Hani's Precious

Saturday, November 12, 2011

Aidil Adha 2011_1

Salam Aidil Adha 2011

Taun ni, selain menyambut Aidil Adha, ada acara lain pada hari raya kedua. Haa... sape nak sangka, kakak ku kawin lagi... hee. 7/11/2011, hari pernikahan Atam yang kedua selepas hampir 7 tahun Pak Tam yang pertama meninggal.

Petang raya lagi kami semua dah sibuk2 gitu... buat apa yang patut... kupas bawang, potong bawang, nenas n ape2 lagi ler yang patut disiang & dipotong, blend & macam2 lagi. Orang lelaki sebahagianye melapah lembu. Ketua chef semestinya abang me (Abang Bakar). Menu kenduri - Nasi dan daging beriani, kambing kuzi. kambing golek & ayam golek, pajeri nenas, dalca, kerabu mangga & sayur kacang + perut lembu.

Kat bawah ni gamba2 masa5 & 6 hb.

Ni bakal pengantin dengan anak2 dedare sedang memerah kelapa

Sarah yang sedang mengeringkan rendang

Dah penat2 keje, Atam upah aiskrim. Anak2 sedang beratur utk mendapatkan ais krim. Apa la Amar ni potong trip lak, adik2 semua tak dapat pun lagi ais krim.. hee... N Pak Lang tengah testing loceng ais krim tu

Adik tengah berposing dengan ais krimnyer

Pertandingan makan aiskrim...hee...

Petang 6hb, kaum2 ibu sedang rewang merewang. Sempat ko berpeace dik ye...

Kaum bapak pun same...hee... ada mandor kat belakang tu tengah tengok pekerja2 dia


Ni lembu korban yang baru sampai dari ladang... dah siap sembelih gitu...

Anak2 dedare sedang menyiapkan goodies

Sunday, September 25, 2011

Beraya Di Nilai, Seremban, Sg.Buloh & Pekena Cendol Leman Dawi

Salam hujung minggu,

Di hujung2 raya hari tu me, en hasben & abang me (Abang Salleh) sekeluarga beraya ke Nilai dan Seremban.... rumah anak2 saudara me, Ikin di Nilai & Ajit & Topek di Seremban.

Kami p rumah ikin dulu, sampai dalam kol 10 pagi....  yg bestnya tuu tersalah masuk rumah. Termasuk rumah selang2 buah dari rumah Ikin... hehee... lawak jer. Borak2 n makan2... menu spagethi, cocktail n kuih2 raya.

Dalam kol 11 kami gerak ke Seremban pulak... rumah Ajit. Yang ni pun best gak, sebenarnyer me  & en hasben baru sekali jer p rumah Ajit ni, so cam ingat2 lupa la jalan nak masuk rumah dia tu. So, kami follow jer laa kete abang me tapikan dia pun same rupenya. Tersesat2, tersalah jalan, pusing semula & last2 kena la call tuan rumah...hehee. So, Ajit pun kena la amik kami kat tepi jalan. Agak lama gak di rumah Ajit. Borak2, makan2... menu nasi arab, kuih2 raya n air teh papermint. Lepas solat zohor sambung borak2 lagi sambil tengok gamba2 lama. Seronok tengok gamba2 tu... cam2 perasaan ada... kelakar tengok gelagat2 masa muda2 & kanak & sedih bila tengok gamba2 orang yang dah takde.
Bertolak dari rumah Ajit dalam kol 2 lebih, Abang me ajak p pekena cendol Leman Dawi yang popular tu. Gerai cendol dia ni dah ada sejak me kecik2 lagi rasanye. Gerai ni di kawasan Sg. Gadut, Seremban. Tak jauh dari rumah me. Tuan punya cendol ini bekas askar, punya laa peramah dan dalam minda dia tu penuh ngan fakta. Semua pelanggan yang sampai kat gerai dia ni, dia akan sambut dengan pantun. Lepas tu dia start laa keluarkan apa2 ajer fakta yang ada dalam minda dia tu, dari fakta Mesia sampai la fakta dunia semua dia citer kat pelanggan. Abang me tanya beberapa soalan n semuanyer dia dapat jawab ngan tepat.Kami oder cendol untuk setiap sorang, macam2 jenis cendol ada. Kami oder cendol kacang merah & cendol jagung. Yang istimewanyer kat gerai ni, tambahan air gula & santan percuma.

