Hani's Precious

Wednesday, September 4, 2013

Rambutan Harvesting


Assalamualaikum,

Musim Rambutan datang semula.
 
Nak Dara & Mak Dara tengah sibuk mengutip hasil musim ini

 
 
Rambutan... rambutan... seikat 4 ringgit... seikat 4 ringgit.

Tapi idak la me menjual rambutan2 tu. Agih2kan jer pada sanak saudara & jiran2. Kalau tak buat cam tu memang tak abis la rambutan2 tu. Niat sedekah untuk mak & bapak. Ni salah satu cara nak memanjangkan sedekah mak & bapak jugak. Semoga mak & bapak mendapat pahala dari amalan tersebut.

Tuesday, September 3, 2013

Selamat Tinggal STMB @ 30th August 2013

Assalamualaikum...

30th August 2013 - Hari terakhir me di STMB, selepas hampir 22 tahun me berkhidmat di sini. Hari terakhir me, sehari sebelum merdeka day... & esoknyer,  me betul2 merdeka.... heee!!!. November 1991 me memulakan kerja di STMB, dari bawah me naik setingkat ke setingkat sampai laa ke jawatan terakhir sekarang, tak la tinggi mane pun tapi cukup bererti bagi me.
Kisah suka duka, pahit manis selama hampir 22 tahun akan menjadi kenangan manis buat me selagi diizinkan Allah. Berpindah bangunan, bertukar pengurusan, bertukar2 boss, bersilih ganti kakitangan, berpindah tingkat,  menghadapi bermacam ragam karenah manusia & jugak system menjadi sebahagian dari hidup me dulu. Pengalaman sangat bernilai kerana ianya akan mematangkan kehidupan.
Ramai kawan2 yang tak percaya biler dapat tau me nak berenti & ramai yang nak tau apa me akan buat lepas ni. Jawapan me " I want to do what is I want to do". Semestinya laa me dah ader plan apa yang me nak buat selepas ni disamping nak mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Sebelum ni banyak masa me dihabiskan dengan urusan duniawi.
Buat kawan2 yang masih di STMB, me ucapkan selamat maju jaya & semoga yang terbaik menanti anda di masa hadapan. Nasihat me, lakukan kerja dengan ikhlas & penuh dedikasi.
Selamat Tinggal STMB.
 Majlis ringkas sempena perpisahan me (setakat gamba2 yang ader dalam ipad me jer, gamba lain banyak pada camera & phone kawan2)



  





 







Terima kasih semua & me akan merindui U olls selepas ni






Monday, September 2, 2013

Oyen Dalam Kenangan

As Salam...

Special entry to our beloved cat Oyen...  Budak nakal yang disayangi!!!

Oyen dah pergi meninggalkan kami semua. Tak sanggup nak citer kenapa & macamana Oyen tinggalkan kami semua... citer sedih bagi me, Atam & sesiape jua yang menyayangi Oyen.

OYEN DALAM KENANGAN
 
 
 
 




  
Gambar terakhir Oyen @ 18/08/2013.
Patut la terdetik dalam hati me mase balik hari tu kenapa nampak sayu sangat muka Oyen kali ni, rupa2nyer Oyen nak meninggalkan kami semua. Tak sangka rupanyer tak lama Oyen jadi sebahagian daripada kuarga kami

Sunday, September 1, 2013

Pasar Karat Muar @ Tanjung Gading_Part 2

Salam Hujung Minggu...

Bersambung cite pasal pasar karat. Gambar menceritakan segalanyer....

My Big brother meneliti gramophone or orang dulu2 panggil peti nyanyi  tapi adik dier lebih teruja dengan bende yang bergantungan kat tiang tu... nampak tak tu..

Haa.. ni close up gamba bebudak yang dok panjat tiang tu. Haa... me dapat idea nak suruh Alang wat camni kat tiang gazebo dier tu
 
Papan pagar tingkap rumah melayu dulu2

Pelita lama dan baru

Teko ayan kaler hijau

Haaa...ni la dier lubuk PML... berlama2 me & my SIL menghabiskan mase di sini. Reger... tentu laa lebih murah dek non klau compare ngan kat Amcorp or Anggerik Mall or mudah.com

Me bawak balik budak ni, cawan mulut lebar Black Rose. Dah lama mencari sebenornyer, tak sangka jumpa kat Muar akhirnya, dapat 4 cawan & 1 piring. Untuk corak Black Rose ni me dah ader teko, pinggan, mangkuk & piring kuih

Barangan enamel/ayan. Me suker sangat ngan besen kuning tu. Dok belek2 tapi akhirnya tak beli pun
 
Close up gamba besen dari tepi & atas. Sweetnyer... mane nak dapat besen cam ni sekarangkan

Piring2  kuih & cawan
 
Lagi pelbagai barangan yang dijual
 
Mase2 sampai mata me terus tertumpu kat cucur air basuh tangan lama tu... tapi biler dah pusing2 lupa lak nak tanya regernyer. Tengok gamba ni baru teringat. Lengkap 1 set dengan penadah airnyer, sebelum ni me jumpa cuma teko dier jer yang ader. Pas ni kalau me pegi lagi rase mesti dah takde, orang lain dah rembat

Tingkap rumah melayu lama... suka tengok corak ukiran kayu pada pagar tingkap tu. Dulu rumah arwah atuk me pun tingkap cam ni jugak & me ader amik satu ukiran kayu tu untuk kenangan
 
Lagi gamba PML yang membuatkan me tak nak bergerak ke tempat lain & akhirnya terbawak balik 1 teko, 4 cawan & 1 piring

 Orang yang jadi model ni tak karat tapi tangga tu yang antik...heee...dihiasi dengan kepingan mozek lama yang cantikksss 
 
Cantikkan tangga ni. Salah sorang rumah atuk sedara me ader tangga cam ni & tangga tu jadi tempat kami bergambar setiap kali beraya ke rumahnye
 
 K bye2 dulu pasar karat Muar, kalau ader kesempatan nanti me datang lagi.