Hani's Precious

Wednesday, November 12, 2014

PML Percuma

Salam Sejahtera...

PML free & me penah wat entry dulu mase dapat PML ni. PML ni sebenornyer tuan rumah anak sudara me dah tak nak & tinggalkan dalam gerobok kat luar rumah. Penuh dengan selut & lumpur tanah merah... mesti penah tenggelam mase banjir. Sebahagiannyer masih elok & sebahagiannyer dah cacat or tak sempurna sebab tu laa ditinggalkan.
 
PML yang me amik - Teko Cinderella Bunga Lawang yang tombol penutupnyer dah patah, sugar pot yang tak berpenutup, cover tureen wild roses, cawan2 bujang kekwa hitam, cawan rose jambatan tanpa piring, pinggan hidang Glamour JG Meakin, penutup teko JG Meakin biru, piring kuih & piring cawan bunga kangkung & piring cawan kekwa merah.
 
Sebelum dicuci

 Selepas dicuci 


Kalau dah minat tu kan... orang dah buang pun me boleh amik. Daripada terbior cam tu jer kan.. baik bagi pade orang yang berminat & menghargai untuk tolong simpan....Hahaaa... alasan tak bleh blah gitew... :))

No comments:

Post a Comment