Hani's Precious

Friday, October 3, 2014

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak datang ke sini. Sebelum ni tengok jer kat tv or gambo2 orang lain. Memang cantik masjid ni walaupun banyak isu2 yang diperkatakan pasal masjid ni dulu. Kat sebelah masjid ni ader Taman Tamadun Islam tapi kami tak masuk sebab ader orang tak nak masuk... Hurmmm... Kat dalam tu ader replika2 masjid2 terkenal di dunia katenyer.

Masjid Kristal

Lanskap menarik di persekitaran masjid


Cantikkan senibinanyer... Nampak tak tuu... ader 2 orang yang kebosanan menunggu orang yang tak sudah2 nak amik gambo ni... Hahahaaa... sabor jer laa yer.. bukan senang nak dapat datang ke sini


Cantik sangat hiasan dalaman masjid ni... ader sentuhan keemasan gitew

Lampu chandelier giant

Mengabdikan kenangan di dalam masjid



Jom bergambo... rugi kalau tak amik gambo ni


Corak2 menarik di sekitar masjid

 Sebelum balik, wajib pegi ke kedai sebenier dulu & menda harus bawak balik mesti laa fridge magnet kan... walaupun konon2nyer tak nak beli sebab dah banyak.. Hee...

Okay selesai sudah misi lawatan di sini... Next, Pasar Payang pulak.

Sampai Sudah Di Kuala Terengganu

Salam Sejahtera...

Selepas solat di masjid kayu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Akan bermalam di homestay yang me tempah di Gong Badak, sebelum tu singgah di rumah Pak Wan Hassan di Jalan Pusara untuk menghadiri majlis perkahwinan Adri & pasangannyer. Kami sampai dah nak maghrib.. orang tengah sibuk berkemas... Hahaaa... tak kisah ler, yang penting kami sampai jugak... lagi pun dah lama sangat tak ke sana. Selesai solat maghrib kami ke homestay.. tidur semalam jer di Terengganu.

Keesokkan paginyer Atam cadangkan kami bersarapan di Pekan Batu Enam, nak mengimbau kenangan lame ler tu & nak cari kuih apetah namenyer yang katenyer hanya ader di Terengganu. Kan ker 11 taun dier duk di Kuala Terengganu dulu.

Pasar Pagi Pekan Batu Enam... Banyak jual makanan untuk sarapan kat sini.
Macam2 kuih ader tapi sayangnyer kuih yang Atam cari tu takde pulak.. Hmm... sian kat Atam.

Me makan nasi kerabu berlaukkan ayam percik... sedap sangattt, lupe lak nak amik gambo. Kalau dekat memang me jadi pelanggan setia pade kakak yang jual nasi kerabu tu.. Rase cam nak beli sebungkus lagi jer... Hahahaaa.
Lepas sarapan, Atam ajak pi tempat dier tinggal dulu.. tak jauh dari Pekan Batu Enam tu. Lalu depan rumah yang Atam duduk dulu, subur pokok2 pisang yang Atam tanam & banyak buahnyer... orang lain dah duduk sekarang ni. Pastu gi ke rumah kawan2 baik Atam... Kak Milah & Pok Leh & 3-4 orang lagi yang me tak ingat name diaorang. Misi jejak kasih gitew... :D

Thursday, October 2, 2014

Masjid Kayu Jerteh Yang Sangat Osem

Assalamualaikum...

Me nampak masjid kayu ni dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. SubhanAllah... cantik sangat masjid ni. Tak pernah me tengok masjid yang fully daripada kayu. Terpegun dengan kecantikkannyer. Pandai sungguh tukang kayu yang buat ni kan.
 
Biler me check kat wiki... name masjid ni Masjid Ulul Albab rupanyer. Boleh memuatkan 1500 jemaah dalam satu masa & kos pembinaanyer sebanyak 12 juta ringgit... banyak tuuu.. ruginyer kalau tak manfaatkan betul2 masjid ni. Kalau nak tau lanjut pasal masjid ni leh check kat wiki.
 
Jom tengok buatan & ukiran2 yang sangat mengagumkan ni. Ala2 istana kayu di zaman silam agaknyer







Tah biler dapat sampai ke sini lagi... memang jarang2 menghala ke Pantai Timur ni. Kalau pegi pun setakat Kuala Terengganu jer. In Shaa Allah... sekiranyer diizinkan olehNYA, akan sampai jugak lagi ke sini.

Pasar Siti Khadijah Pulak

Salam Sejahtera...

