Hani's Precious

Thursday, September 26, 2013

Daging Kambing - Kita Ditipu Rupa-rupanya

Assalamualaikum,

Artikel ni me amik dari  http://bm.harakahdaily.net & sangat berguna info ni untuk pengetahuan semua. Dulu me pun tak makan jugak daging kambing ni tapi sekarang pantang jumpa... heee!! Tetibe jer terasa nak makan Roti Arab cicah Kari Kambing kat restoran nasi arab yang me sangat suke tu, Restoran Nasi Arab Aroma Hijrah. Banyak tempat dah me makan nasi arab tapi selera me ader di Aroma Hijrah. Tolong promote untuk Restoran Aroma Hijrah ni ... hehee...
 
Jom kita baca info berguna ni & jom pakat makan daging kambing.

Detik Islam, 26 Sep 2013

Para doktor menyarankan kita supaya mengelakkan daripada memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh sebab orang barat (Yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik


Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu


Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti


Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan


Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat Islam khususnya.

http://detikislam.blogspot.com/


Wednesday, September 25, 2013

Cactus Valley_Part 1

As Salam....

Jom kita ke Cactus Valley pulak, CV ni tempat yang me kalau boleh tak akan lepaskan peluang untuk singgah setiap kali ke CH, tapi tu semua bergantung pade en drebar ler. Kalau en drebar nak singgah, singgah... kalau tak, tak ler sebab dier yang bawak ketekan. Rugi rasenyer kalau tak singgah ke CV ni sebab pelbagai cactus & bunga2an yang jadi ubat mata & minda me ader di sini. Lagipun bukannyer kena bayar. Masuk & parking percuma jer.

Rase cam tak nak balik jer kalau ke CV ni. Keje jadi sales girl kat sini pun bestkan, hari2 dapat tengok cactus & bunga2 yang cantik tu...hahahaaa...
 
Jom sejukkan mata & tenangkan minda. Kali ni me berjaya untuk tidak membeli cactus2 ni... hee... selamat poket. Kalau tak budak2 ni adalah barang separuh wajib untuk dibawak balik. RM10 - 6, RM10 - 7 & kalau kat pasar malam ader yang RM10 - 8.
 
Layan jer laa gamba2 ni.
 
 
 
  




 

Tuesday, September 24, 2013

Taman Agro Tourism (Big Red Strawberry Farm)

Assalam...

Meneruskan pendakian, kami ke destinasi kedua -> Taman Agro Tourism (Big Red Strawberry Farm) yang bersebelahan dengan Cactus Valley tu.

Barisan pelbagai jenis salad2 segar

And Strawberies


Chrysanthemum yang cantik menawan & murah yang rasenyer Atam mesti bawak balik kalau dier ikut sekali
 
 Tomato yang dah penghujung tapi masih ader buah yang segar

Cactus yang gedabak saiznyer

N pelbagai bunga2an lain


Yang ni nak anggap bunga pun bleh jugak laa... tapi bunga yang dah ader kumbangnyer... hahaa....
 
Tuan punyer blog pun nak mengabdikan kenangan gak... Besaq punya... Heee...

Monday, September 23, 2013

Jom Ke Cameron Highland - 1st Destinasi -> Bharat Tea Plantation @ Cameron Valley Tea

Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah!! Perancangan menjadi kenyataan. Terima kasih Allah kerana menunaikan hajat kami.
 
Maka pagi (pagi laa sangat... hehee...) Sabtu 21hb baru ni kami pun bergerak laa ke CH, sebelum singgah & bermalam di Sri Iskandar & meneruskan perjalanan ke Taiping pagi esoknyer.
 
Destinasi pertama yang kami singgah sudah semestinyer di Bharat Tea di jalan utama antara Ringlet & Tanah Rata. Beli teh kesukaan kuarga kami iaitu Cameron Valley Tea, Teh perisa Strawberry dan jugak Teh Blackcurrent. Dan sudah semestinyer laa mengambik gamba pemandangan ladang teh yang menyejukkan mata memandang tu kan. Rugi laa kan datang kalau tak amik gambo, bukannyer kena bayor pun.
 
