Hani's Precious

Monday, January 6, 2014

Penjelajahan Diteruskan#2nd Day#Melaka

Assalamualaikum...

2nd Day Melaka -> Bandar Hilir -> Muzium Setem

Antara runtuhan Kota Melaka yang terdapat di Bandar Hilir. Orang dulu2 buat kota pertahanan guna batu2 merah. Depa potong batu tu buat blok2... kemas jer me tengok potongan tu. Diaorang potong gune aper ye. Zaman dulu bukannyer ader mesin2 canggih cam sekarang.

Dah namenyer pelancungkan, tak lepaskan peluang ler bergambo tapi pelancung yang sorang lagi tu teramatlah susahnyer nak suruh bergambo.. kalau bergambo pun... paksa rela

 
kete lembu ni sinonim ngan negeri Melaka... antara pengangkutan utama dolu2
 
Me jumpe budak T-Rex ni kat depan muzium aper tak ingat, sebelah muzium setem
 
Jom ke Muzium Setem. Sebab me minat mengumpul setem... tu yang me teruja nak masuk ke muzium ni

Rupe2nyer ader berpuluh muzium kat Melaka ni. Kami pegi ke 2 muzium jer. Muzium Setem & Muzium Istana Kesultanan Melaka yang sangat osem rupe & buatannyer tu

Peti surat dulu2

 
 Setem pos pertama di dunia... zaman Queen Victoria
 
Setem zaman pemerintahan British - Malayan Union. Setem ni dibikin tapi tak diterbitkan

 Antara koleksi setem dulu2. Mase ni zaman penjajahan British lagi rasenyer. Me ader simpan setem2 ni.. warisan dari abang2 me
 
 Ni setem2 yang agak moden
 
Sampul2 surat hari pertama & setem2nyer... cantik... suke tengok
 
 Ok... cukup dah kat sini... jom pegi tempat lain pulak

Sunday, January 5, 2014

Cuti2 Mesia... Jom Ke Melaka

As Salam...

Cam laa jauh sangatkan? Tak kisah ler.... janji dapat jalan2 makan angin. Sebahagian tempat tu pun dah penah pegi... saje jer nak ulang lawat.

Lepas kenduri Izzati hari tu... me  & En Somi terus ke Melaka, kami stay kat  rumah Anjang. Me plan nak naik bot kat Sungai Melaka tu... diaorang kata, naik malam baru cantik dengan cahaya2 lampu. Lepas maghrib, Malam tu me, En Somi & Huda keluar ke Bandar Hilir. 1st thing yang menarik perhatian me bile sampai kat Bandar Hilir ni ialah beca2 yang cantik berhias lampu berwarna-warni & patung2 yang cantik... cantik sangat tapi satu me nak komen, diaorang pasang lagu kuat sangat la kat beca tu.  Kami pekena Asam Pedas Claypot Kota Laksamana dulu, lepas tu baru plan nak naik bot. Mak aiii!!! Ramainyer pelanggan kat  kedai asam pedas ni, selalu me nampak ramai orang makan macam ni.. kat kedai2 makan orang cina jer. Tertanya2 me... sedap sangat ke asam pedas dier ni. Tapi bukan asam pedas jer ader kat kedai ni, roti canai, satay & nasi lemak pun ader gak. Tunggu punya tunggu, punya tunggu...sampai la asam pedas ikan pari & nasi putih kami. Bile me rase asam pedas tu... hmmm... this is what I called... Asam Pedas berasa kari... which I don't like it too much. Sebab me orang Johor kot... so me suke ler asam pedas Johor.

Beca2 cantik bercahaya
 
 
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana.
Ni sebahagian daripada pengunjung jer ni. Kat sebelah kanan kami & kat belakang kami berpuluh2 orang lagi tengah makan or tunggu makanan sampai
 
 
Lepas makan kami cari parking nak pi ke tempat bot... sana sini parking penuh... ramai orang malam2 minggu ni & masih ramai lagi orang bercuti bawak family jalan2 hujung2 cuti sekolah tu. Kami parking tak jauh dari Jonker Walk... so kami berjalan kaki dari tempat parking kete  melalui Jonker Walk untuk ke tempat boat cruise tu. So sempat ler meninjau2 sebahagian dari gerai2 kat situ. N jugak lalu kat tempat beca cantik berkumpul tak jauh dari runtuhan Kota Melaka.

