Hani's Precious

Wednesday, April 2, 2014

Sepanjang Jalan Ke Agra

Assalamualaikum...

Ni antara gamba2 yang me amik hasil tadahan ipad me di tingkap tempo. Sepanjang jalan kenangan...

Suasana rumah2 diperkampungan yang dhaif
 
 
Yang ni rumah orang yang berada sikit kot sebab nampak lebih sempurna
 
 
Masih ader lagi kedai menjual kayu api... Errghh... macam tak caye jer..

Pengangkutan utama di India, depa panggil Oto. Kalau di Thailand or Indon depa panggil Tuk Tuk
 
  Aktiviti seharian penduduk2nyer
 
 
 
Ladang2 gandum hampir di sepanjang perjalanan melalui jalan besar. 1st time me tengok pokok gandum secara live
 

 Lembu2 yang berkeliaran & memakan sampah sarap
 
Najis2 lembu yang diusahakan semula dengan menjadikannya bahan bakar. Najis lembu ni dibentukkan bulat2 leper & dijemur ditepi2 jalan untuk dikeringkan
 

 Naik moto 2 orang - lumrah
 
 3 orang - normal 
 
4 orang - biasa
& yang pastinyer takde pun yang pakai helmet... huhuu...

Lori2 kontena yang macam dalam  cite2 Hindustan tu... bercorak2 & berwane wani tapi yang kat gamba ni tak berape bercorak sangat... tak dan nak amik yang lebih happening. Meriah tengok lori2 diaorang
 
 Antara pengangkutan utama yang lain - beca, kete kuda & oto 
 

Hawa Mahal

Salam Sejahtera...

Hari ke 3 di India, meneruskan perjalan ke Agra yang amik masa 5 jam dari Jaipur.

Sebelum kuar dari Bandar Jaipur, Uncle driver yang murah senyuman bawak kami singgah sekejap di Hawa Mahal yang dikenali jugak sebagai "Palace of Winds". Kami berenti untuk amik gambo jer, tempat ni tak boleh masuk. Hawa Mahal ni khas dibina untuk perempuan2 istana zaman dulu2. Leh bace lanjut pasal Hawa Mahal kat sini.
 
Hawa Mahal yang sangat osem binaan & buatannyer

Muke orang kat sebelah me tu tertelan cuka india kot.. heiii.. susah kalau orang susah nak senyum ni laa.. penat dah cakap

Cantik sangattt... pandainyer orang yang design & bina ni. Me pinjam gambo dari google sebab lebih jelas dan terang

 Kedai kasut di seberang jalan berhadapan dengan Hawa Mahal

Dan lagi antara bangunan kaler pink yang ader corak menarik di sekitar Bandar Jaipur

Kilang Tekstile & Carpet

Salam Sejahtera...

Meneruskan penerokaan di bumi India. Biasa laa kan... tourist guide mesti bawaknyer pelancung ke tempat2 macam ni, kilang tu, kilang ni.. selagi ader kilang yang boleh mendatangkan komisyen kat diaorang laa kan.
 
Lepas ke Jantar Mantar hari tu mamat tourist guide nak bawak pulak kami ke muzium tekstile kat sebelah Jantar Mantar tapi kene bayar lagi tiket masuk  750 rupee, nak masuk Jantar Mantar dah bayar dah. Kami seme tak nak.   Kami singgah kat Handicraft Emporium kat tepi jalan tu sebab me nak beli t-shirt untuk sebenier. Mamat tourist guide cam tak suke jer kami singgah & cakap dier akan bawak ke tempat lain... ader me kisah... elehh nak bawak ke tempat mahal ler tew. Me lagi suker jalan2 sendiri... singgah sane, singgah sini, tengok itu... tengok ini. Dah tu kan... mamat tourist guide ni berjalan punye laa laju... cam nak settle cepat jer. Me, Wawa & Ari wat bodo jer... ko cepat2 ko tunggu ler kat dalam van tu. Kami bertiga wat santai2 jer... jalan slow2, berenti amik gambo, tengok pemandangan sekeliling.
 
Antara gambo2 yang me amik di sekitar jalan odw nak ke tempo (van)
  
Tengok tu ular tedung tengah mengembangkan kepalanyer.. berani pelancung sorang tu amik gamba dari dekat

Lembu in town... biasaaa... Lembu pun nak bersiar2 jugak. Gemuk2 lembu diaorang ni

Gerai penjual buah2an
 
Sampai kilang sudah.
Mamat toke kilang (muke cam nak telan orang... tak nak senyum langsung) tengah demo cara2 membuat corak pada kain... mase kami sampai tu hari minggu, so pekerja2 dier cuti.. jadiknya dier tunjuk laa sample cara2 mengecop corak pada kain. Dier explain... bilangan step bergantung pada bilangan wane yang digunakan, maksudnyer lagi banyak wane yang digunakan, lagi banyak laa step yang kena dibuat. Contonhnyer cam gamba gajah ni ader 4 step sebab gunakan 4 wane... hitam, biru, hijau & last sekali merah

Sib baik ader nenek ni, kalau tak lagi masam ler muke mamat berlagak tu sebab kena demo cara2 nak memintal benang bulu pulak. Nenek ni tengah memintal benang bulu untuk dibuat carpet. Mamat explain... carpet diaorang dibuat dengan 3 jenis benang... dari silk, bulu biri2 & jugak bulu unta. Dengan bangga & sombongnyer mamat bagitau... carpet2 dari kilang dier di dieksport ke merate alam ... London, Mesia dll... Me & Wawa dengan selambenyer cakap... ader aku kisah... hahahaa..

