Hani's Precious

Sunday, January 25, 2015

Buah Rosella @ Ribena

As Salam...

Mase me kecik2 dulu kami panggil buah ni buah Ribena. Mati2 laa me ingat memang buah Ribena & daripada buah ni la depa dok buat jus Ribena tu. Rupe2nyer name sebenor buah ni buah Rosella. Jus Ribena tu daripada buah blackcurrent.

Arwah mak ader tanam pokok rosella ni mase me kecik dulu. Bile buah2nyer dah matang, mak akan petik & leraikan kelopak yang kaler merah hitam tu dari biji dier & jemur tengah panas. Biler dah kering, mak akan rebus untuk buat jus. Sedap.. masam2 manis gitew. Tak susah mane pun nak tanam pokok rosella ni. Tak banyak kerenah dier.. janji cukup air & cahaya matahari, hidup ler dier.

Abang me dulu jual jus rosella ni. Selain jus, dia jugak buat jam & halwa dari buah ni. Untuk buat jus rosella ni kene letak gula pasir yang banyak sebab rasa dierkan masam. Selepas dapatkan jus2 tu, tinggal laa kelopak2 buah rosella tu kan. Kalau nak buat halwa, abang me akan jemur kelopak2 tu tengah panas & kalau nak buat jem pulak, dia akan kisar kelopak2 rosella tu sampai halus & tambah gula lagi untuk bagi manis.

Buah rosella yang dalam gambo ni.. pokok kat rumah SIL me di Ipoh. Subur & besar2 buah rosella ni



Buah Ribena ler sangat. Mungkin orang2 dulu tak tau name sebenor dier, pas tu pulak biler buat jus wane & rase dier tak banyak beza ngan jus Ribena... tu yang dapat name buah Ribena tu.

2 comments:

  1. Kak, saya berminat nak menanam pokok rosella, boleh tak bagi tau macam mana tanam? Dari benih atau pokok? Dari mana boleh dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Vny. Sori lmbt reply sbb akak jrg tgk blog skrg. Selalunyee ditanam dri biji benih. Cuba vny cari biji benih ataupun anak2 pokok rosella ni di nursery2 yg berdekatan. Slmt mencuba ya.

      Delete