Hani's Precious

Sunday, May 15, 2011

Cawan ML Ikan Emas

Bersiaran lagi....

Cawan ML dambaan hati me....heheee... suke sangattt dapat cawan ML ni. Me penah n3 sebelum ni tapi kali ni n3 khas untuk dier ajer. Hasil menghunting PML di Kamunting  beberape minggu lepas. Kalau ada kaum kerabatnye yang lain lagi bestkan...meriah gitew.

Hari ni me p pasar karat stadium shah alam...jumpa ngan piring2 ikan mas ni.. piring jer, cawan xde. Selalunye cam 2 la, bila dah ada akan jumpa n jumpa lagi. Sebelum ni tak penah pun jumpa.

Jom kita layan gamba2 c ML Ikan Emas ni...




Saturday, May 14, 2011

Pinggan Antik Warisan Keluarga

Salam Petang Sabtu,

Hujung minggu jer selalunya me dapat mengn3 d blog ni. Hari2 lain mane laa ada masa sangatkan.

Kali ni nak n3 pinggan peninggalan arwah mak me yg sangat lama... rasanya pinggan ni dah ada lama sebelum me wujud lagi, mau dekat2 sebaya umur kak long me or mungkin lebih lagi, ada laa 70 taun usianya. Me ada cite cikit dalam n3 yang lepas pasal pinggan ni.

Masa2 me kecik2 dulu memang kami guna pinggan ni... tu pun tinggal beberapa keping jer. Ada 2 kaler... coklat & hijau.

Pinggan ni made in Japan rasanye sbb cop kat montot dier tulis 'Kokura Ware'... cam nama jepun jerkan. Ada sesetengah orang panggil 'pinggan batik' mungkin sebab corak munga dier cam batik kot.

Ni gamba2nyer.






Sunday, May 8, 2011

Hepi Mother's Day 2

Salam semua, 

Masih citer pasal Hari Ibu... tapi kali ni special n3 buat ibu yang istimewa ini... hehee.

Pengorbanan ibu menjaga anak2 memang tidak dapat dinilai. Ibu haiwan pun ada sifat sayang pada anak2nyer tapi ada sesetengah manusia sanggup membuang & membunuh anaknya sendiri. Mereka ni lebih teruk lagi dari haiwan.

Ni sebenarnya adalah kucing anak saudara me c Dayah.. Balik cuti ke Muar baru ni, me singgah ke rumah kak long. Tak lama sampai d rumah kak long, dia bukak cite yang kucing dia beranak. Bukan 1 tapi 2 ibu sekali, semuanya 9 ekor baby. Me yang memang menyayangi kucing ni bukan main seronok ler dengar ada baby kucing. Cepat2 pegi ke dapur, tengok2 tu diaaa... meriahnyerr. So apalagi, diaorang ni semua jadi model me ler. Yang bestnyer mungkin disebabkan 2 ibu ni beranak pada selang masa yang tak lama, so diaorng ni tak kisah pun nak bagi susu pada anak sape, nak belai2 anak sape. Masa me datang hari tu c Labi susukan anak Dekcit, Dekcit pulak belai2 anak Labi (entah2 diaorng ni bermadu kot...heee).

Me memang pantang tengok kucing, me boleh berborak lagi ngan kucing2 tu...cam la kucing tu boleh menjawab balik cakap me tu... hehee...apa2 pun me memang hepiii sangat2 ngan kucing. Tapikan me heran laa, nape ada orang tak suka kucing ye... nape, geli ek?

Anyway I'm CAT LOVERRR !!! 





Happy Mother's Day

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar Emak, Mak, Mama, Umi, Ibu,  Mom, Mommy. Sesungguhnya tanpa mereka, kita semua tidak akan wujud d dunia ini. Sungguh besar pengorbanan insan ini dalam hidup kita semua.

Al Fatihah buat arwah mak me, Hajah Salmah Binti Hj Sitam yang telah meninggal dunia hampir sepuluh tahun yang lalu dan juga buat mak mertua me Hajah Mah Binti Lahman. Me doakan semoga arwah mak me sentiasa mendapat keberkatan Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Dan ucapan buat mak mertua me, semoga mak sihat selalu, dapat melakukan ibadah dengan khusyuk & sempurna dan mejalani kehidupan dengan aman bahagia di hari2 tua di samping suami & anak cucu tersayang.




Hunting D Muar @ 2/5/2011

Salam Hujung Minggu Lagi,

Minat menghunting masih membara lagi.... tah bila la nk insaf agaknya. Cuti  hari pekerja baru ni,  me balik ke Muar, so me amik ler kesempatan untuk menziarah ke kedai apek. Ada 1 kedai apek ni me memang lum dapat nak korek lagi barang2 dia. Sebabnya dulu pegi, dia baru nak bukak kedai, baru nak keluarkan barang2. Me pun tanam ler azam untuk pegi lagi.

Kali ni pegi lewat cikit ngan harapan dia dah ready & boleh le me menyelongkar apa yang patut tapi rupa2nya lebih kurang cam dulu gak. Agaknya sebab hari tu cuti umum, maka dia pun lambat ler bukak kedai. Kedai dia ni mak datuk ooiiii....punya la sarat padat ngan barang2 sampai nak lalu pun susah. Cuma ada lorong je cukup2 untuk jalan. Kiri kanan penuh ngan barang2. Me nak cari PML pun terintai2 celah2 barang2 tu.