Selesai urusan di Tumpat... keesokkan harinyer sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu, kami membuat pelaburan kedua di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Me rase kalau pegi ke Kelantan & tak singgah kat Pasar Siti Khadijah ni... cam tak sempurna gitew. Me tak plan nak beli aper2 pun, walaupun tak beli tapi me suke tengok2 barang sambil temankan depa menyopping.

Antara acra yang ader kat area Pasar Siti Khadijah

Ader gak orang jual barang2 antik kat sini

Buah salak... Somi nyer peberet ni

Buah asam jawa ni jarang jumpa kat Selatan kan tapi kalau ke Pantai Timur or Utara Tanah air me selalu nampak orang jual
 
Haaa... ni satu lagi buah yang jarang2 dijumpai. Me caye budak2 sekarang mesti tak kenal buah ni. Ni laa buah binjai.. ader yang manis tapi selalunyer masam & ader bau yang kuat

Jom ke tingkat 1pulak... suker tengok kain2 songket yang cantik berwane wani ni

And kain2 batik pun lawo2 jugak tapi me tak berape minat... Selamat RM me... hahaaa...

Me beli makanan2 jer... nak sebenier kat adik beradik bile balik nanti


Rombongan Cik Peah... Hmmm... tukang amik gambo ni selalu takde dalam gambokan.. Hahaa..
 
Pemandangan yang memang me suker sangat tengok tapi rugi sangat sebab me lupe nak amik pemandangan dari tingkat atas. Nanti me nak copy gamba tu dari kamera Azmi & add later
 
Colorful & ceria tengok pasar basah Siti Khadijah ni

Dikelilingi sayur2an & barang2 jualan... Pemandangan biasa di sini & dah semestinyer penjualnyer adalah wanita. Syabas wanita2 Kelantan!

Okay, settle di sini. Destinasi seterusnyer ialah ke rumah Hana di KB jugak. Lepas lunch terus bergerak ke Terengganu.
 

Ke Kelantan Kita..

As Salam...

Hari Raya ke 3 hari tu kami (me, somi, atam  & azmi.. anak buah me)  bertolak ke Kelantan, we are the only wakil dari pihak Johor ke kenduri menyambut menantu untuk Aina & Fitri di Tumpat. Kenduri Aina di Penang dah dibuat bulan 6 yang lepas. Ya la kan... raya masih awal, jadiknyer orang masih sibuk beraya.. tu yang tak ramai dapat join ke Kelantan.
 
Genap 12 jam perjalanan (termasuk berhenti makan & solat) kami sampai di Tumpat. Bergerak dari Muo pukul 7.45am & masuk ke homestay di Tumpat kol 7.45pm. Perjalanan yang panjang & sedikit membosankan. Penyebabnyer ialah jalan yang jam... sampai di Setiu Terengganu, jam sebab accident & selepas2 tu.. pantang jumpe traffic light, jamnyer berkilo2meter. Memule ingat accident lagi ke aper ni... rupe2nyer traffic light jer penyebabnyer... especially biler dah masuk ke Kelantan, pantang jumpe traffic light.. memang jam laa jalan.

Gambo2 mase kenduri ader dalam kamera Azmi, me tak sempat nak copy hari tu. Nanti bebile me akan add dalam entry ni. Biler dah sampai kat Tumpat ni.. ader 2 tempat pelaburan yang harus dikunjungi... Rantau Panjang & Pengkalan Kubur.  Lepas kenduri tu kami singgah ke Pengkalan Kubur.

Sampai sudah di Pengkalan Kubur... ni kali ke 2 me sampai di sini. Tak nampak perbezaan pun... cam tu la jugak

Hampir2 terbeli salah satu dari beg ni... Pastu nyesal laa pulak sebab tak beli. Selalu gitewkan..

Yang ni pun me berkenan... Mangkuk tingkat enamel. Atam beli 1 yang medium size, depa letak harga RM55.00 tapi dapat tawar RM45. Kat Pasar Payang, Kuala Terengganu orang jual yang medium size RM60. Banyak beza tu... menyesal lak me tak beli.

Kedai feberet cik Senah, cik Tijah & seangkatannyer.. kedai pinggan mangkuk ler. Alhamdulillah me berjaya menahan nafsu dari membuat pelaburan yang tah ape2kan. Me cume beli makanan, skirt, blouse & mug kat Pengkalan Kubur ni. Kesimpulannyer memang barang2 kat sini agak murah compare ngan kat tempat lain. Toto & Narita pun lebih murah dari Padang Besar.

Lepas menyopping, dalam perjalanan balik kami nampak signboard Pantai Seri Tujuh... so, kami singgah sekejap di situ. Dah lame dah me tak ke pantai. Damai jer pemandangan kat sini..

