Hani's Precious

Monday, November 24, 2014

My Simple Mushroom Soup

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berjaya jugak me membuat Mushroom Soup. Sebelum2 ni bile balik kampung, asyik jadi tukang makan jer bile kakak ipar or anak buah me masak. Tak amik kisah sangat cara masaknyer. Ader gak amik tau tapi bile tak dipraktikkan... lupa la jadiknyer kan.
 
Balik kampung baru ni, me tengok betul2 mase my SIL masak dan bile balik ke KL terus buat supaya tak lupa cara2nyer. Memandangkan ader yang mintak resepinyer, maka me catitkan lah kat sini dengan cara yang simple. Lagipun ni memang mushroom soup orang malas ni... sebab kalau nak ikut step yang betul kena blend cendawan tu untuk bagi kuah dier pekat tapi bagi me kepekatan tu leh adjust dengan campurkan tepung gandum or tepung jagung. Satu lagi resepi me ni takde sukatan, main agak2 jer. Bile takde sukatan ni kita kene pandai agak laa kan. Kalau tercair tambah laa tepung or kalau pekat tambah laa susu or air. Kita yang buat dier kan. Walapun sukatan agak2 tapi Alhamdulillah hasilnyer same sedap cam kat restoran nak habag hang... Heee!!
 
Ni bahan2 yang diperlukan tapi ader satu bahan lak yang tertinggal dalam gambar ni iaitu kiub ayam.

 So bahan2nyer ialah susu cair (guna susu segar lagi bagus), cendawan (aper2 cendawan pun boleh), Garlic Spread (sebab malas nak mencincang bawang putih), lada hitam (dihancurkan tapi jangan banyak sangat nanti pedas), tepung (samada tepung gandum or tepung jagung), kuib ayam & garam

Me guna cendawan yang same bentuk ngan cendawan butang tu tapi yang ni lebih besar & wane putih
 
Cara-cara :-
  1. Potong cendawan kecik2 dalam bentuk dadu.
  2. Tumiskan garlic spread (me guna garlic spread sebab nak memudahkan keje), kalau takde garlic spread boleh guna bawang putih yang dicincang halus & tumis dengan butter.
  3. Masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau dan masak sampai brownish. Tepung hari tu me gunakan dalam 1 penuh sudu besar jer sebab buat ckit untuk 2 orang makan.
  4. Masukkan susu, air dan kiub ayam. Kalau buat banyak masukkan laa 1 ketul kiub ayam tu. Kalau buat sikit... masukkan la setengah atau suku kiub. Sesekali kacau sehingga mendidih. Kalau rase agak cair leh tambah tepung untuk memekatkannyer tapi kalau tambah tepung waktu ni kena kacau cepat2 & lama2 ckit sebab nak elakkan tepung tu berketul.
  5. Masukkan lada hitam & perasakan dengan garam.
Okey siap sudah... My 1st time mushroom soup

Jom makan ngan roti bakar yang disapu garlic spread

Lagi sedap kalau dimakan ngan roti bruschetta
 
Tak sangka mudah sangat caranyer... setanding rase ngan yang beli kat restoran tu. Punye senang sampaikan me rase budak sekolah rendah pun boleh buat sendiri. Me suke sangat kalau Somi suruh wat mushroom soup sebab tak yah masak nasi & lauk pauk bagai. Mudah keje me.. Hahahaa!!
 
Kalau sesape yang nak buat ikut proper step tu boleh ikut resepi kat blog DapurKayuMamaAna ni.

Okay... Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment