Hani's Precious

Monday, October 13, 2014

Tragedi MH17

Assalamualaikum...

Walaupun dah lama berlalu tapi me tetap nak masukkan jugak dalam blog me ni sebagai tanda ingatan.

Pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh lalu terhempas di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 semasa dalam perjalanan dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya yang mengorbankan seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal.
 
Berita ni amat menggemparkan kerana selang masa yang tidak lama dengan peristiwa MH370. Bertimpa2 ujian untuk Mesia. Mase memule dapat wsp dari kengkawan... me cam tak caye... betul ke diaorang ni... sebabkan sekarang ni banyak berita2 palsu yang disebarkan melalui media sosial. Lepas tu me bukak tv Bernama dan memang sah satu lagi kapal terbang mesia ditimpa kemalangan.

Setakat hari ni... dah 42 jenazah berjaya dikenalpasti & dibawak balik ke Mesia. Tinggal lagi 2 jer lagi yang belum dapat dikenalpasti. Mesti kaum kuarga tertunggu2 kepulangan diaorangkan. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.
 
 Al Fatihah untuk mangsa2 MH17 yang beragama Islam
 
 Ni mase ketibaan kumpulan pertama jenazah2 mangsa MH17 dari Belanda. Sedihnyer hati... walapun bukan adik beradik, ahli kuarga or orang yang kita kenal yang terlibat dalam kemalangan tu tapi perasaan sayu & sedih tak dapat diselindung... panas rasenyer mata me ni sebab banyak sangat menangis

 
 

 Ni antara gambo mangsa2 yang terlibat dalam kemalangan. Gambo2 yang me amik dari fb. Sedih sangat biler tengok anak2 kecik yang kehilangan ayah or ibu. Ader yang masih belum faham... tapi yang mane dah besar ckit & dah faham tu lagi laa sedih... Depa nanges... me pun nanges jugak... Sedih sangattt...




2 jenazah kuarga Tambi yang balik ke Mesia... wife & anak sulung

Sekeluarga pergi dijemput Allah SWT. Alhamdulillah, kuarga ni akhirnya bersatu semula sebelum hari raya Aidil Adha baru2 ni
 
 
Semoga roh mereka semua tenang di sana. Aamiin!!
 
Berdoalah kita supaya tidak ader lagi kemalangan yang serupa atau yang lebih dashyat lagi berlaku kepada kita semua. Mohonlah perlindungan kepada Allah swt. ALLAH sebaik2 tempat mengadu & tempat memohon perlindungan & keampunan.

Sunday, October 12, 2014

Biler Selera Makan Merajuk

Salam Sejahtera,

Biler selera makan merajuk or dah tak tau nak masak lauk aper sebab rase semua lauk2 tak menyelerakan, maka ini lah hasilnyer... Sambal Telur, sangat simple tapi memang menyelerakan. Tapi ni bukan sekarang laa... hari tu. Sekarang lalu jer makan....Hahahaaa.
 
Sambal telur yang mabeles

Dimakan dengan nasi panas.... lagiiii laa sedappp!!!

Sometimes.. the simper is the better gitewkan.

Cadar Patchwork Cotton

Assalamualaikum,

Heee.... Me memang minat sangat ngan cadar @ bedsheet ni. Tak tau laa kenape. So me telah menjadikan minat & hobi ni sebagai salah satu peluang bisnes me. Me bermule sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. So far, Alhamdulillah... sambutan yang menggalakkan dari customer2 me, ader yang amik sampai 4 set gitew. Me ucapkan terima kasih banyak pada pelanggan2 me.
 
Me suker sangat cadar patchwork cotton ni sebab ianya memudahkan keje me. Bile bangun tido, tak yah susah2 nak mengemas katil sangat.
 
Ok, ini spec cadar patchwork cotton ni ya:-
  • Terdiri dari 1 cadar & 2 sarung bantal berzip
  • Ukuran 230cm x 250cm
  • Sesuai untuk katil Queen/King
  • Sangat selesa sebab diperbuat dari 100% cotton
  • Jahitan yang kemas & tidak berbulu
  • Tidak mudah berkedut
  • Menjimatkan masa mengemas
Harya yang me tawarkan:-
  • RM130/set without postage & RM145/set with postage 
So, kalau ader sesape yang berminat untuk membeli, cepat2 pm me di nombor 012 2815323 - Mahani Hj Hassan.
  
Ni gambo 2nd batch hari tu... Alhamdulillah, safely arrived. So far dah 6 batch dah me oder
 
Antara cadar2 yang ready stock kat rumah sekarang



Contoh gamba2 bedsheet tu tapi yang dalam gambo di bawah ni banyak yang dah di jual. So kalau sesape nak dapatkan gambo2 yang ready stock sila pm/wsp me laju2 ya :D



Kalau bende yang kita suke tu kan... tengok gambo jer pun dah bleh wat kita tersenyum... Hahahaaa.

Friday, October 10, 2014

Budak Bulus Mummy

As Salam...

Yeaaa... Alhamdulillah, selesai urusan menyambut raya di Muo & misi ke Pantai Timur. Balik semula ke KL... rindu kat budak bulus ni selepas 10 hari ditinggalkan.
 
Agaknyer dier pun rindu gak kat kami kot.. duduk pun nak dekat2 ngan Abi.. temankan Abi wat keje lagi

 And rindu beno kot ngan bantal dier ni. Hmmm... budak ni tido pun mimpi ikan agaknyer. Asyik nak ikan jer. Biskut dier tu, dier makan biler terdesak jer. Abi pun layan jer dier ni, kalau mummy tak goreng ikan, Abi sanggup kuar pi beli ikan goreng kat kedai mamak... Untung laa hang Oya...

