Hani's Precious

Wednesday, March 21, 2012

Silver & White Also Sweet

Walaupun simple tapi me suka tengok... cantik & manis jer pada pandangan mata me. 

Bekas telur ni kakak kat kafetria opis me yang bagi. Lebihan buah tangan mase kenduri anak dier, so dier bagi pada pelanggan2 yang singgah kat kedai dier pagi tu. Kakak Putih (panggilan kami pada kakak ni) tak isi telur tapi isi gula2 dalam bekas yang berbentuk telur ni.

Sweet bagi orang yang tau menilai, bagi orang lain mungkin sampah jer.


Tuesday, March 20, 2012

Alone Or Want To Be Alone

As Salam

Tetibe satu petang dari tingkap dapur rumah me, me perasan c Flamingo ni duk bertenggek kat atas tiang lampu tepi padang tu sorang2 dier. Mane p kawan2 dier yang lain. Selalunyer depa duk kumpul ramai2.

Kesorangan atau mahu bersendirian?

Saturday, March 17, 2012

Simple But Sweet_2

Me tak tau ape name bunge ni tapi me suke tengok.... cam tajuk tu simple but sweet. Pokok dia macam pokok lengkuas, bunge lengkuas laa kot. Me amik gamba bunga ni kat depan rumah Anjang di Melaka.

Ape3 ajer yang wane putih & hijau me nampak sweet jer!



Thursday, March 15, 2012

Me & My SILs

Assalamualaikum...

Saje n3 gambar ni wat kenangan... Ni gamba me with my 3 out of 7 SILs that I have. Depa semua ni pandai masak.. sebab tu ler adik ipaq dia ni tau makan jaa.  Bila kat dapur me tolong wat mende lain tapi masak memasak ni diaorang ler.

Gamba ni diamik sebelum kami mengantar rombongan pengantin cucu Kak Long me, Amal ke rumah pihak lelaki di Kg. Dato Abu Bakar Baginda, Kajang.

Tuesday, March 13, 2012

Model Iklan Sos Cili Life

As Salam....

Ni Auni... anak sedara me tapi dah macam anak me jugak, dari kecik dier panggil me mama. Bijak & mulut dier mengalahkan orang dewasa. Mase gambar ni, umur dier 3 taun lebih. Sekarang dier dah 4 taun.

Gamba ni mase me bawak dier balik ke Muar dulu. Ni kalau ada peraduan Sos Cili Life ni memang me anta gamba dier ni... Mane ler taukan tetibe ader peraduan "Sos Life & Anda".... hee...


Monday, March 12, 2012

Berkorban di Kampuchea

As Salam...

Me entry kisah ni bukan untuk berbangga or menunjuk2, mintak dijauhkan dari perasaan riak... apatah lagi kalau membuat ibadah dan ada perasaan riak...ape mende pun tak dapatkan. Me entry untuk kenangan me, bile2 me bukak blog, me leh baca & tengok gamba2 kenangan tu. Lagipun bagi me "My Blog Is My Diary". Me akan simpan aper2 jer yang leh membawa kenangan buat me.

Berkorban di Kampuchea ni bukannyer kisah pi berperang tapi mengerjakan ibadah korban di sane pade hari raya Haji yang lepas. Me & ahli kuarge yang lain bersame2 menunaikan ibadah korban di Kampuchea. Kami tak pi tapi hantar duit ke sane dan korban tu diuruskan oleh wakil yang memang Abang Me (Dato' Salleh) dah kenal mase dia pi ke Kampuchea dulu. 

Yalaa... bile pikir2 kita ni dah mewah... hampir setiap taun wat korban sedangkan orang2 di Kampuchea tu ramai yang masih dhaif &  dapat makan daging setahun sekali jer.... waktu hari raya. Kita kat sini nak makan daging hari2 pun bolehkan. Jadi apa salahnyer bersame2 menyumbang pada diaorang yang sememangnyer seagama dengan kita dan diaorang ni pun memang orang Melayu... Melayu Champa.

Sebenarnye bukan setakat di Kampuchea ajer kita boleh membuat ibadah korban, banyak lagi di tempat2 lain macam di Sudan, di Pakistan dan tempat2 di mane ramai orang2 Islam yang susah... me galakkan kawan2 untuk berkorban.

Gamba2 ni me baru dapat hari Sabtu baru ni... mungkin abang me baru terima dari Kampuchea.

Ni gamba kuarga yang menguruskan ibadah korban kami di sane. Comel2 tak ubah macam orang Melayu kita. Mereka ni dari kuarga yang berada ckit agaknyer. Yang pakai jubah hitam tu Sabariah namenyer, baju biru muda tu suami dier, mak cik & pak cik tu mak & ayah Sabariah. Ayah dia imam di sane. Yang lain 2 tu adik beradik & anak serta anak2 saudara dier. Me berazam satu hari nanti me nak pi ke sane jumpe diaorang.

Lembu korban kami

Alhamdulillah, korban selamat sudah!

Diaorang sediakan sijil untuk para peserta ibadah korban tapi bagi me sijil yang Allah Taala bagi tu yang lebih penting. Me berdoa semoga ibadah korban kami diterima olehNYA. Aminnn!!!

Sunday, March 11, 2012

Lunch Hari Ini

Assalamualaikum...

Hari ni me masak untuk makan tengahari... lauk biasa2 jer. 

Me masak asam pedas kepala ikan tengiri lagi... sebab lebih masak hari tu ada sebelah lagi, ayam goreng kunyit & sayur kangkung goreng & yang speselnyer kali ni me guna PML Single Black Rose.. Bila dah dihidang cam tu baru me perasan bunga pada piring tu terbalik  dengan bunga pada pinggan & mangkuk.  Keluaran pengilang yang berlainan agaknye... me pun tak tengok cop kat montot dier.

Semua pinggan & mangkuk ni me beli dengan PML seller (Krol & Mid). Me tengah nak mendapatkan teko & cawan2nyer.