Hani's Precious

Sunday, November 20, 2011

Pi Tampin Tengok Twin Baby

Pagi 8/11/2011 lepas berkemas di rumah Atam, kami (me, en hasben, abuzar & aina) p ke Tampin... tengok pasangan kembar terbaru dalam family Hj Hassan & Co. Kami tumpang kete Abang Salleh. Sampai d Tampin dalam kol 9 lebih. Tak lama kami sampai, Anjang, Kak Chah & Una lak sampai. Seronok tengok babies yang tecik cam anak patung tu. Nur Auni Adrini & Nur Auni Hamani, berat setiap sorang 2.05kg & 2.15 kg.

Borak2, amik gamba, makan2. Cik Pah (mak Fiza) jamu roti canai & mee nyonya... podeh ko...orang nogori yang masak le katakan. Me makan sesuap jer, tak leh nak makan sebab tak tahan podeh.  Dalam kol 11 kami bergerak dari Tampin.

Me, Fiza & Babies

Pasangan kembar yang cute miut. Salimi's & Fiza's pride n joy.

Sorang tidoq, sorang jaga. Don't know which one is Hamani & which one is Adrini

Dalam perjalanan balik ke Muar, kami singgah beli lemang.

Ni lemang yang dah siap d masak.

Tetibe me ternampak air botol nostalgia ni, dulu2 masa kami kecik2, setiap kali nak sambut raya puasa... arwah bapak mesti beli air botol ni. Satu tong bapak beli. Seronok sangat bila ingat waktu tu. Ada 4 perasa semuanya... ais krim soda, oren, sarsi & ceri. Selalunye air ceri ler yang paling sikit sekali n itu la yang paling me cari. Dulu2 bila raya, pi mane2 rumah pun mesti ada air botol ni.

Dlm tong cam nilah yang arwah bapak beli dulu. Semuanye tinggal kenangan

Lepas tu kami singgah ke rumah Anjang di Bukit Katil, Melaka. Tujuan utamanya ialah nak p tengok n amik buah mangga. Anjang ada 2 pokok mangga dan kedua2nya berbuah lebat.


N tak lupe amik gamba buah2 anggur ni... tak penah jumpa yang dah masak, asyik hijau jer




Thursday, November 17, 2011

Hadiah Dari Adib

As Salam...

Kali ni me nak n3 hadiah pemberian Adib n Zaki, hadiah yang sangat2 me suka dan tak sangka2 boleh dapat. Dah agak lama dapat tapi tak entri2 lagi sebab lum amik gamba. Me dapat hadiah ni masa p beraya ke rumah Zaki n Adib, masa  hari raya aidil firti yang lepas. Time kasih banyak pada Adib n Zaki yang sememangye pemurah orangnye, semoga dimurahkan rezeki. Cer.... teka ape hadiahnyer...

Haa.... nilah dier.... dulang ayan n mangkuk tingkat ayan tuu... sukanyer me dapat barang free... hee...

Mangkuk tingkat n dulang tu kakak Adib beli di Thailand. Adib bagitau kat sana masih banyak lagi barang2 ayan ni. Bestnyerkan kalau dapat p. Yang bestnye mangkuk tingkat tu ada gamba lagi, bukan gamba bunga tapi gamba buah2an. Me sukaaa sangat2.

Ni laa mangkuk tingkat cun tu

close up gamba dier yang cun sangat, ni kalau Wawa tengok mesti jeles ni

kat penutup dier pun ada gamba gak

Ni lak dulang comel, susah dah nak dapat dulang2 camni. Gi kedai2 apek pun dah takde dah


Dulang n mangkuk tingkat together, TQSM once again to Adib & Zaki

Tuesday, November 15, 2011

Aidil Adha 2011_2 @ Atam's Big Day

Salam Sejahtera,

Atam's 2nd Big Day... diadakan pada hari raya haji yang kedua.  Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Jamek Muar, me tak pi pun, tak berkesempatan nak pi, sibuk kat rumah. Bagi peluang pada yang  senior2 pi, bile kakak2 me dah takde, haaa... masing2 cari, panggil  & tanya "Cu mende ni kat mana....", "Cu mende tu kat mana", "Cu mende ni ada tak", "Cu mende tu ada tak"....adui pusing me dibuatnyer.