Me tanya ngan nonya, 'ada pinggan lama?'. Dia kata ada, me pun tunggu ler.... dia kuar2, tau tak apa dia bawak.... wallla... menda yang memang me tak sangka masih boleh dapat kat kedai apek. Nonya bawak kuar piring ngan pinggan Khyber Johnson Bros from England gituuu, kaler biru. Umur pinggan tu mau ler 50 - 60 taun agaknya. Ingatkan nak le ambik lebih2 tapi apek sekarang dah pandai ler... dia tau ramai orang cari PML, so dia pun demand le rege. Tawar2 dapat kurang cikit je. Nampaknye lepas ni me kena belajo ilmu mengayat niii.. 

Masa me kecik2 dulu memang kami guna pinggan ni tapi  arwah mak punye kaler coklat ngan hijau. Masa Atam renovate rumah arwah mak & pak dulu, terjumpa la saki baki pinggan2 ni. Me amik sekeping setiap satu, yang lain kakak & abang me amik. Pinggan ni bila dah lama guna dia akan jadi retak seribu.

Sebenornyekan me masih tak puas ati  sebab tak dapat nak selongkar kedai apek tu lagi. Agaknya tah macam2 menda lagi ada kat kedai dia tu. Hai bila laa dapat p kedai apek ni lagi. Bukannye selalu pun balik kampung.

Ni lah dia piring & pinggan tu.Masih cun melecun lagi. Tak mampu nak beli banyak sebab mahe ler. Cukup le tu wat syarat.





Thursday, May 5, 2011

Gelas Kaki Tinggi

Salam siaran,

Nak n3 pasal gelas kaki tinggi kali ni. Gelas2 ni antara PML yang ramai peminat2 PML dok kumpul. Hujung miggu lepas, me balik ke kampung Muar, so me amik le gamba gelas2 ni sebelum ianya pupus mcm 2 jerkan.

Semua gelas2 ni, hadiah perkahwinan abang2 me sebenarnya, dah hampir 40 tahun umurnya. Ada 3  jenis yang bercorak & 1 pink plain. Rasanya dulu setiap corak ada 1/2 dozen semuanya tapi sekarang ni jelah yang tinggal. Tak taulah pecah or missing in action.

Sebenarnya ada beberapa jenis lagi gelas2 lama d rumah arwah mak & pak me tu. Nanti bebila me balik me amik gamba gelas2 yang lain pulak.






Hunting PML D Kamunting

Assalamualaikum,


Lama me tak citer pasal PMLkan. Selain masa yang tak mengizinkan, cam me cakap dulu barang2 yang dibeli belum dapat dikumpulkan sekali. Bila dah berkumpul nanti baru me nak wat n3nye.
Kali ni citer pasal hunting PML d Kamunting masa balik Taiping ziarah Pak sakit 2 minggu lepas, hehee...sempat lagi tuu.  Memang pun kalau balik ke Taiping, me jarang melepaskan peluang untuk pegi ke pasar minggu Kamunting tu. Pasar tu diadakan pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu. Sebabnya kat pasar minggu ni antara tempat me mencari PML & rege PML kat sini lebih murah berbanding di pasar karat Stadium Shah Alam & Amcorp Mall. 

Dah beberapa kali me pegi kat pasar karat ni tapi kali me rasanya baru 1st time me terjumpa ngan seller yang sorang ni, fuyooo... barang2 dia memang wat me tergamam sekejap...banyaknyerrr PML. Tu pun ada separuh lagi duk dalam van, dia tak kuarkan sebab tak cukup tempat katanye. Rugi lak me tak amik gamba dia & barang2 dia tu. Tak teringat le nak ambik gambonye sebabnye masa me sampai dah tengahari, punya la panas terik & yang keduanya sebab tergamam tengok PML2 yang memang superb n pelbagai d depan mata.  Seller tu pun tengah dok mengemas dah nak balik sebenornya. Kalau d ikutkan ati memang mcm2 me nak angkut bawak balik. Banyak PML2 yang susah nak jumpa kat sini dia ada, tapi kena la tahan perasaan sbb rm tak berapa mengizinkan.

Barang2 yang me rembat hari tu - cawan mulut lebar gamba ikan mas (antara barang pertama yang me terpandang masa sampai kat situ n hati me terus dalam hati ada taman), me penah tengok cawan ni dalam blog salah sorang otai PML. Lepas tu me beli mug BK yang memang dah lama me cari. Tapi me terkilan sbb cawan kopitiam biru yang me berkenan dah ada orang book (susah nak dapat cawan kopitiam biru ni, selalunya kaler hijau jer).

Lepas tu me singgah lak kat seller yg lain & me beli teko sakura mini & cetak kuih putu kacang (tempat me panggil kuih koye). Dulu masa kecik2, me selalu tolong arwah mak me wat kuih ni bila nak raya. Sakit2 ibu jari menekan tepung kuih tu ke dalam cetak dia.

Ni la gamba2 hasil rembatan me d pasar karat Kamunting kali ni... regenya masih berbaloi2.


cawan mulut lebar ikan mas (macam tak caye jer me boleh dapat cawan ni)

teko mini white sakura

Mug BK

Cetak Kuih Putu Kacang