Hani's Precious

Wednesday, January 21, 2015

Alhamdulillah... Semoga Ramai Lagi Yang Sedar

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Seronok sangat bile me tengok banner ni. Mudah2an orang2 yang terlibat diberikan kesedaran. Sepatutnyer kerajaan takyah bersusah payah nak berkempen nak & mengeluarkan belanja untuk menyedarkan perokok2 tu kan. Sendiri bleh pikir baik atau buruk sesuatu perkara tu. Bukan setakat membahayakan diri sendiri jer tapi orang2 lain pun terkena tempiasnyer. 

Para ulama pun dah kuarkan fatwa merokok tu haram tapi masih jugak nak buat. Dah la membazir, membahayakan kesihatan... bau busuk pulak tu. Tah aper yang best sangat agaknyer.

Yang paling me kesalkan ialah kerajaan dah berhabis duit wat kempen camni pun masih ader orang2 yang tak faham, masih lagi merokok di kawasan larangan. Me tak tau laa depa ni tak faham ke or tak nak faham ke or buat2 tak faham. Sememangnyer me tak faham orang cam ni. Cam hari tu mase me berenti makan di RnR Rawang... Selamba jer sorang pakcik tu merokok kat area tempat makan tu. Me rasa nak pegi jer kat dier bagitau tak boleh merokok kat kawasan tu. Kesiannyer tengok isteri, anak & cucu yang duduk sekeliling dier... Masing2 dok hidu & telan jugak laa asap rokok tu. Hangin betul me tengok tau. 

Patutnyer bukan kawasan R&R jer wat camni... Kawasan2 or bangunan2 lain pun patut ambil langkah yang sama.

Ni banner yang me jumpa di R&R Seremban

  1.  

No comments:

Post a Comment