Ni gamba2 sekitar majlis pernikahan dan jamuan makan. Majlis kecik2 jer.

Selepas akad nikah selesai

Kuarga pihak perempuan

Kuarga pihak lelaki

Pengantin memotong kambing....ganti kek.. dah jadik tradisi kuarga kami lak sekarang ni, pengantin potong kambing golek

Chef d mission.... Chef Bakar, tokey kambing golek

Antara makanan yang dihidangkan pada hari tu

Ni bapak2 budak 2 orang ni sudah lebih dier punyer aksi daa...

Bersantai2 selepas kelam kelibut menyiapkan majlis sambil menunggu tetamu datang. Me,  my SIL, en hasben, brothers & my nephew.

Saturday, November 12, 2011

Aidil Adha 2011_1

Salam Aidil Adha 2011

Taun ni, selain menyambut Aidil Adha, ada acara lain pada hari raya kedua. Haa... sape nak sangka, kakak ku kawin lagi... hee. 7/11/2011, hari pernikahan Atam yang kedua selepas hampir 7 tahun Pak Tam yang pertama meninggal.

Petang raya lagi kami semua dah sibuk2 gitu... buat apa yang patut... kupas bawang, potong bawang, nenas n ape2 lagi ler yang patut disiang & dipotong, blend & macam2 lagi. Orang lelaki sebahagianye melapah lembu. Ketua chef semestinya abang me (Abang Bakar). Menu kenduri - Nasi dan daging beriani, kambing kuzi. kambing golek & ayam golek, pajeri nenas, dalca, kerabu mangga & sayur kacang + perut lembu.

Kat bawah ni gamba2 masa5 & 6 hb.

Ni bakal pengantin dengan anak2 dedare sedang memerah kelapa

Sarah yang sedang mengeringkan rendang

Dah penat2 keje, Atam upah aiskrim. Anak2 sedang beratur utk mendapatkan ais krim. Apa la Amar ni potong trip lak, adik2 semua tak dapat pun lagi ais krim.. hee... N Pak Lang tengah testing loceng ais krim tu

Adik tengah berposing dengan ais krimnyer

Pertandingan makan aiskrim...hee...

Petang 6hb, kaum2 ibu sedang rewang merewang. Sempat ko berpeace dik ye...

Kaum bapak pun same...hee... ada mandor kat belakang tu tengah tengok pekerja2 dia


Ni lembu korban yang baru sampai dari ladang... dah siap sembelih gitu...

Anak2 dedare sedang menyiapkan goodies

Sunday, September 25, 2011

Beraya Di Nilai, Seremban, Sg.Buloh & Pekena Cendol Leman Dawi

Salam hujung minggu,

Di hujung2 raya hari tu me, en hasben & abang me (Abang Salleh) sekeluarga beraya ke Nilai dan Seremban.... rumah anak2 saudara me, Ikin di Nilai & Ajit & Topek di Seremban.

Kami p rumah ikin dulu, sampai dalam kol 10 pagi....  yg bestnya tuu tersalah masuk rumah. Termasuk rumah selang2 buah dari rumah Ikin... hehee... lawak jer. Borak2 n makan2... menu spagethi, cocktail n kuih2 raya.