Lepas pekena cendol, kami pun bergerak ke rumah Topek di Bandar Seremban Selatan. Rumah Topet ni sebenarnya 1 kawasan  dengan rumah me. Rumah me fasa 2 & rumah Topek d fasa 3. So, kali ni me & en hasben pulak jadi pemandu pelancung tapikan yang bestnya terlajak jugak...hehee... tapi terlajak sikit jerlah., terlepas 1 lorong. Masing2 dah kekenyangan... so kat rumah Topek kami mampu minum air & makan kuih raya jer.
Bertolak dari rumah Topek dalam kol 3 lebih, Abang me terus balik ke Kajang. Me n en hasben meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh, p ke rumah Salimi & Fiza. Semenjak depa pindah, kami tak penah p lagi, so Abg Salleh bagi la instrusction arah jalan ke rumah Salimi tapi biasa la kan sebab tak penah pegi so tak berapa sure jer jalanyer. En hasben call Salimi & dier bagi la instruction tapi agaknye tak berapa jelas... kami pun cari punya cari... last2 nampak signboard stesen keretapi Kuang.... haaa... dah jauh sesat ni. Call semula Salimi n cam biasa dia kena la jemput kat tepi jalan.  Heee.... hari ni hari sesat2 sedunia agaknyer.

Borak2 d rumah Salimi, kol 7 baru balik... Letihnya... letih berjalan... heee.

Gamba kat bawah ni gamba di gerai cendol Leman Dawi.... Promosi percuma untuk En Leman Dawi.


Bibik Sulis & Bibik Rima

Ni cendol me punyer

Tok Mah & Kakak Nani

Yang pakai topi merah tu la tuan punya kedai ni.... En Leman Dawi



Tuesday, September 20, 2011

My Orchard_3


Musim Buah Duku pulak sekarang!!!

Cuti Hari Malaysia (16/11/2011)  baru ni me balik ke Muar.... yelakan... kan ke dapat cuti 3 hari sebab bersambung ngan cuti hujung minggu, lagi pun me lum balik ke Muar lagi raya ni.

Me amik kesempatan pegi ke dusun me, tengok buah2an yang masih ada. Buah duku dah start masak. Walaupun tak berapa lebat taun ni tapi ada beberapa pokok yang boleh tahan gak buahnya. Me & En. Hasben try makan beberapa biji tapi masih rasa masam lagi.

Esoknye kami pegi lagi & ada 1 pokok ni yang buahnye dah agak manis. Kali ni pegi ngan Atam sekali. Atam suruh me panjat, me boleh je  panjat, bukannye tak biasa panjat pokok masa kecik2 dulukan tapi masyallah banyaknyer semut hitam kat pokok ni. Tak larat nak duduk atas pokok tu lama2.... me gugurkan buah2 duku tu & Atam pungut di bawah. Habis satu badan semut merayap kat badan me. Lepas turun dari pokok, me tak jadi keje lain sebab asyik membuang semut yang merayap2 kat badan me tu. Last2 Atam petik guna galah jer.

Ni la dia gamba2 buah duku tuu.. 


 

Ni buah duku yang belum masak


Gamba guna flash....haa nampak tak semut2 tonggek d monggek tu


Hat ni yang dah masak




Monday, September 19, 2011

Raya 2011_Dari Johor Sampai Ke Perlis

Assalamualaikum..

Taun ni giliran beraya di Muar sebenarnya tapi me & en hasben beraya di Taiping sebab pak mertua tak sihat lagi, so di akhir2 puasa kami balik me Muar dulu.... sambut akhir Ramadhan kemudian dari Muar kami balik ke Taiping. Dalam perjalanan kami singgah di Seremban sebab me nak bayar cukai taksiran untuk rumah Seremban yang dah lama tertangguh, al maklum la dapat penyewa yang akalnya beng.... sikit, boleh dia buang semua surat2 penting me yang sampai ke rumah tu.

