30th August 2013 - Hari terakhir me di STMB, selepas hampir 22 tahun me berkhidmat di sini. Hari terakhir me, sehari sebelum merdeka day... & esoknyer, me betul2 merdeka.... heee!!!. November 1991 me memulakan kerja di STMB, dari bawah me naik setingkat ke setingkat sampai laa ke jawatan terakhir sekarang, tak la tinggi mane pun tapi cukup bererti bagi me.
Kisah suka duka, pahit manis selama hampir 22 tahun akan menjadi kenangan manis buat me selagi diizinkan Allah. Berpindah bangunan, bertukar pengurusan, bertukar2 boss, bersilih ganti kakitangan, berpindah tingkat, menghadapi bermacam ragam karenah manusia & jugak system menjadi sebahagian dari hidup me dulu. Pengalaman sangat bernilai kerana ianya akan mematangkan kehidupan.
Ramai kawan2 yang tak percaya biler dapat tau me nak berenti & ramai yang nak tau apa me akan buat lepas ni. Jawapan me " I want to do what is I want to do". Semestinya laa me dah ader plan apa yang me nak buat selepas ni disamping nak mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Sebelum ni banyak masa me dihabiskan dengan urusan duniawi.
Buat kawan2 yang masih di STMB, me ucapkan selamat maju jaya & semoga yang terbaik menanti anda di masa hadapan. Nasihat me, lakukan kerja dengan ikhlas & penuh dedikasi.
Selamat Tinggal STMB.
Majlis ringkas sempena perpisahan me (setakat gamba2 yang ader dalam ipad me jer, gamba lain banyak pada camera & phone kawan2)
Terima kasih semua & me akan merindui U olls selepas ni
No comments:
Post a Comment