Hani's Precious

Monday, May 6, 2013

Kota Belut & Tips of Borneo

Assalamualaikum...

Hari Kedua di Sabah 6/5/2013, kami ke Kota Belud. Tujuan utamanyer pegi ke Tip of Borneo, tempat yang paling atas sekali di Sabah ni, tempat yang nampak cam tanduk kalau tengok kat peta Sabah tu.
Memang cantik tempat ni, dengan airnyer yang sangat jernih, biru kehijauan.  Sangat cantik pemandangannyer. Yang tak berape bestnya nak menyampaikan ke tempat tu.... agak membosankan. Boleh tahan jauhnyer & jalan2 rayanyer agak teruk, kekadang ada tempat yang rasa macam naik kete kuda. Anjang bagitau jalan raya kat situ senang rosak, baiki2 rosak semula.
Tomanggong Kurantua... nama tempat yang paling tinggi sekali di Tip of Borneo, dinamakan sempena nama pahlawan orang Rungus suatu masa dulu

Pemandangan2 yang menyejukan mata memandang walaupun kami sampai masa tu panas terik




Me & En. Somi yang eksyen tak nak pakai topi, haa tu pasal muka berkerut menahan panas


 Rombongan Cik Besah bergamba ramai dihujung tanjung

& di landmark Tips of Borneo. Rugi laa kan kalau tak mengabdikan kenangankann... bukan senang nak sampai ke hujung pulau Borneo tu. Sekali ni jerlah agaknyer.
Siput2 yang sangat cantik dijual digerai2 di tepi jalan menuju ke Tips of Borneo. Harganyer berganda2 murah compare ngan yang dijual di KK

Siput Batik yang cantik

Siput2 kecik yang lain


Me begamba dengan adik2 penjual siput yang pemalu

Dalam perjalanan balik ke KK, kami pusing di Bandar Kudat & sempat singgah di Rungus Bead Center & Rumah Panjang Orang2 Rungus. Ni antara rantai2 manik hasil kerjatangan Orang2 Rungus. Same cam siput, regenyer akan naik berganda bile dah sampai di KK

Hentian terakhir sebelum sampai di KK, singgah di R & R Hutan Simpan Ulu Kukut. Singgah beli air & amik kesempatan bergamba di tugu ni

Esok kami akan ke tempat lain pulak...

No comments:

Post a Comment