Hani's Precious

Saturday, April 28, 2012

Sape Tak Mo BERSIH, Maknanyer Dia PENGOTOR_Part 1

Assalamualaikum...

BERSIH 3...Duduk Bantah... 28/4/2012.

Kali ni me berpeluang menyertai BERSIH 3 selepas terlepas BERSIH 1 & 2. BERSIH 1 me takde di KL & BERSIH 2 me tak berjaya masuk ke KL... road block di mane2... kami dari Shah Alam pun tak dan sampai, mungkin gak mase tu kami gerak dah lewat.

Kali ni kami bertolak dari Sentul menggunakan LRT & berenti di stesyen Masjid Jamek, kami sampai dalam kol 10 lebih & masa tu dah ramai orang yang berkumpul di persimpangan Dataran Merdeka & DBKL.

Ni gamba2 yang sempat me amik guna kamera tok adam me ni.

Gamba ni me amik dari platform LRT sebelum turun & joint diaorang

Di hadapan stesyen belum ramai lagi 
Ni peserta yang berkumpul di depan stesyen Masjid Jamek

 Pendemo2 yang berselerakan di sepanjang jalan


Me terpikir & rase kesian kat makcik2 ni, larat ke diaorang nak berlari bila FRU menyemburkan air & gas pemedih mata tu tapi apa2 pun me sangat respect pada diaorang ni yang sanggup turun untuk menyokong BERSIH 3.


Tua & muda same2 menyuarakan hak mereka

Pakcik ni beli 4 gulung kain ni, dia kata nak bentang buat sejadah, solat ramai2 kat atas jalan raya

Tengok depa ni, bukan setakat Duduk Bantah tapi Baring Bantah lagi... hee... & ramai lagi yang baring bantah di bawah2 pokok kat depan DBKL tu

Bayangkan laa... dari bulatan di depan Bank Negara hingga ke Dataran Maybank... dipenuhi dengan peserta2 BERISH 3. Tu belum lagi dicampur dengan peserta di hadapan simpang Dataran Merdeka bawak ke Jalan Raja Laut (tempat me & en asben berkumpul) & yang berselerakan & berkumpul di Jalan TAR, di Masjid India & semua lorong2 di sekitarnye & jugak peserta di Masjid  Negara, Pasar Seni, KLCC, Brickfields & Petaling Street  yang jumlahnya semua dianggarkan berjumlah 250,000 orang 


No comments:

Post a Comment