Dalam kol 11 kami gerak ke Seremban pulak... rumah Ajit. Yang ni pun best gak, sebenarnyer me  & en hasben baru sekali jer p rumah Ajit ni, so cam ingat2 lupa la jalan nak masuk rumah dia tu. So, kami follow jer laa kete abang me tapikan dia pun same rupenya. Tersesat2, tersalah jalan, pusing semula & last2 kena la call tuan rumah...hehee. So, Ajit pun kena la amik kami kat tepi jalan. Agak lama gak di rumah Ajit. Borak2, makan2... menu nasi arab, kuih2 raya n air teh papermint. Lepas solat zohor sambung borak2 lagi sambil tengok gamba2 lama. Seronok tengok gamba2 tu... cam2 perasaan ada... kelakar tengok gelagat2 masa muda2 & kanak & sedih bila tengok gamba2 orang yang dah takde.
Bertolak dari rumah Ajit dalam kol 2 lebih, Abang me ajak p pekena cendol Leman Dawi yang popular tu. Gerai cendol dia ni dah ada sejak me kecik2 lagi rasanye. Gerai ni di kawasan Sg. Gadut, Seremban. Tak jauh dari rumah me. Tuan punya cendol ini bekas askar, punya laa peramah dan dalam minda dia tu penuh ngan fakta. Semua pelanggan yang sampai kat gerai dia ni, dia akan sambut dengan pantun. Lepas tu dia start laa keluarkan apa2 ajer fakta yang ada dalam minda dia tu, dari fakta Mesia sampai la fakta dunia semua dia citer kat pelanggan. Abang me tanya beberapa soalan n semuanyer dia dapat jawab ngan tepat.Kami oder cendol untuk setiap sorang, macam2 jenis cendol ada. Kami oder cendol kacang merah & cendol jagung. Yang istimewanyer kat gerai ni, tambahan air gula & santan percuma.

Lepas pekena cendol, kami pun bergerak ke rumah Topek di Bandar Seremban Selatan. Rumah Topet ni sebenarnya 1 kawasan  dengan rumah me. Rumah me fasa 2 & rumah Topek d fasa 3. So, kali ni me & en hasben pulak jadi pemandu pelancung tapikan yang bestnya terlajak jugak...hehee... tapi terlajak sikit jerlah., terlepas 1 lorong. Masing2 dah kekenyangan... so kat rumah Topek kami mampu minum air & makan kuih raya jer.
Bertolak dari rumah Topek dalam kol 3 lebih, Abang me terus balik ke Kajang. Me n en hasben meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh, p ke rumah Salimi & Fiza. Semenjak depa pindah, kami tak penah p lagi, so Abg Salleh bagi la instrusction arah jalan ke rumah Salimi tapi biasa la kan sebab tak penah pegi so tak berapa sure jer jalanyer. En hasben call Salimi & dier bagi la instruction tapi agaknye tak berapa jelas... kami pun cari punya cari... last2 nampak signboard stesen keretapi Kuang.... haaa... dah jauh sesat ni. Call semula Salimi n cam biasa dia kena la jemput kat tepi jalan.  Heee.... hari ni hari sesat2 sedunia agaknyer.

Borak2 d rumah Salimi, kol 7 baru balik... Letihnya... letih berjalan... heee.

Gamba kat bawah ni gamba di gerai cendol Leman Dawi.... Promosi percuma untuk En Leman Dawi.


Bibik Sulis & Bibik Rima

Ni cendol me punyer

Tok Mah & Kakak Nani

Yang pakai topi merah tu la tuan punya kedai ni.... En Leman Dawi



Tuesday, September 20, 2011

My Orchard_3


Musim Buah Duku pulak sekarang!!!

Cuti Hari Malaysia (16/11/2011)  baru ni me balik ke Muar.... yelakan... kan ke dapat cuti 3 hari sebab bersambung ngan cuti hujung minggu, lagi pun me lum balik ke Muar lagi raya ni.

Me amik kesempatan pegi ke dusun me, tengok buah2an yang masih ada. Buah duku dah start masak. Walaupun tak berapa lebat taun ni tapi ada beberapa pokok yang boleh tahan gak buahnya. Me & En. Hasben try makan beberapa biji tapi masih rasa masam lagi.

Esoknye kami pegi lagi & ada 1 pokok ni yang buahnye dah agak manis. Kali ni pegi ngan Atam sekali. Atam suruh me panjat, me boleh je  panjat, bukannye tak biasa panjat pokok masa kecik2 dulukan tapi masyallah banyaknyer semut hitam kat pokok ni. Tak larat nak duduk atas pokok tu lama2.... me gugurkan buah2 duku tu & Atam pungut di bawah. Habis satu badan semut merayap kat badan me. Lepas turun dari pokok, me tak jadi keje lain sebab asyik membuang semut yang merayap2 kat badan me tu. Last2 Atam petik guna galah jer.

Ni la dia gamba2 buah duku tuu.. 