N rindu kot ngan tempat lepak dier ni.  Asyik nak ikan jer... Mummy bagi ikan kayu kat dier...  Saje jer sakat Oya... Dier pun pelik agaknyer, nape ikan ni takde bau... Hahahaaa...
 
Budak Bulus Mummy

Jom Ke Pantai Kemasik

Salam Jumaat...

Jom ke Pantai Kemasik, bagi me Pantai Kemasik ni antara pantai yang sangat cantik di Mesia. Yang paling memukau me ialah batu batan pantai yang sangat cantik bercorak & berwane wani... Lame me menghabiskan mase menilik batu2 ni satu persatu.

Singgah sekejap jer kat pantai ni sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Kalau ler datang memang tujuan untuk berkelah... maunyer me berjam2 menghabiskan mase kat sini.
 

 Sangat laa gojesnyer batu2 ni kan. Ni kalau dipotong & dikilatkan boleh jadi batu marble yang sangat cantik

 
Batu2 kecik yg pelbagai corak & wane
 
Taburan kulit2 kerang, siput & batu batan yang menghasilkan pemandangan yang menarik

Bergambo dengan batu besar yang gojesss itu
 
 
Along Afiqah, Angah Afifah & Azmi

 And pengunjung setia pantai... En Awang Bulus yang manje

 Keindahan flora yang jugak mengasyikkan me... dah me kan suker bunga2an. Cantik biler dah banyak2 camni kan...
 
 
Selamat tinggal Pantai Kemasik... In Shaa Allah... me akan datang lagi satu hari nanti  
 
 
Okay, meneruskan perjalanan ke Kuantan sebelum balik semula ke Johor pada hari yang sama.

Tuesday, October 7, 2014

Masjid Terapung & Berhari Raya Di Marang

As Salam...

Meneruskan entry2 yg tertangguh.

Settle urusan di Pasar Payang kami  mencari gerai makan kat area Pantai Batu Buruk. Mase odw tu me nampak kereta2 kuda yang dihias cantik... ala2 kete kuda Cinderella gitew. Hajat nak berenti amik gambo... tak naik tapi dapat amik gambo pun jadik ler kan tapi impian tak jadi kenyataan pulak. Kete kuda ni tujuan dier untuk bawak pelancung pusing2 kat area tepi pantai tu. Macam kalau kat Melaka ader beca berhias yang bawak pelancung pusing2 di Bandar Hilir gitew laa.

Lepas makan tengahari di medan selera di Pantai Batu Buruk, kami meneruskan perjalanan ke rumah abang me di Kerteh dan bermalam di sana. Sebelum tu berhenti solat di Masjid Terapung... tak nampak terapung pun sebab me amik gambo dari dalam kete jer.

Masjid Terapung

Dan misi utama sebelum sampai di Kerteh ialah misi jejak kasih Somi dengan kawan baiknya Haji Rahim di Marang
 
Dalam perjalanan ke Kerteh.. berenti sat kat Pantai Kelulut Marang. Melihat pemandangan & amik angin pantai

Yang nampak kat jauh ckit tu Pulau Kapas... tah bile me nak sampai ke sana
 
Okay dah siap di sini... jom teruskan perjalanan.

Friday, October 3, 2014

Pasar Kedai Payang @ Pasar Payang

As Salam...

Jom jalan2 di Pasar Payang pulak... same macam ke Kota Bharu, tak sah kalau tak singgah ke Pasar Siti Khadijah, cam tu lah jugak kalau ke Kuala Terengganu. Walaupun dah dah banyak kali ke pasar ni tapi setiap kali datang mesti nak pegi jugak. Bukannyer nak beli aper pun... saje nak jalan2.. tengok2 barang. 

Dah namanyer Pantai Timur... mestilah banyak batik gitewkan

Bermacam2 corak, design & pattern batik sekarang ni kan. Kalau dulu biler cakap batik.. kita cume terbayang kain batik sarung or kemeja lelaki jer. Sekarang ni macam2 design baju dibuat dari kain batik & batik pun ader bermacam2 jenis... batik sutera, tak sutera... seme ader


T-shirt pun banyak

Haaa... bahagian ni me suker.. bahagian barangan2 dapur. Suke tengok acuan2 kuih bahulu & kuih cara ni
 
Barangan tembaga pun banyak
 
Dan barang2an kraftangan yang lain

Dan lagi bahagian yang me paling suke... bahagian makanan ler... Macam2 ader...

 

Haaa... kan me dah cakap, kalau pegi ke Pantai Timur... mesti jumpe ngan buah asam jawa ni. Tak beli pun sebab tak pandai nak makan
 
Haa.. yang ni trade mark Terengganu... susah nak jumpe kat tempat lain kecuali kat Terengganu. Aper lagi... telur penyu ler. Bulat2 cam bola pingpong tapi kulit telur tu lembut... kemek2 lagi. Seumur hidup me tak penah makan telur penyu ni.. tak rase nak pun

 
Lagi sekali me berjaya mengawal aliran tunai me... Hahahaa.. Cam kat Pasar Siti Khadijah, kat Pasar Payang pun me cume beli makanan2 jer... keropok keping ler yang banyaknyer.
 
Okay settle di Pasar Payang... jom cari gerai makan pulak... perut dah lapo...