Hani's Precious

Tuesday, June 4, 2013

Kundasang _Desa Cattle

As Salam...

Antara tempat paling menarik untuk dilawati di Kundasang... jangan lepaskan peluang untuk singgah di Desa Cattle, bayaran masuk RM4.00. Seronok tengok lembu2 beratur untuk diperah susunyer, makan ice cream yang lazat hasil dari susu lembu, bagi makan rumpur & bagi minum susu pada anak kambing & lembu yang cute sangattt.

Pemandangan menuju ke Desa Cattle. Rase cam kat perkampungan di Switzerland gitu

Ni sebabnyer kenapa Sabah dipanggil Negeri Di Bawah Bayu. Bergamba berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Puncak Gunung Kinabalu hampir dilitupi awan

Okay kita dah sampai ke Desa Cattle

Bunga2an menarik di Desa Cattle

Amik nombor dulu please..

Pastu beratur menunggu giliran

Okay.... sampai giliran sudah

 Lepas tengok  ibu2 lembu memerah susu & dan menikmati ice cream, jom kita lawat baby lembu & kambing yang cute pulak. Aloloolooo... tomei2 ni.

Ni lah yang dinamekan senyum kambing..... heheee.... sweettt gituu...

Me & Big brother... Datuk Salleh beri makan daun kucai pada baby kambing, berebut2 depa nakkan daun tu. Tengok hak sekor tu... sampai separuh badan terkeluar dari kandang tu... heee... gelihati tengok gelagat diaorang

N bagi minum susu pada baby lembu... seronok rase.. kalau dekat harus me selalu datang ke sini

Okay selesai sudah aktiviti di Desa Cattle. Hajat hati tu nak berlame2 lagi tapi sebab pegi ramai2kan, tak nak laa orang tunggu kita lame sangat.

Sebelum turun dari Kundasang kami singgah lagi di gerai sayur2an & buah2an. Dalam perjalanan turun  dari Kundasang hujan turun dan kami jadi orang kayangan sekejap sebab diselaputi awan, kami merentas awan & di luar van pemandangan kiri kanan semuanya putih berkabus.
Syukur Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk merasa pengalaman dan menikmati pemandangan ciptaannya.

Monday, June 3, 2013

Kundasang_Luanti & Sabah Tea

Salam Sejahtera...

Destinasi seterusnya.... Mari kita bagi makan ikan & bagi ikan makan kaki kita di Luanti. Tiket masuk ke tempat ni RM5.00 jer sorang, pastu beli makanan ikan RM1.00 sepeket. Ahli rombongan Cik Besah yang lain tak nak bagi ikan makan kaki dia orang... Hahahaa... So, me ngan en Somi jer la yang masuk ke dalam sungai tu. Geli rasa bile ikan2 berkerumun di kaki kita & lebih banyak ikan datang bila kita taburkan makanan.
 
Ikan2 jinak yang terdapat di Sungai Luanti

 Berkerumun kat kaki pengunjung, cium2 kaki & ader gak yang gigit2 manja kaki... Sesetengah pengunjung menjerit2 geli

 
Kat sini ada gak jambatan gantung tapi pendek jer. En Somi & Pak Cik Sani merase naik jambatan ni.
 
Next.. Ke ladang Sabah Tea kita. Ladang2 teh kat sini tak de la secantik ladang teh di Cameron Highland. Ladang2 teh kat sini tumbuh secara organik... Tak gune bahan2 sampingan.

 
 
Yang menariknya me dapat tengok bunga Orkid Harimau di sini. Ya Allah.... Rasenyer ni 1st time tengok munge orkid ni. Kat rumah kampung Muar memang ader tanam pokok orkid ni... Dah bertaun2 tanam tapi idaknyer berbunge. Suhanallah cantiknyer kejadian Allah ni.
 
Pokok Orkid Harimau yang tumbuh merimbun & penuh bunge
 
 Yang bestnyer, my SIL, Datin Waimah...sakit2 kaki pun leh turun bile Nampak Orkid Harimau ni. Dierkan orchid lover. Ye laa bukan senang nak tengok munge orkid ni kan

 


Produk2 keluaran Sabah Tea untuk di bawa balik

 
Episode terakhir di Kundasang selepas ini....
 
 

Kundasang Lagi

As Salam...

Destinasi ke 3 di Kundasang ialah kaki Gunung Kinabalu.

Tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Mase me sampai ader 1 group yang dah bersedia untuk mendaki 
 
Cam biasa... mengabdikan kenangan di papan2 penerangan... tanda dah sampai ke sesuatu tempat ... heee...
 
