Hani's Precious

Tuesday, February 11, 2014

Uruskan Visa Ke India

Salam Sejahtera....

Me uruskan visa untuk ke India hari ni. Me pegi ngan Abg Bakar & Kak Zainah. Pukul 10 am kami kuar rumah. Naik STAR LRT depan rumah & turun kat stesen Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek kami jalan kaki ke India Visa Centre kat Jalan Leboh Pasar, KL. Kalau sesape yang nak berurusan kat situ & tak tau tempatnyer,  senang jer... cari Bangunan Sultan Abdul Samad, jalan sampai ke hujung bangunan yang bertentangan dengan bangunan Agro Bank. India Visa Centre ni sebaris dengan kedai2 or pejabat... Bertentangan dengan Agro Bank tu.

Me nak nasihat kalau sesape nak wat visa ni... Pastikan data yang diisi mase fill up borang permohonan online tu tepat mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kalau tak tepat... Nanti tak pasal2 kena bayar rm20 satu borang sebab diaorg akan buatkan semula permohonan tu. Contohnyer macam Sir Name sebab ramai orang silap isi mende ni termasuk la abang me tu. Me dah bagi tau dier  & suruh buat permohonan baru tapi dier rela bayar rm20. Untuk Sir Name ni bagi orang Islam wajib kena letak Bin or Binti. Contohnyer Mahani Binti Hj Hassan, so sir nama adalah Binti Hj Hassan & given name adalah Mahani. Setakat kesilapan kecik ni kena bayar rm20... sayang duit weiii!! Lain la kalau korang rajin nak balik semula ke rumah or pegi mane2 cybercafe tuk wat semula permohonan online & print form, pastu datang semula ke visa centre ni. 

Satu lagi pasal gambo... Yang ni pun satu hal jugak. Bukan boleh guna gambo ukuran passport biasa tu. Ukurannyer wajib 2 x 2 & background mesti putih. Kene beritahu tukang ambik gambo tu jelas2, nak buat gambo tuk visa India, ukuran 2x 2, background putih. Its happen to my En Somi... Dah mentioned 2 x 2 pun diaorang  print gak gambo ukuran passport biasa. Me pesan kat En Somi, mintak tukang gambo tu cetak semula 2 x 2 & jangan buat bayaran baru, sape suruh wat salahkan. Dan  me tak faham laa... Tukang gambo tu tak faham bahase mesia ke or dier kurang pendengaran ke or tak tau nak mengukur, sebabnyer  biler dier print yang baru... Jadi macam  1.5 x 1.5 gitew. En Somi suruh diaorang wat yang baru semula & siap tunjukan sample gamba 2 x 2 yang sebenarnyer beso macamane. Fuhhh.... sampai 3 kali print baru betul beb. Last2 En Somi dapat 13 keping gamba semuanyer hanya dengan bayaran RM10 hengget jer. 4 keping gamba ukuran passport biasa, 3 keping 1.5 x 1.5 & 6 keping 2 x 2.... huhuu!!  Rugi kedai gambo kalau ader pekerja camni.
 
Kat visa centre tu ader jer sebenarnyer tukang amik gambo... tapi me tak pasti bayarannyer macamane. Kat kedai gambo biasa, 3 keping, RM10.
 
Sebenornyer me banyak google untuk cari cara2 memohon & mengisi borang permohonan visa india ni. Blog yang banyak membantu me ialah blog http://azaleania.blogspot.com/2013/01/cara-memohon-tourist-visa-ke-india.html. Time kasih banyak2 me ucapkan pada tuan empunya blog... Azaleania.
 
Info lain yang me nak bagitau ialah waktu submit dokumen ialah dari pukul 9am hingga 2pm & waktu collect visa ialah pada 2pm hingga 4pm. Visa akan siap dalam mase 3 hari. Setelah selesai urusan dikaunter, petugas akan bagi resit & maklumkan bila boleh collect visa. Kene bawak resit tu bile nak collect visa nanti.
 
So kesimpulannyer dokumen2 yang diperlukan untuk buat visa ni ialah :-
  1. Passport asal
  2. Salinan passport (me sahkan siap2 salinan passport ni)
  3. Borang permohonan online yang telah diprint & tandatangan (2 tandatangan, 1 bawah gamba pada mukasurat pertama & 1 lagi pada muka surat kedua)
  4. 2 keping gambo 2 x 2, background puteh
  5. Bayaran untuk visa (me kena RM161.56)

Takde laa susah mane pun sebenornyer tapikan sebab tak penah buat tu yang rase cam susah jer.

Suasana kat dalam visa centre

Ni la rupe resit yang perlu dibawak bile nak amik visa
 
So, sesape yang nak mohon visa india selepas ni... gud luck ya. Semoga dipermudahkan urusan.

9 comments:

  1. kak. ada tak simpan salinan borang vis aindia tu...nak buat contoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaim 1971, sori akak baru baca comment ni. Akak takde simpan salinan borang visa tu tapi kalau ader masalah mase nak isi boleh email pada akak. Nanti akak bantu mana yang boleh. Email add : mahani.hassanmansor@gmail.com

      Delete
  2. Kak..kalu buat visa bagi pihak orang lain boleh tak...atau kena org tuh sendiri yang pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nusa Travel... refer jawapan akak kat bawah tu yer. Tq.

      Delete
  3. Boleh jer Dik... yang penting semua data dalam borang yang diisi tu lengkap & betul. Kalau tak susah nanti sebab kena isi baru.

    ReplyDelete
  4. Kakak.. byk plak yg sy tak paham. Ms isi borg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg Adila tak faham ya, cuba nyatakan. Mana tau akak blh membantu. Utk makluman Adila.. Sekarang ni masa serah borang di visa centre, dh tak blh wakilkan org lain. Tuan punya bdn kna pi sendiri sbb depa nak scan cap jari.

      Delete
  5. Kalau kita dah submit online, lepas dpt hard copy dia utk dicetak, bila check ada silap isi ckit. Alamat saya lupa nak letak nama negeri, pastu saya silap isi part ayah saya keje. Kene isi balik dari awal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa elok buat yang baru Dzalhairy dengan data yang tepat. Tq.

      Delete