Hani's Precious

Saturday, January 4, 2014

Perempuan Ni Dah Kenapa...

As Salam...

Jawapan untuk Cik Mona... (cam la dier bace blog me ni kan... tak kisah ler, janji me dapat luahkan perasaan). Kalau dier bace lagi bagus.


Wahai Cik Mona ku sayang.... ketahuilah anda bahawa perhimpunan tu bertujuan untuk rakyat menyuarakan bantahan pada kenaikan harga barangan & perkhidmatan. Tak terlintas pun nak menggulingkan kerajaan. Mereka buat perhimpunan aman, bukannyer perhimpunan haram. Sebenarnyer perhimpunan yang kat sebelah tu yang haram... wat konsert, terlalak2, bercampur lelaki perempuan & tak menutup aurat tu yang haram. Membazirkan duit rakyat pada tempat yang mungkar & tak sepatutnye pun kategori haram & berdosa tau Cik Mona.
  
Tang rokok tu me setuju, nak naikkan setinggi mane pun me setuju... biar kurang cikit orang2 yang mencemarkan udara ni sebab tak mampu nak beli rokok. Dah la bau busuk, pastu membahayakan kesihatan orang2 sekeliling lagi.

Ooo!!! nak jadi cam atok nenek kita ya... apa kate hang tanam sayur2an, padi, gandum, ubi, pokok buah2an... pastu hantar ckit kat rumah me hasil2 tanaman hang tu... Boleh?? Sebabnyer rumah me ni takde tanah... camane me nak bercucuk tanam. Takkan ler me nak tanam padi, gandum, ubi dalam pasu pulak. Sayur2an tu boleh ler me cube usahakan tanam dalam pasu. 

Masak guna dapur kayu??? Cik Mona kita ni masih guna dapur kayu lagi rupanyer... pandainyer Cik Mona berjimat cermatkan. Sedor le cikit Cik Mona ooiii, kalau duk kampong tu mungkin ler boleh lagi nak guna dapur kayu, ni duk bandar... nak guna dapur kayu, ngko nak cari kayu kat mane haa... nak tebang pokok2 yang DBKL tanam tu ke?

Guna pelita or lilin kat rumah... Hoiii!!! tak sanggup me nak guna pelita or lilin ni, kecuali ler mase bekalan letrik terputus. Takde letrik 10 ke 15 minit pun me dah tak tahan panas sebab kipas tak berpusing Cik Mona ooiii.

Cik Mona... me rase Cik Mona kot yang letak otak Cik Mona kat kepala lutut. Nasihat me untuk Cik Mona, sebelum bagi pendapat or cadangan tu, tengok2 laa keadaan semase jugak. Kita bukannyer hidup dalam tahun 50an or 60an lagi... nak guna dapur kayu bagai... adoyaaiii!!!

Me berharap semoga Cik Mona nilaikan la semula kate2 Cik Mona tu & sedar & insaf lah.

If not, I want you to know that I also feeling ANNOYED with YOUR STUPID STATEMENT!!!

No comments:

Post a Comment