Rombongan Cik Peah mengabdikan kenangan di Pantai Seri Tujuh.. dengan berbaju2 kurung gitew. Ya laa... kan ker dari rumah kenduri kahwin... Mane nak tau kat sini ader pantaikan.. tengok2 pemandangan jer... tak main air pun

Kulit2 siput & kerang yang cantik
 
Ramai jugak orang berpiknik kat sini tapi me sedih sangat2 tengok mentaliti orang2 Msia ni... dari dulu tak berubah2. Biler laa agaknyer diaorang nak sedar & tau makna kebersihan. Biler dah selesai berpiknik tu or dah selesai makan & minum... tak tau2 ke nk buang sampah tu kat tempat yang sepatutnyer. Atau kalau takde disediakan tong sampah... aper salahnyer kumpul or kutip bekas2 makanan & minuman & plastik2 or kertas2 tu ke dalam beg plastik... bawak balik & buang dalam tong sampah kat rumah nanti. Itu pun nak kene ajor ke??


Sian kat kerajaan... berkempan berjuta2 ringgit tuk tingkatkan kesedaran pasal kebersihan tapi macam takde hasil jer. Ini semua atas diri memasing sebenarnyer... sepatutnyer tak payah laa kerajaan nak membazirkan duit tuk berkempen pasal kebersihan. Ini semua tanggungjawab dalam diri setiap orang. Malu kat pelancung2 luar... Nampak sangat orang Mesia ni pengotor. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelangakan. Sodih acik tauuu!!! 

Wednesday, October 1, 2014

Hari Raya 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera...

Lagi 2 hari nak sambut hari raya korban... Heee... sempat jugak nak masukkan gambo hari raya aidil fitri hari tu tapi gambo2 ni yang ader dalam ipad me jer... so tak berape ready & cantik gitew. Yang okay seme dalam kamera anak2 buah me. Boleh laa dari takde kan.
 
Family photo di pagi hari raya
 
Hj Hassan's Family tapi tak sampai 50%  pun yang ader ni... Ramai yang tak dapat join..

7 daripada 10 adik beradik dengan pasangan masing2. Kak Long, Abang Ngah & Adon tak dapat join kali ni





 

4 pasang kembar dalam Hj Hassan's family tapi sorang lagi kembar (Angah Zurina) tak dapat join

Kalau dah namanyer kembar tu kan... gerak hati selalunyer sama. Boleh lak wane baju raya Anas & Anes kali ni same la pulak, padahalnyer bukan berpakat pun :D

 Aktiviti seterusnya, menziarahi kubur2 makpak, atuk & ahli keluarga terdekat. Sedekahkan bacaan tahlil & Yasin. Memang orang cakap nabi tak buat pun ziarah kubur waktu raya tapi bagi kami waktu ni kami dapat berkumpul beramai2 & waktu yang sesuai untuk ziarah pusara ahli kuarga

Next... apalagi, beraya laa ke rumah makpak saudara, adik beradik & kaum kuarga yang lain. Banyak rumah pegi tapi malas nak angkat ipad tu utk amik gambo... ni je lah yang ado...


 
Ok... esok balik kampong Taiping pulak untuk sambut Hari Raya Aidil Adha.
 

Sehari Sebelum Hari Raya 2014

Assalamualaikum...

Orang dah nak sambut Hari Raya Aidil Adha dah... me baru nak wat entry untuk Hari Raya Aidil Fitri... Hahaaa... taun ni me raya kat Muo.

Ni je lah gambo2 yang me sempat amik, nak amik lebih2 nanti ader yang tak jadi keje pulak kan.

Me & anak2 dara me... mengisi beras ke dalam daun ketupat... macam berpiknik pulak kat luar rumah gitewkan.. Berpiknik di bawah bangsal tempat memasak... senang, tak yah nak sepah2 kat dalam rumah

Taun ni kami masak kambing... Atam sponsor, menunyer kambing beriani & juga kambing kuzi... dimasak oleh Chef Ali... sedap sangattt

Chef Ali & assistant chef sedang memotong & membasuh kambing. Assistan chef tu... tolong basuh jer pun... hahaaa...

Tokey kelapa

Angah Afifah in action... Wajik Bandung, resepi peninggalan arwah mak yang dah berbelas2 tahun tak dibuat

Dari pagi sampai laa ke malam baru settle semua keje... letih tapi seronok.  Sebelum berbuka puasa hari yang terakhir tu, kami adik beradik aderkan majlis tahlil untuk arwah bapak, mak & saudara mara yang dah pergi meninggalkan kami. Dan lepas tu  berbuka puasa bersama2... meriah gitew biler dapat kumpul bersama2. Tak sempat nak amik gambo... sibuk & dah keletihan :D