Jonker Walk trademark
 
Antara barangan di Jonker Walk yang menarik perhatian me
 
Terompah2 yang cantik berhias
 
Kami jalan2 sambil menikmati pemandangan kat tepi Sungai Melaka. Cantik pemandangan malam hari kat tepi sungai tu. Bot2 ke hulu ke hilir bawak pelancung. Kat tepi sungai ni pun ader gerai2 gak. Kami jalan & jalan nak pegi beli tiket bot.... Tu diaaa!!! Dari jauh kami nampak punya la panjang barisan orang beratur nak beli tiket.... Ader kot suku km. Adehh!! Tak sanggup ler nak berdiri berbaris gitew. Tah kol berape ler dapat naik bot tu nanti. Udahnyer.... Tak jadi ler naik bot malam tu. Huda cakap ader satu lagi port kat Taman Rempah & kat situ tak berapa ramai orang tapi En Somi tu macam dah ngantuk & letih jer. Tak jadik ler nampaknyer plan me ni. Tak pe lah... insyallah, lain kali kalau ader rezeki.
 
 Sg. Melaka di malam hari 
 


 Nak balik dah... Esok datang lagi lawat tempat lain pulak

Saturday, January 4, 2014

Perempuan Ni Dah Kenapa...

As Salam...

Jawapan untuk Cik Mona... (cam la dier bace blog me ni kan... tak kisah ler, janji me dapat luahkan perasaan). Kalau dier bace lagi bagus.


Wahai Cik Mona ku sayang.... ketahuilah anda bahawa perhimpunan tu bertujuan untuk rakyat menyuarakan bantahan pada kenaikan harga barangan & perkhidmatan. Tak terlintas pun nak menggulingkan kerajaan. Mereka buat perhimpunan aman, bukannyer perhimpunan haram. Sebenarnyer perhimpunan yang kat sebelah tu yang haram... wat konsert, terlalak2, bercampur lelaki perempuan & tak menutup aurat tu yang haram. Membazirkan duit rakyat pada tempat yang mungkar & tak sepatutnye pun kategori haram & berdosa tau Cik Mona.
  
Tang rokok tu me setuju, nak naikkan setinggi mane pun me setuju... biar kurang cikit orang2 yang mencemarkan udara ni sebab tak mampu nak beli rokok. Dah la bau busuk, pastu membahayakan kesihatan orang2 sekeliling lagi.

Ooo!!! nak jadi cam atok nenek kita ya... apa kate hang tanam sayur2an, padi, gandum, ubi, pokok buah2an... pastu hantar ckit kat rumah me hasil2 tanaman hang tu... Boleh?? Sebabnyer rumah me ni takde tanah... camane me nak bercucuk tanam. Takkan ler me nak tanam padi, gandum, ubi dalam pasu pulak. Sayur2an tu boleh ler me cube usahakan tanam dalam pasu. 

Masak guna dapur kayu??? Cik Mona kita ni masih guna dapur kayu lagi rupanyer... pandainyer Cik Mona berjimat cermatkan. Sedor le cikit Cik Mona ooiii, kalau duk kampong tu mungkin ler boleh lagi nak guna dapur kayu, ni duk bandar... nak guna dapur kayu, ngko nak cari kayu kat mane haa... nak tebang pokok2 yang DBKL tanam tu ke?

Guna pelita or lilin kat rumah... Hoiii!!! tak sanggup me nak guna pelita or lilin ni, kecuali ler mase bekalan letrik terputus. Takde letrik 10 ke 15 minit pun me dah tak tahan panas sebab kipas tak berpusing Cik Mona ooiii.

Cik Mona... me rase Cik Mona kot yang letak otak Cik Mona kat kepala lutut. Nasihat me untuk Cik Mona, sebelum bagi pendapat or cadangan tu, tengok2 laa keadaan semase jugak. Kita bukannyer hidup dalam tahun 50an or 60an lagi... nak guna dapur kayu bagai... adoyaaiii!!!

Me berharap semoga Cik Mona nilaikan la semula kate2 Cik Mona tu & sedar & insaf lah.

If not, I want you to know that I also feeling ANNOYED with YOUR STUPID STATEMENT!!!

Izzati's Wedding Ceremony

As Salam...

28/12/2013 - Sabtu,  hari pernikahan & majlis perkawinan cucu sedara me, Izzati di Seremban. Me datang dari hari Jumaat lagi. Tolong rewang merewang tapi me wat keje simple2 jer, kupas mengupas, potong memotong. Kupas bawang, wat bunga rampai, potong timun, carrot, kentang... jadik ler kan.
 
