lain kalau ada pun dah berbelas2 hengget regernya kecuali ler kedai apeks... tapi kat kedai apeks pun dah susah nak dapat pinggan ayan berbunga. K. Amy kata dier dapat pinggan ni dari Tanjung Malim.

Ni laa dier hasil2 hunting PML hari ni. Walaupun tak seberape tapi cukup ler untuk terapi minda me ni.




cun sungguhkan munge twin roses ni