 

Ni buah duku yang belum masak


Gamba guna flash....haa nampak tak semut2 tonggek d monggek tu


Hat ni yang dah masak




Monday, September 19, 2011

Raya 2011_Dari Johor Sampai Ke Perlis

Assalamualaikum..

Taun ni giliran beraya di Muar sebenarnya tapi me & en hasben beraya di Taiping sebab pak mertua tak sihat lagi, so di akhir2 puasa kami balik me Muar dulu.... sambut akhir Ramadhan kemudian dari Muar kami balik ke Taiping. Dalam perjalanan kami singgah di Seremban sebab me nak bayar cukai taksiran untuk rumah Seremban yang dah lama tertangguh, al maklum la dapat penyewa yang akalnya beng.... sikit, boleh dia buang semua surat2 penting me yang sampai ke rumah tu.

Ingat nak teruskan perjalanan terus ke Taiping tapi en hasben tak berapa sihat... rasa seram sejuk lak badan dier... mungkin kot disebabkan sehari sebelum tu jadi superman... heee.. terjatuh dari pokok pulasan. Alhamdulillah la pokok tu tak tinggi sangat. So kami balik dulu ke Shah Alam, en hasben nak rehat sekejap & amik ubat. Lepas sembahyang zohor kami gerak balik ke Perak. Sampai di kampung Taiping dalam pukul 6 lebih. Sempat gak kami berbuka hari last puasa di kampung.

Esoknyer dah raya. Juadah hari raya....  lemang, kari daging, nasi impit, kuah lodeh dan daging dendeng yang me bawak. Pagi raya ziarah ke rumah saudara mara. Hari raya ke 3 kami pegi ke Kedah, ziarah pak saudara (Chu Lah) di Legong, Baling. Lepas balik dari Baling kami terus ke Pulau Pinang pulak ziarah abang me (Adon) di Kepala Batas. Sampai di Kepala Batas dah malam. Esoknye dalam pukul 10 pagi kami (termasuk Adon sekeluarga) bergerak ke Perlis, beraya di rumah sepupu me (Abang Ayom) di Kangar. Dalam perjalanan balik, kami semua singgah pulak di rumah sepupu yang lain (Kak Shida)  di Alor Setar. Dari Alor Star kami terus bertolak balik ke Taiping & sampai dalam pukul 10 malam.

Esoknya dah nak balik ke Shah Alam. Sebelum balik kami ziarah Kak Lela, sepupu en hasben yang baru kematian suami pada hari raya ke 4. Sebelum tu beraya ke rumah Len d Taman Kaya, Taiping, penyewa rumah me d Sentul. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah beraya di Parit, rumah sepupu en hasben (Kak Ma). Kami convoy ngan sepupu, Zaki & Adib. Ikut jalan lama sebab nak elak jam. Denga kat radio... memang highway jam teruk gak.  Kami berenti makan dan sembahyang maghrib di Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam dah hampir tengah malam.

Esoknye me cuti lagi, so amik kesempatan untuk kemas rumah yang sememangnya belum berkemas apa2 pun lagi. Letih sangat2 sebab dari pagi dalam kul 8 lebih sampai pukul 5 petang me berkemas, rasa cam nak tanggal je sendi2 tangan & kaki me ni.

Hujung minggu pulak ami beraya ke rumah abang2, sepupu & makcik di Kelang, Kajang, Bangi & Puncak Alam.

2 minggu lepas raya, ada cuti umum 1 hari yang bersambung ngan cuti hujung minggu, so kami amik kesempatan balik lak ke Muar sebab tak beraya lagi di Muar kan. So lengkaplah perjalanan kali ni.... dari selatan ke utara & dari utara ke selatan.... tah berapa ribu kilometer agaknya ye.

Antara gamba2 yang sempat diamik... banyak gamba yang terlepas sbb sibuk beraya tak ingat nak amik gamba wat kenangan.

suasana sawah padi di sepanjang jalan menuju ke Kedah/Perlis



Sampai dah di Perlis

Replika pokok duit emas di bandar diraja Arau

Sampai pulak di Alor Setar, Kedah

Gamba me & anak2 & cucu2 saudara masa hari raya hari tu