Ingat nak teruskan perjalanan terus ke Taiping tapi en hasben tak berapa sihat... rasa seram sejuk lak badan dier... mungkin kot disebabkan sehari sebelum tu jadi superman... heee.. terjatuh dari pokok pulasan. Alhamdulillah la pokok tu tak tinggi sangat. So kami balik dulu ke Shah Alam, en hasben nak rehat sekejap & amik ubat. Lepas sembahyang zohor kami gerak balik ke Perak. Sampai di kampung Taiping dalam pukul 6 lebih. Sempat gak kami berbuka hari last puasa di kampung.

Esoknyer dah raya. Juadah hari raya....  lemang, kari daging, nasi impit, kuah lodeh dan daging dendeng yang me bawak. Pagi raya ziarah ke rumah saudara mara. Hari raya ke 3 kami pegi ke Kedah, ziarah pak saudara (Chu Lah) di Legong, Baling. Lepas balik dari Baling kami terus ke Pulau Pinang pulak ziarah abang me (Adon) di Kepala Batas. Sampai di Kepala Batas dah malam. Esoknye dalam pukul 10 pagi kami (termasuk Adon sekeluarga) bergerak ke Perlis, beraya di rumah sepupu me (Abang Ayom) di Kangar. Dalam perjalanan balik, kami semua singgah pulak di rumah sepupu yang lain (Kak Shida)  di Alor Setar. Dari Alor Star kami terus bertolak balik ke Taiping & sampai dalam pukul 10 malam.

Esoknya dah nak balik ke Shah Alam. Sebelum balik kami ziarah Kak Lela, sepupu en hasben yang baru kematian suami pada hari raya ke 4. Sebelum tu beraya ke rumah Len d Taman Kaya, Taiping, penyewa rumah me d Sentul. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah beraya di Parit, rumah sepupu en hasben (Kak Ma). Kami convoy ngan sepupu, Zaki & Adib. Ikut jalan lama sebab nak elak jam. Denga kat radio... memang highway jam teruk gak.  Kami berenti makan dan sembahyang maghrib di Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam dah hampir tengah malam.

Esoknye me cuti lagi, so amik kesempatan untuk kemas rumah yang sememangnya belum berkemas apa2 pun lagi. Letih sangat2 sebab dari pagi dalam kul 8 lebih sampai pukul 5 petang me berkemas, rasa cam nak tanggal je sendi2 tangan & kaki me ni.

Hujung minggu pulak ami beraya ke rumah abang2, sepupu & makcik di Kelang, Kajang, Bangi & Puncak Alam.

2 minggu lepas raya, ada cuti umum 1 hari yang bersambung ngan cuti hujung minggu, so kami amik kesempatan balik lak ke Muar sebab tak beraya lagi di Muar kan. So lengkaplah perjalanan kali ni.... dari selatan ke utara & dari utara ke selatan.... tah berapa ribu kilometer agaknya ye.

Antara gamba2 yang sempat diamik... banyak gamba yang terlepas sbb sibuk beraya tak ingat nak amik gamba wat kenangan.

suasana sawah padi di sepanjang jalan menuju ke Kedah/Perlis



Sampai dah di Perlis

Replika pokok duit emas di bandar diraja Arau

Sampai pulak di Alor Setar, Kedah

Gamba me & anak2 & cucu2 saudara masa hari raya hari tu



Monday, August 15, 2011

My Orchard_2

Salam 15 Ramadhan...

Sekejap jer kan dah 15 hari kita berpuasa, tutup mata bukak mata tak lama lagi dah raya.

Kali ni me nak n3 pasal dusun me lagi. Kali ni musim buah pulasan pulak. Pagi Sabtu lepas (12/8/2011) me ngan en hasben balik ke Muar. Sebenornye tak ada plan pun nak balik tapi Atam telefon bagitau buah pulasan dah masak dan banyak yang kena makan kelawar. So, Atam suruh balik sebab takde sape yang nak p kerjakan buah2 tu. Ye laa kan.... takkan asyik nak harapkan orang lain jer... masing2 pun sibuk, depa pun ada kebun sendiri nak kena jaga & kerjakan.

Buah pulasan ni antara buah kegemaran me, rasanye lebih sedap dari rambutan. Boleh tahan lebat gak buah pulasan kali ni... tu yang buahnye agak kecil saiznye. Walaupun kecik tapi tetap sedap.

