Hani's Precious

Sunday, December 22, 2013

Sebahagian Daripada Barang2 Enamel @ Ayan Me

Salam Sejahtera...

Wah... lame betul me tak entry pasal PML kan. Sebenornyer barang2 yang kat gamba ni dah lame sangat me dapat.. bertaun dah, cuma tak amik gamba & wat entry jer. Ni seme sebahagian daripada set enamel or orang melayu panggil pinggan mangkuk ayan yang me ader. Me amik gambo ni pun sambil2 jer... mase mengemas & nak masukkan ke dalam kotak sebab nak kuar kuarters Subang tu. Tak kuase nak ambik gambo seme sekali... ader yang tak siap mengemas nanti.

Mangkuk cendol dulu2.. me sempat merase makan cendol guna mangkuk ayan ni mase kecik2 dulu. Mase tu gi Bandar Muar ngan arwah mak & Atam. Kami singgah makan cendol sebelum balik.
Yang kecik tu piring sos ayan.

Pinggan enamel berbunga yang sungguh nostalgia...
 
Double boiler yang me jumpe kat kedai apek pinggan mangkuk di Jalan Pudu

Tarmos air panas dulu2. Ni satu lagi barang yang sangat susah nak jumpe sekarang... yang pesen2 baru ader laa

Last but not least... dulang2 ayan me pelbagai saiz yang cun melecun

Susah sebenarnyer nak cari barang2 ni sekarang. Kebanyakkan kedai2 apeks pun dah takde dah barang ni. Ni tinggalan saki baki dulu2. Kalau nasib baik leh jumpe. So, pade sesape yang berminat tu me ucapkan... Happy Searching & Koreking!! Kat pasar2 karat masih leh jumpe lagi.

No comments:

Post a Comment