 
Sang tupai comel & jinak yang terdapat di kaki gunung. Jangan lupa bawak ole2 tuk diaorang kalau datang ke sini. Kak Chah bawak kacang goreng untuk diaorang, so berebut2 diorang datang tuk dapatkan makanan
 
Sangat jinak, amik makanan dari tapak tangan lagi
 
Pastu lari makan kat atas pokok 
 
 Kami meneruskan pendakian... dengan van laa ke aras yang lebih tinggi lagi sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata memandang & mendamaikan hati & fikiran.

Pemandangan gunung-ganang, awan yang cantik & rumah2 di lereng gunung. Dalam hati terdetik... bestnyer kalau dapat tinggal di sini

Gunung Kinabalu dari jauh

Tersergam megah. Bayangkan betapa hebat penciptaNya

Dalam perjalanan kami singgah di gerai2 menjual sayur2an & buah2an di tepi jalan. Semakin cantik & tersusun gerai2 jualan ni sekarang & banyak gak perubahan & pembangunan di Kundasang compare ngan 1st time me pergi dulu. Macamane me geram tengok orkid2 sebelum ni, cam tu la me geram tengok sayur2an & buah2an yang dijual di gerai2 ni. Kalau laa dekat mau me borong sayur2 & buah2 tu. Tujuan utama yang me nak cari di gerai ni ialah cendawan shitake coz i'm shitake loverrr. Kat sini cendawan shitakenyer segar & regenyer murah.

 Aduhaiii.. geramnyer tengok

Macam2 buah2an ader... yang tak penah jumpe pun ader


 Tak abis lagi citer pasal Kundasang... sambung lagi sebab kat Kundasang ni banyak tempat leh lawat

Sunday, June 2, 2013

Kundasang... I Come Again

Asalamualaikum...

9/5/2013.... Akhirnya terlaksana impian me nak datang lagi ke Kundasang. Syukur Alhamdulillah walaupun tak sampai hajat nak naik & ambik gamba dari Pine Resort (tempat me tinggal dulu masa 1st time gi Kundasang). Bagi me pemandangan dari Pine Resort adalah pemandangan yang sangat cantik di Kundasang tapi masa 1st time pergi dulu me lum ader camera.... So simpan dalam ingatan jelah. Pemandangan dari Pine Resort buat me rase cam berade di Switzerland gitu. Semoga Allah izinkan me pegi lagi di lain kali. Insyallah!!!

1st destination kali ni ialah di Nursery Jutawan Hasil, biasa jer nursery ni tapi rumah orkid di sebelahnyer... aduhai... Geramnyerrrr tengok orkid2 yang tengah cantik berkembang tu.

Ni laa Orkid2 yang cantik menawan tu  


Tok Cu kepada Orkid Khadijah sedang berposing bersama orkid2
 
Pelbagai jenis orkid
  

2nd destination, Pekan Nabalu. Tempat orang2 tempatan berniaga. Banyak sebenier2, kraftangan, T shirt dijual disini. Beli jangan tak beli.

Tamu Pekan Nabalu, barang2 biasa cam kat pasar lambak or pasar malam kat Semenanjung
 
Tapi ader jugak barang yang jarang jumpa kat pasar malam, cam barang ni... pisau menoreh getah. 
 
Sebenier2 untuk dibawak balik ke Semenanjung 

Tuan punye blog bergambar kenangan di depan deretan gerai2 menjual pelbagai barangan sebenier

Me & En Somi
 
Sambung lagi cite pasal lawatan di Kundasang lepas ni....

Saturday, June 1, 2013

Tamparuli

Salam Sejahtera...

09/05/2013 - Mari kita nyanyi lagu 'Jambatan Tamparuli' yang popular itu. Walaupun ni kali kedua me pegi ke Sabah tapi 1st time naik Jambatan Tamparuli ni. Pergi yang dulu cuma tengok dari jauh jer... on d way ke Kundasang.

Cam biasa ahli2 rombongan Cik Besah yang lain tak berapa teruja sangat nak amik gambo tapi me takkan melepaskan peluang, bukan senang naik sampai sinikan. 
 
 
Ni lah dier Jambatan Tamparuli, jambatan gantung yang femes tu. Bila dah sampai ditengah2 tu cam gayat ckit.
 
Me & En Somi posing di tengah2 Jambatan Tamparuli
 
Sungai di bawah jambatan gantung
 
Meneruskan perjalanan ke Kundasang sambil menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Pemandangan Gunung Kinabalu yang nampak gah dari kejauhan