Petang Sabtu tu me, en hasben & Atam p ke kebun lepas zohor, dalam kol 3 camtu... cuaca masih panas lagi. Bila sampai wah...seronoknya tengok buah2 pulasan yang dah masak merah & merah kehitaman wanenya. Dalam panas2 tu kami kerjakan la buah2 pulasan tu. En hasben petik dari pokok & me & atam bersihkan buah2 yang dah dipetik. Menguji iman betul di bulan puasa yang mulia ni... terliur tengok buah2 pulasan tu. Hmmm.... kalau tak posa agaknya dan berkilo2 kami makan masa tu. Apa2 pun sabar...sabar..!!

Kebun Kak Long bersebelah kebun me, memang penuh ngan pokok pulasan. Geram tengok... semuanya dah merah kehitaman. Esoknya pagi Ahad... kami gotong royong lak di kebun Kak Long. Meriah suasana sbb ramai yang datang. Anak cucu Kak Long, me, en hasben, Atam, kawan2 anak Kak Long.... heee...lagi meriahkan kalau boleh makan.

Lepas tu me tolong en hasben bersihkan kebun, bakar kayu2 kering. Sebenarnya buah rambutan  masih ada lagi... merah2 kat atas pokok... sayang tengok tapi tak larat ler nak kejekan. En. hasben amik gak cikit, lepas ni kalau takde orang amik.. memang busuk cam tu jelah. Buah durian pun masih ada lagi. Ada sepokok lagi yang buahnya belum habis gugur. Masa kami datang petang Sabtu tu.... ada 5-6 biji tergolek atas tanah... dah merekah sebab takde orang amik... sayang tengok tapi nak wat camane... tak pelah kan.. sedekah jelah kat musang ke burung ke or ape2 ajer yang nak makan.

Ni gamba2 kali ni.

Kali ni tuan tanah sempat enterprame ye, dalam gamba yg dulu asyik amik gamba buah jer

Geramnyer tengok buah2 pulasan ni


Kalau dah merah hitam camni lagi best rase dier

Ni yang masih perang2 lagi


Tuan tanah berlatar belakangkan pokok pulasan Kak Long

Atam sedang membersihkan buah2 pulasan

Tengok tu...geramkan

En hasben & Atam sedang membersihkan buah pulasan yang telah dipetik

Me & Atam

Buah pulasan yang dah siap dibersihkan

Buah Cempedak di luar pagar... hee... harum sangat bau dier

Pagi Ahad, gotong royong di kebun Kak Long

Taqwa & An

Along Rahim yang sedang berusaha memetik buah pulasan

Peserta2 wanita yang telah keletihan... heee..

Saturday, August 6, 2011

Animal VS Human

Salam 6 Ramadhan...

Me tertarik dengan satu berita di MA minggu lepas  mengenai kisah anak chimpenzi bernama Dodo yang berusia 2 tahun. Dalam gamba tu Dodo sedang memberi susu kepada Aorn anak harimau belang di sebuah ladang buaya di Bangkok.

Yang menarik perhatian me pertamanye ialah kasih sayang yang ditunjukkan oleh seekor haiwan kepada haiwan lain yang berlainan jenis... seekor anak chimpenzi menyusukan sambil memeluk seekor anak harimau. Sifat  manusia yang wujud pada seekor chimpenzi yang hanya berusia 2 tahun....Subhanaullah!!

Yang keduanye... cara menyusu yang begitu santai, bersahaja, mesra & manja yang membuat hati me tertarik untuk melihat gamba tu berkali2.

Yang ketiganye ialah bila me memikirkan, belum tentu seorang manusia mempunyai kasih sayang dan hati yang semurni seperti apa yang ditunjukkan oleh Dodo. Malahan seorang ibu sanggup membuang anak kandungnye yang sendiri. Tu belum lagi mencabul, merogol, mendera & berbagai2 lagi penyeksaan dan penderitaan yang dilakukan oleh seorang yang bergelar manusia ke atas darah dagingnye & sesame manusia.

Ingatlah kekadang manusia perlu mengambil pengajaran dari haiwan ye.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak _ 01 Ramadhan 1432

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmatNYA disepanjang Ramadhan yang mulia ini. 

Amiinnn.