Lepas tengok demo kat tingkat bawah, naik pulak ke tingkat 1... tempat carpet2 yang dah siap diletakkan & juga tempat jual beli carpet.
 
Mahal weiii rege carpet2 ni... beratus2 & beribu2 riban gitew... dalam RM hokeyyy.. bukan rupee tapi kalau dah eksport ke mesia.. lagi ler mahal. Jangan harap ler me nak beli tapi memang cantik laa... tak dinafikan corak & qualitinyer yang cantik & bermutusamy... :D

Dapat gambo dengan carpet pun jadik ler...

Lepas tu naik lak ke tingkat 2, kat tempat kain chop & hasilnyer didisplay & diniagakan. Selain dari kain chop tu, ader jugak shawl yang memang 100% pashmina, hasil patchwork & sulaman (patchwork & sulaman ni me suker laa... cantikksss) tapi tak beli pun, jamu mate jer.
 
 Mamat tengah mengexplain pasal hasil kain2 kuaran syarikat dier... bosan dah dengar ni sebenarnyer & me & wawa pun bercakap2 sesame kami biler dier tengah explain. Dier leh stop cakap & tanya kami... yes, what?  Setaip kali kami bercakap, dier akan tanya. Sibuk... takut orang mengata dier ler tew..

Ni alas meja untuk 8 orang makan yang atuk Imam Bakar terbeli.. hahahaa... simple jer tak cantik mane pun... saje laa kot wat kenangan. Macam2 corak ader.

Sulaman & patchwork


Kat sini pun leh tempah baju jugak. Disebabkan regenyer yang berpatutan me setuju ler En Somi tu tempah sekali. Pilih kain yang depa jual & terus tempah. Sehari boleh siap & depa akan hantar ke hotel... Cam kat Vietnam gitew 
 
Ni aktiviti orang yang bosan menunggu En Somi & Abang Bakar menyettlekan tempahan baju diaorang
 
Wawa & Orkid yang dah bertempek dahinyer ngan wet tissue

Selesai kat kilang tekstile... legaaa. Lepas tu mamat touist guide nak bawak pulak ke kilang emas & batu permata... ader laa agenda dier tu kan. Ooiii!!! time kasih banyak laa ye. Kami seme dah letih & nak balik ke hotel. Bengkek ler agaknyer mamat tu sebab perancangan dier tak berjaya... hahaaa...

Balik ke hotel & dari tingkap hotel me nampak ader gajah2 yang bawak pelancung bersiar2... Best jugak ni. Ikutkan me memang ler me nak naik... pengalaman beb.. naik gajah sambil sightseeing Bandar Jaipur tapi disebabkan orang2 lain seme dah letih, duk dalam bilik jer laa. Tak pe laa.. lagipun me dah penah rase naik gajah mase kat Chiang Mai dulu

Makan malam kami... Mee Hoon yang dibawak bekal dari Delhi, Alhamdulillah tak basi, biskut &  jugak buah anggur & limau yang dibeli kat mamat penjual buah kat depan hotel. Mane2 me pegi pun kat India ni ramai orang jual buah anggur... tengah musim kot..

Okay... selamat malam Jaipur. Ke Agra pulak esok.

Monday, March 31, 2014

Jaipur & Jantar Mantar

As Salam...

Selepas makan di restoran yang kurengss itu, kami meneruskan perjalanan ke Jaipur. Check-in di Holiday Inn... okay hotel ni.. selesa. Berehat sekejap sebelum kuar semule petang tu untuk jalan2 di Bandar Jaipur.
 
Perghhh... bukak2 jer tv kat dalam bilik hotel tu... terus kuar gamba mamat ni. Beso betul pengaruh dier kat India ni kan
 
Bandar Jaipur... yang dikenali sebagai Pink City sebab semua bangunan dalam bando tu wane pink tapi me tengok bukan pink pun... ni macam wane bricks tapi memang cantik laa...

Kedai jual barangan kraft, t shirat dll dalam perjalanan menuju ke Jantar Mantar. Kedai2nyer buruk jer tapi depa panggil Handicraft Emporium.
 
Me dah aim nak singgah kat sini.. nak cari t-shirt tuk wat sebenier... murah bebeno regernyer beb...
 
Tak tau aper mende makanan yang dijual ni... macam maruku tapi ader tomato, cili hijau & bawang. Bungkus ngan kertas jer... cam mesia taun 50an kot

Yang ni keropok beras katenyer
 
Masih ader lagi kete kuda kat Bandar ni... lebih kepada nak bawak pelancung tuk sight seeing rasenyer

Haa.... nilah Jantar Mantar tu yang dah diwartakan sebagai A world heritage site
 
Antaranyer sebagai tempat mengukur masa dengan kaedah cahaya matahari gitew tapi me kagum ngan tempat ni & orang yang membinanyer. Sangat2 tepat masa yang diukur mengunakkan kaedah ni.
 
Yang ni untuk menentukan kedudukan matahari berada di mana... kalau tak silap
 
 
Ni pulak untuk menentukan bulan2 & zodiac... Januari, Februari dsbg..
 
 
 
Cam biasa laa kan.... perkara yang wajid dilakukan...  Photo session :D
 
Budak kecik ni  x mudah meragam & senang dibawak berbincang... hahahaa... Sayang Orkid..


 
 
Selesai di Jantar Mantar... Tourist guide bawak kami ke tempat lain pulak. Biasa laa kan, diaorang akan bawak ke tempat2 perusahaan kraftangan diaorang, so diaorang dapat laa komisyen gitew.