Mase pengantin nikah & bersanding pun me tak tengok.. tu yang takde gamba pengantin nak diupload. Mase pengantin nikah, me masih sibuk lagi memotong timun untuk dibuat acar & mase pengantin bersanding, me balik ke homestay... mandi & tukar baju.
 
Me, Bayah, Dayah & Amal berganding bahu menghiris daun pandan tuk dibuat bunga rampai. Berganding bahu... cam wat keje berat jer... heee..

Ni dier hasilnyer... sebelum dimasukkan ke dalam bekas2 kecik
 
 
Keesokan harinyer... sessi potong memotong timun pulak. Keje mudah tapi paling lambat siap tapi me suke sebab senang nak mengerjakannyer

N lepas tu dah malas nak bergerak sebab belum mandi & baju pun tak bertukar lagi, so me makan jer  kat penanggah tu, makan ramai2 guna dulang.. makbonda, anakanda, cucunda seme makan sekali

Izzati's goodies... Simple & Environmental

Lepas ni kenduri bulan 2, 3 & 6 pulak. Tunggu!!!

Friday, January 3, 2014

Nasib Si Rakyat Mesia

Salam Sejahtera...

Cer bace ni...


Terpukul rase biler me bace berita ni. Haaa... kalau laa me jadik pemimpin kat Mesia ni, malunyerrrr nak bace berita ni. Singapore yang tak der hasil bumi, baik pertanian mahupun hasil minyak, gas or arang batu... leh turunkan reger letrik untuk rakyatnyer.
 
Sedangkan Mesia yang kaya dengan hasil bumi terpaksa menaikkan reger letrik. Katenyer 4 faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj). Bukan ke Mesia ader semua mende ni... bukaknyer nak kena beli dari negara lain pun. Abis tu camane Singapore leh turunkan reger pulak??
  
 
 
Memang ler me tergolong dalam kumpulan yang tak terkena secara langsung kenaikan reger letrik ni tapi terlibat secara langsung ke tak terlibat secara langsung ke seme orang akan merasa kesan sampingannyer... me setuju sangat ngan kenyataan Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, leh bace kat sini sebab kalau keperluan asas ni naik, seme reger barangan pun akan naik jugak.
 
Ehhh... banyak betul me merungut sekarang ni kan. Okaylah... stop dulu (bukan stop terus... heheee). Reset minda ya,  Prof Muhaya kata banyak merungut maknanyer kurang bersyukur, kita kena positif baru aura positif datang. Kalau peristiwa negatif, respon kita pun negatif, hasilnyer mesti negatif. Jadiknye dier suruh kalau peristiwa negatif (cam rege letrik or barangan naik), kita kena respon positif, maka hasilnya pun positif.
 
Komen me : Bercakap lebih mudah dari melakukannyer. Takpe lah.... me cuba.
 
Tapi ader yang me tak setuju bila prof kata "kenaikan harga adalah konsep dunia. Tidak ader situasi di mana harga akan turun". Singapore yang bukan negara Islam tu pun leh turunkan reger letrik. Bagi me yang tak pandai ekonomi ni, boleh jer nak turunkan reger barang or kalau tak turun pun, maintankan reger.  Apatah lagi negara kita yang berketuakan sorang yang beragama Islam. Syaratnyer pemimpin2 yang diamanahkan menguruskan negara kena ingat kuasa & pangkat yang diberikan adalah amanah Allah. So  kenalah bijak, adil & amanah  dalam menguruskan  negara, rakyat & segala harta kekayaan negara.
 
Bile ingat Allah dan hari pembalasannyer nanti, tak laa rase harta negara or harta rakyat cam harta sendirikan.  

Thursday, January 2, 2014

4th Twin In D Family

As Salam...

Taraaa!!!...  ni lah kembar ke empat dalam Hj Hassan Family. Aqil Rifqee & Akif Rizqee, me pun tak tau name ni yang mane satu untuk adik & yang mane untuk abang. Tahniah untuk anak saudara me, Azri & Fatin.
 
Babies ni baru dapat berjumpe semula selepas 12 hari terpisah disebabkan saiz abang mase dilahirkan agak kecil. Abang 1.8kg & Adik 2.4kg, ya la kan... lahir pun tak cukup bulan tu, baru 35 minggu. Alhamdulillah ibu & babies semua selamat. So abang terpaksa duk dalam incubator dekat 2 minggu jugak sebelum leh balik ke rumah.
 
