Hani's Precious

Saturday, March 16, 2013

Silap Ajaran


As Salam...

Kubur & Hantu cam dah sinonim dengan masyarakat sekarang ni, bukan setakat Melayu jer, rasanyer semua kaum dan bangsa pun mengaitkan kubur dan hantu. Tu laa, biler dari kecik dah didedahkan dengan ajaran/pengetahuan yang salah ... cam ni lah jadiknyer. Tapikan mende tu memang ader & suker kat tempat2 cam tu. Tapi Alhamdulillah, walaupun ader citer2 yang camtu, kami dididik, biler lalu dekat kubur, sedekahkan Al Fatihah pade orang yang dah meninggal. Arwah mak selalu pesan cam tu dulu.

Alfatihah untuk arwah mak & bapak & semua umat Islam yang dah kembali menemuiNYA.


Tuesday, March 5, 2013

Dah Besar Dah Kembar Ketiga Ni!

Assalamalaikum...

Dulu me penah wat n3 pasal kembar ketiga dalam Hj Hassan & Co ni, mase diaorang baru lahir dulu. Laa ni dah besar dah si Adrini & Hamani. Tah bile leh dapat kumpul 3 pasang kembar ni & gamba bersama. Kalau ada majils or kenduri, mesti ader jer yang tak dapat datang.

Ni Gambar si kembar dengan ibu & daddy . T. Cu suke tengok baju dier, simple but nice gitew.

Sunday, March 3, 2013

Kelebihan Sujud

Salam Hujung Minggu...

Me tak sihat sekarang, lepas En. Somi baik demam.... me lak sambung... selesema, pening kepala. Musim sesema ke sekarang ni? Sekarang ni malas nak amik panadol or ubat klinik or hospital. Me amik ubat alternative, herba & homeopathy tapi memang agak lambat sikit sembuhnya.

Sekarang ni banyak post2 di facebook mengenai bab2 agama yang dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Bagus la tu, manfaatkan kemajuan tu untuk kebaikan bersama. Walaupun me tak aktif berfacebook tapi me rajin gak online sebab nak baca post dari kuarga dan kawan2 & tengok gamba2 yang diorang post tu.

Ni salah satu post yang me amik dari facebook. Me penah terbaca, kedudukan ketika sujud merupakan kedudukan yang paling hampir dengan Allah S.W.T dan manusia digalakkan untuk memohon doa & hajat semasa sujud. Artikel lain yang  me penah baca, kalau sedang dalam keadaan sakit, digalakkan berada dalam kedudukan sujud kerana ianya dapat mengurangkan kesakitan. Me dah tak berape ingat faktanyer tapi dari segi sains, bila dalam keadaan sujud, darah akan turun ke otak dan menghasilkan lebih oksigen. Sememangnyer Agama & Sains saling berkait rapat dan tak boleh dipisahkan tapi bukan Sains jer, semua perkara pun memang tak boleh dipisahkan dengan agama cam politik, perniagaan, kewangan, undang2 dll.

Semoga kita dapat mendekatkan/menerapkan lebih lagi ajaran2 Islam dalam kehidupan seharian kita. Insyallah!!

Wassalam.