Hani's Precious

Sunday, October 27, 2013

Subsidi Gula RM0.34 Dimansuhkan

As Salam...

Ini laa topik perbualan paling hangat minggu ni & mungkin jugak berlarutan jadi berbulan2...

Sebelum tu ader sorang menteri ni cakap kerajaan jamin harga tepung, gula tidak naik. Leh bace kat sini tapi tup tup lepas budget 2014 harga runcit gula sebelum ini dari RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula pada 26/10/2013, sehari selepas pembentangan budget 2014. Lepas naik reger dier wat statement ni pulak. Betul2 menteri cap ***m (MCA). Sebenornyer ramai lagi yang cam ni yang menjawat jawatan menteri sekarang.
 
Ni yang me tak puasati & pelik ni, tak puasati sebab reger gula naik & peliknyer sebab ni kan budget 2014 tapi kenape reger gula naik berkuatkuasa 26/10/2013. Bukan ker patutnyer, kalau nak naik pun, 01/01/2014 nanti la baru naik. Me ni buta ekonomi tak pandai bab2 ekonomi ni... mohon laa pencerahan pasal bab ni.
 
Walaupun naiknyer hanya RM 0.34 jer tapi banyak  & besor kesannyer. Lepas ni siap laa... harga barang2 makan lain mesti naik punyer. Gula naik RM 0.34... tah2 lepas ni kuih muih, roti canai, teh tarik naik sampai RM 0.50.

Mane peginyer slogan yang dok kate rakyat didahulukan... mase kempen pilihanraya dulu kan main lagi tabor janji.. kata reger minyak takkan naik tapi lepas pilihanraya... reger minyak petrol naik... me dah tak ingat naik berape sen seliter.  Itu laa hadiah pilihanraya ke 13 yang pertama untuk rakyat mesia yang kononnyer rakyat didahulukan!!! Biler reger minyak naik, faham2 je laa.... semua barang keperluan akan naik. Alaa... cam tak biase laa pulakkan... cam dulu2 tu laa jugak. Kan ker dah banyak kali rakyat mesia dapat hadiah cam ni daripada kerajaan yang berjiwa rakyat ni.
 
Lagi MCA
 
Gambo2 yang me copy dari fb

 
Jom sejukkan ati cikit

No comments:

Post a Comment