Hmmm... me pun tak jumpe live lagi ngan babies ni... tengok kat gambo jer. Hari tu nak pi tengok adik tapi dia masuk spital pulak sebab jaundice. Kena tunggu lagi sebulan laa ni baru dapat tengok live... mase kenduri kawin Huda nanti depa balik Muar. Sabo... saboo!!
 
4 pasang kembar - Zamzarina & Zamzurina, Muhamad Anas & Muhamad Anis, Nur Auni Ardini & Nur Auni Hamani & the last but I think still not least kot..... Aqil Rifqee & Akif Rizqee. Yang bestnyer semuanyer anak sulung. Lepas ni turn sape pulak ye? Terror laa Hj Hassan Family ni... 4 pasang kembar dah. TQ ALLAH atas kurniaan ini.

Aqil Rifqee & Akif Rizqee yang tonet & tiut miut

2 lagi gamba ni me amik dari whatsapp,  tak berape clear biler me upload

 
Tok Cu doakan Aqil Rifqee & Akif Rizqee cepat membesar dengan sihat & sempurna & hensem. Tak sabo nak jumpe ngan budak tecik ni.

Wednesday, January 1, 2014

2014 Dah!!!

Salam Sejahtera...

Cepat jer mase berlalukan... pejam celik... pejam celik... dah berakhir 2013 & muncul 2014.

Me tak faham nape depa dok meraikan or meraya2kan sangat tahun baru masihi ni, sampai berhabis duit berjuta2... denga cite 15 juta tu. Dalam pade mase rakyat disuruh berhemah dalam perbelanjaan, disuruh berjimat cermat tapi senang2 jer depa menghabiskan duit rakyat.... 15 juta bukannyer 15 ribu. Macam2 boleh digunakan untuk kebaikan rakyat dengan duit sebanyak tu.
 
Suke laa sangat nak menyambut 2014, tahun yang mencabar bagi rakyat Mesia... taun kenaikan harga barangan & jugak perkhidmatan. Time kasihlah pada BN & juga orang2 yang mengundi BN tuu!! Me dah malas dah nak berlapik2... Kita kena ader pendirian & berani tunjukkan pendirian.
  
Hadiah untuk rakyat Mesia...
Tapi bukan ni jer yang naik, banyak lagi barang2 keperluan harian yang naik. Dah kalau keperluan asas cam petrol & elektrik naik, hang pa dok ingat barangan lain tak naik ka? Mende2 tu semua kait mengait beb... tak kan laa tak boleh pikir. Tak guna jadi pemimpin kalau mende basic cam ni pun failll!!!
 
Nasib Ku Rakyat Biasa... Tahniah to Dr Maza kerana faham dengan nasib rakyat marhaen
 
Mase me menaip entry ni sambil me mendengar radio. Haaa... Tu diaaa... berita kat radio melapurkan pengusaha2 kantin sekolah dah mula naikkan harga makanan RM0.50 ke RM1.00. Aduuhaiii!!! berape ringgit lak nak bagi duit belanja kat anak2 sekolah zaman sekarang ni kan. Zaman me sekolah rendah dulu RM0.20 ke RM0.50 jer. Air bawak bekal & RM0.20 tu beli nasi lemak or mee goreng. Agak2nyer budak2 sekarang minimum duit belanja RM5.00 kot. Kalau orang berkemampuan... boleh laakan. Macamana dengan anak2 orang yang susah & kurang berkemampuan tu. Tak kesian ke tengok diaorang. Nak bawak bekal hari2 pun belum tentu ader menda yang nak dibawak.
 
Satu lagi yang menakutkan me sekarang ni ialah rege rumah, melampau2 naiknyer... Kalau setakat 200k tu cuma leh dapat apartment jer. Rumah teres & kondo... berjuta2 regernyer. Paling2 murah pun dah dekat setengah juta. Tak tau ler mase depan nanti macamana laa nasib anak2 sekarang ni nak beli rumah. Mampu ker diaorang?
 
Apa2 pun me berdoa supaya hari2 mendatang akan bertambah baik & jugak me berdoa sangat2 supaya Allah mengurniakan kesedaran & jugak kebijaksanaan kepada pemimpin2 47% di Mesia ni supaya lebih faham dengan keadaan semasa & jugak masalah2 yang dihadapi oleh rakyatnyer. Kalau  tak nak berubah... menjawab laa ngko besok ya... Ingat senang ke nak jadi pemimpin.