Hmmm... Pemandangan ladang teh yang sangat mendamaikan
 
 
 
 
 Di dalam kedai, berlatarbelakangkan pelbagai teh keluaran Bharat Tea. Tapi rege teh Cameron Valley ni lebih murah lagi di pasar malam di Brinchang compare ngan beli kat kedai ni

Jenis2 Teh Cameron Valley kuaran Bharat Tea
 
Selain dari teh, teko2 pun ader
 
Yang ni for display only, not for sale
 
Selesai sudah di Bharat Tea... jom kita mendaki ke atas lagi.

Thursday, September 19, 2013

Si Cantik A - Miss Pinky

Salam Sejahtera...

Saje jer nak mengabdikan Miss Pinky me yang sedang berbunge. Sebabnyer bukan senang dier ni nak berbunge.  Me suker sangat2 sebab ader natural fresh flower in d house gitiewkan!! Berseri ler cikit dapur me yang semak tu.

Ader 2 pokok & kedua2nyer sedang berbunga. Satu tu kaler pinknyer agak pekat & satu lagi pink lembut. Orang lain mesti dah tak heran dah... tapi aper me kisahkan, yang penting pokok bunga me berbunga.... hee... seronok sangat. Kalau ler leh tanam pokok bunga banyak2, mesti me tanam pelbagai jenis pokok bunga kat rumah ni.
 
Ciptaan Allah yang mendamaikan fikiran, menyejukkan mata, menenangkan jiwa & menceriakan kehidupan
 
Si Cantik Manis - My Miss Pinky

 
Hehee!!!... this weekend we will go to Cameron Highland ( on the way back to Taiping), cam tu lah yang En. Somi tu janji. Bestnyer!! Wah... bestnyer nak tengok bunga2an yang menjadi ubat mata, fikiran & jiwa me tu. N kali ni me akan pastikan me sempat singgah ke Galeria Time Tunnel. Berkali2 ke CH tapi belum berkesempatan singgah ke situ.
 
Hmmm... Kalau setiap kali balik ke kampung cam ni kan best. Heee!!
 
Plannyer naik from Tapah, singgah & jalan2 di CH, then turun ke arah Simpang Pulai, singgah & hantar Huda di Sri Iskandar (rumah Anes & Salina), pastu terus balik ke Taiping. Insyallah, kami merancang tapi Allah yang menentukan.

Wednesday, September 18, 2013

Selamat Berangkat ke UK Angah Alia

Assalam...

16/9/2013, sempena Hari Malaysia ke 50 baru ni, my niece, Angah Alia berangkat ke UK. Angah dapat offer sambung belajar di University of Nottingham, UK selama 3 tahun dalam jurusan Economy tajaan Bank Negara. Tahniah Angah!!!
 
Bergamba kenangan sebelum Angah berangkat.
My brother, Adon (Angah Alia father), En. Somi, Angah Alia & me

Bergamba ramai

Miss Pink Pingu, sabaq dik nooo... nanti giliran adik pulak, Insyallah!!
 
Lima beradik - Amar (Form 2), Along Aina (Tahun Akhir di UTP Sri Iskandar & baru balik practical di Austria),  Angah Alia, Sarah (Berdebar menunggu SPM) & Cik Bungsu Amni (Standard 2)

Adon's Family (Along Aina not in the pic)

Selamat berangkat Angah... Kami doakan Angah dipermudahkan segala urusan olehNYA dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
 

Tuesday, September 17, 2013

Popcorn Durian

As Salam....

Haaa... ni salah satu antara makan ringan me mase kecik2 dulu. Pop Corn perasa Durian.
 
Mase tu paket kecik jer, seposen or duapuluh sen sepeket. Yang bestnya ader satu mase tu dalam bungkusan popcorn durian tu ader hadiah setem2 obersea. Lagi laa me galak membeli sebab me kan mengumpul setem. Tak sangka sampai sekarang masih ader lagi makanan ni sebab ader sebahagian makanan2 ringan yang me makan mase zaman kanak2 dulu dah tak nampak lagi sekarang ni.
 
Pop Corn perasa Durian yang mengimbau nostalgia zaman kanak2 me