Hani's Precious

Tuesday, October 29, 2013

Jom Kenal Saudara Mara

As Salam,

Rupe 2nyer ader berbelas2 suku kaum Orang Asal di Mesia ni. Sebelum ni yang me tau tak sampai pun 10 suku kaum. Ni baru orang asal di Semenanjung Mesia, belum lagi di Sabah & Sarawak yang berpuluh2 suku kaum tu. Tapi macamana dengan nasib diaorang.... terbela ke tidak? Sesungguhnyer ramai yang masih belum terbela nasibnyer walapun dah 56 taun Mesia ni merdeka. Memang ader laa segelintir yang dah berjaya, berpendidikan tinggi & pegang jawatan besar tapi majoritinyer masih dhaif & hidup cara lama.
 
Memang tak dinafikan ader sebahagiannyer yang tak suke pade perubahan. Diaorang lebih selesa hidup dengan cara diaorang selama ni tapi bagi me kerajaan kena laa mememainkan peranan yang lebih bijak & bersungguh2 untuk bantu kuarkan diaorang ni dari kedhaifan diaorang tu. Antara yang paling penting ialah pendidikan. Dah terbukti ramai anak2 orang asal yang boleh berjaya, ini maknanyer diaorang tu sedia menerima perubahan, cuma kerajaan perlu gandakan usaha lagi untuk yang masih belum dapat menerima perubahan tu. Kalau diaorang tak suke nak belajar or pegi sekolah., salah satu cara... ajar diaorang cara pertanian or penternakan yang betul & sistematik. Bukak kebun or ladang untuk usahakan tanaman yang boleh bawak hasil untuk kegunaan sendiri & jugak dijual supaya ader pendapatan yang okay. Ataupun ajar cara2 berternak ayam itik, angsa, kambing or lembu yang sistematik. Kan ker Mesia ni masih banyak lagi hutan2 yang boleh dijadikan kawasan untuk orang2 asal ni bertani & menternak.
 
Me cakap ni pendapat me jer. Mungkin jugak kerajaan dah buat semua ni, me jer yang tak tau tapi kerajaan kena laa selalu2 datang jengok diaorang ni untuk aderkan sessi penerangan, pentingnyer untuk berubah & pantau cara pertanian & penternakan yang diusahakan supaya diaorang tak rase terabai & dipinggirkan. Bagi orang2 yang dah diamanahkan untuk bantu diaorang tu, buat keje dengan ikhlas... jangan setakat melepaskan batuk di tangga jer.
 
Gamba ni me amik kat KUD di Putrajaya hari tu. Daripada gamba kat bawah ni, ader beberape suku kaum yang dah tak ubah cam rupe orang Melayu ie suku kaum Temuan, Orang Laut (Kuala) & Semelai. Yang lain2 tu masih leh nampak keasalannyer.


Me berdoa semoga diaorang ni terbuka fikiran, bersedia untuk menerima perubahan & nasih diaorang lebih terbela lagi di mase hadapan.

Semuanyer dengan keizinan Allah yang maha Berkuasa & maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment