Assalamualaikum...
Alhamdulillah!! Perancangan menjadi kenyataan. Terima kasih Allah kerana menunaikan hajat kami.
Maka pagi (pagi laa sangat... hehee...) Sabtu 21hb baru ni kami pun bergerak laa ke CH, sebelum singgah & bermalam di Sri Iskandar & meneruskan perjalanan ke Taiping pagi esoknyer.
Destinasi pertama yang kami singgah sudah semestinyer di Bharat Tea di jalan utama antara Ringlet & Tanah Rata. Beli teh kesukaan kuarga kami iaitu Cameron Valley Tea, Teh perisa Strawberry dan jugak Teh Blackcurrent. Dan sudah semestinyer laa mengambik gamba pemandangan ladang teh yang menyejukkan mata memandang tu kan. Rugi laa kan datang kalau tak amik gambo, bukannyer kena bayor pun.
Hmmm... Pemandangan ladang teh yang sangat mendamaikan
Di dalam kedai, berlatarbelakangkan pelbagai teh keluaran Bharat Tea. Tapi rege teh Cameron Valley ni lebih murah lagi di pasar malam di Brinchang compare ngan beli kat kedai ni
Jenis2 Teh Cameron Valley kuaran Bharat Tea
Selain dari teh, teko2 pun ader
Yang ni for display only, not for sale
Selesai sudah di Bharat Tea... jom kita mendaki ke atas lagi.
No comments:
Post a Comment