Citer pasal rumah tempat kelahiran me yang sedang mengalami perubahan. Dah lebih 70 taun usia rumah ni... mungkin seusia umur Kak Long me yang lahir mase zaman Jepun dulu. Sebelum ni pun memang dah banyak perubahan yang dilakukan, biasa la kan rumah kampung... tokok tambah, ubah, baiki sana sini tapi kali ni perubahan yang agak besar. Atam nak turunkan rumah depan tu sebab dah banyak yang dimakan anai-anai dan nak tambah bilik lagi satu sebab biler ramai2 balik, bilik tak cukup.
Sedih... memang agak sedih sebab di sini lah kami semua 12 beradik dilahir & dibesarkan, di mana 2 orang kakak & abang me meninggal dunia semasa kecik dan rumah di mana mak & bapak menghembuskan nafas terakhir. Kenangan semasa kecil dan kenangan bersama mak & bapak sentiasa segar dalam ingatan kami semua. Sentimental value yang amat kuat dalam diri kami.
Cadangnyer juga mana papan2 yang masih boleh digunakan, kami nak wat pondok kat bawah pokok tepi rumah. Nanti bebiler leh picnic lagi ramai2 kat situ. Mesti seronokkan berkumpul ramai2. Tertunggu2 saat tu. Semoga Allah Ta'ala mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk kami semua. Insyallah!!!
Ini lah rumah kampung kami yang bakal mengalami perubahan tak lama lagi
Pandangan hadapan
Tak nampak keseluruhan pemandangan rumah.... terlindung pokok buah mata kucing. Tak pe sebab pemandangan tu memang dah terpahat dalam kotak pemikiran kami
No comments:
Post a Comment