Assalamualaikum,
Botok-Botok ni setau me memang makanan orang Johor. Rasanyer ramai yang tak tau pun kewujudan makanan ni. Mase me kecik2 dulu pun me tak suke nak makan, al maklumlah banyak dedaun & ulam2an gitewkan. Mase me kecik mane suka makan sayur2an & ulam2an. Bila dah beso, dah tau banyaknyer khasiat ulam2an ni baru ler rase nak makan.
Rempah botok2 ni me dapat free dari kakak ipar. Tu yang rajin nak buat botok2 tu. Tinggal carikan ikan & daun2 ulam jer. Me guna daun tenggek burung, daun kaduk, daun kunyit, daun kesum & daun pokok malinjau. Me amik daun2 ni mase balik ke Muo tu hari.
Kali ni me guna ikan kembung yang ader dalam peti doremon me tu jer. Biasanya orang akan guna ikan tenggiri, mungkin sebab isi dier banyak kot.
Disebabkan daun pisang yang me ader ni dah tak berapa nak elok, me alaskan dulu dengan aluminium foil. Kekdahnyer aluminium foil -> daun pisang -> dedaun ulam -> rempah botok2 -> ikan -> rempah -> dedaun ulam... cam tu la. Lepas tu baru bungkuskan daun pisang & aluminium foil tu. Kalau daun pisang elok, tak yah guna aluminium foil tu.
Yang me tabur kat ikan tu ialah hirisan daun kunyit & daun kesum. Daun ulam yang lain me buat sekeping2
Dah siap dibungkus kemas2
Then kukuskan dier... dalam 25 minit gitew
Ni laa dier hasilnyer. Takde rupe tapi ader rasa
Sedap & berkhasiat gitew. Sedap bagi yang suke tapi pelik kot bagi yang pertama kali nampak. Kalau sesape nak tau cara nak buat rempah botok2 tu, leh ler menjengah ke dapur Che Mat Gebu... blogger Dapur Tanpa Sempadan tu.
No comments:
Post a Comment