Hani's Precious

Monday, January 2, 2012

Sarapan Hari Ini

As Salam...

Hai pejam celik... pejam celik... dah 2012 sekarang nikan. Sekejap jer mase berlalu. Cuti umum hari ni sempena tahun baru. Semalam sebenarnya tapi sebab semalamkan Ahad, so bawak ler cuti tu ke Isnin.

Me balik Shah Alam semalam petang. Pagi ni me wat sarapan mee goreng. Sebenarnye me bercadang nak wat mee hoon sebab cam dah lame jer tak buat mee hoon tapikan nak cite cikit, semalam me pi pasaraya yang baru bukak kat depan rumah me tu, 1st time pi, pusing2 cari mee hoon, jumpa 2 jenama tapi mee hoon yang meyakinkan dah abis, tinggal 1 paket n plastiknyer dah terkoyak... tak nak ler amik. Mee hoon yang satu lagi  jenama yang tak meyakinkan me.

Balik dari pasaraya tu, me singgah kat kedai runcit kat rumah me.... ni yang me sedih ni. Kedai ni kedai orang Melayu Islam tapi semua jenama mee hoon yang ade kat kedai dier ni memang tak meyakinkan me. Ada 1 jenama tu memang laa arwah mak me guna dulu masa kami kecik2 tapikan dulu mane ada sangat jenama2 keluaran orang Islam/bumiputera, so cam takde pilihan laa. Pulak2 tu keluaran negara jiran Thailand... lagi la me cuak. N satu jenama lagi me rasa tak sepatutnya tuan kedai selaku Melayu Islam ni boleh beli n letak kat kedai dier ni untuk jual kepada pelanggan yang 98% kat kawasan ni adalah orang Islam. Please laa... tolong la sensitif cikit. Me tengok gamba kat plastik dier pun dah meragukan. Gamba dragon dengan tulisan cayanunalif kaler merah... rasenyer tulisan halal pun dalam tulisan rumi. Kalau laa masih ada lagi orang Islam yang nak beli memang me rase sedih sangat2 n tersangat sedih ngan tuan kedai ni yang langsung takde perasan sensitif n nak membantu keluaran2 pengusaha2 bumiputera tu. Me bukannyer racist tapi bab2 makan ni kena laa prihatin... halal haramnyer.

Last2 me beli jer mee kuning n nilah hasilnyer.

Ok gak rasa me goreng me hari ni. Mangkuk Riccardo ni hadiah dari kawan me, c Yab, dia beli mase dia pi keje di Jepun beberape taun lepas.Rindu kat Yab... lame tak jumpe sebab dier dah tak satu tempat keje ngan me lagi sekarang.

No comments:

Post a Comment