Hani's Precious

Thursday, January 9, 2014

Restoran Selera Kampung -> Bazar Makanan Tradisonal -> Masjid Selat

Assalamualaikum...

Kita makan dulu... kami lunch kat Asam Pedas Selera Kampung, kat bangunan2 kedai opposite ngan Menara Taming Sari. Rupe2nyer femes kedai ni. Mase kami sampai, penuh ngan pengunjung... nak cari meja kosong pun susah.

 Me pinjam gambo ni dari www.eznakhalili.com sebab me tak teringat nak amik gombo restoran hari tu. Pinjam ya Ezna... sharing is caring :))

Kami amik makanan simple jer. Orang lain siap berhidang2 bagai. Kami tak amik asam pedas sebab malam sebelum tu dah makan asam pedas claypot. Me amik kuah asam pedas jer... nak compare rase ngan asam pedas claypot. Tak banyak beza sangat rasanyer... cuma asam pedas claypot lebih pekat kuahnyer

Haaa... Nampak tak... diaorang guna dulang ayan lama untuk serve customer yang oder secara hiding. Antik gitiew...

Pelanggan istimewa... me pegi mane2 pun me selalu mengotorkan lantai kedai makan tu... nasib ler... janji budak2 ni dapat makan... heee...

Selesai makan... jom ke gerai makanan tradisional. Kat sebelah restoran asam pedas selera kampung ni jer

Menarik perhatian me betul mende2 ni especially yang berwane-wani tu laa

Pelbagai kuih muih & makanan ringan tradisional ader kat sini

Toke kedai kata ader seribu jenis barangan makanan tradisional kat kedai dier ni... banyaknyer, seribu jenis... ke me yang silap dengo..
Belacan, cencaluk sudah semestinyer ader.. sebab makanan tradisi Melaka kan


Kuih Karas... antara kuih tradisi Melayu. Arwah mak suke sangat kuih ni dulu. Mak selalu beli kalau nak dekat raya

Me terbawak balik kudap2an ni. Kuih sagun kelapa bakar tu memang best & me memang selalu makan mase kecik. Yang dua lagi, yang cantik berwane-wani tu... cantik rupe jer tapi tak cantik rase. Kalau orang yang suke... sedap laa kot tapi bagi me cam pelik sikit rasenyer. Rasenyer makanan ni dibuat dari tepung pulut

Okay... perut sudah kenyang. Jom solat dulu. Huda bawak me & En Somi ke Masjid Selat. Cantik sangat masjid ni... kat tepi laut lagi.
Cantik, Bersih, Mendamaikan

Pemandangan2 yang me amik di sekitar masjid




Menghadap ke laut lepas... Selat Melaka

Makan sudah... solat pun sudah. Meneruskan ekspedisi seterusnyer....

Wednesday, January 8, 2014

Menara Taming Sari


As Salam...

Turun dari Bukit St Paul, kami berehat sekejap kat taman sebelah Menara Taming Sari.

Ni ler rupe Menara Taming Sari tu. Gambo ni me copy dari AmazingMelaka.com. Bleh dapatkan info pasal menara ni dari link tu

Bangunan ni sebelah menara tu tapi me ta tau sangat aper yang ader kat dalam bangunan ni. Kami masuk sebab nak beli tiket tuk naik menara tu jer. Tiket nak naik menara ni RM15 sorang. Rege kanak2 separuh dari rege orang dewasa

Haaa... ni ler rupe dari dekat. Pengunjung akan masuk kat dalam bulatan ni sebelum dier bergerak ke atas. Kat dalam ni nanti ader staff yang akan beri penerangan. Best sangat bile berade kat atas tu tapikan sekejap sangat ler... 7 minit jer kat atas tu

Ni mase baru nak bergerak ke atas

Okay!! Jom menikmati pemandangan Bandar Melaka dari ketinggian 110 meter & pemandangan 360 degree.

Pemandangan Sungai Melaka yang terus ke laut lepas

Boleh nampak bot2 yang bawak pengunjung menyelusuri Sungai Melaka

Kat bawah tu Muzium Samudera... kami tak pi pun

Nampak kecik jer Sungai Melaka ni sekarangkan. Dulu2 mesti luas, kalau tak, takkan jadi pelabuhan ternama di dunia, didatangi pedagang seluruh dunia


Yang besar ni Dataran Pahlawan shopping mall


Depa bagi sebenier ni mase beli tiket... Botol air Go Green. Bayar 15 hengget... dapat tengok pemandangan yang cantik & botol air percuma. Okay laa tu sebab kalau beli botol tu saje... dekat 10 or berbelas ringgit jugak regenyer

Selesai sudah kat Menara Taming Sari...

Tuesday, January 7, 2014

Bukit St Paul -> Beca Berhias

As Salam...

Next, Bukit St Paul -> Beca Berhias

Jom ke Bukit St Paul pulak... sebelah Kota A' Farmosa... lepas melawat istana kesultanan Melaka kami pi ke sini... semuanyer dekat2 jer

Ader bangunan kat atas kota tu.  Sebelum ni dah beberape kali ler datang ke A' Farmosa & Bukit St Paul ni tapi bangunan yang kat atas bukit ni me tak berape amik kisah sejarahnyer. Bile me check kat Wikipedia, gereja rupenyer bangunan ni. Asalnyer Portugis yang bina, pastu Belanda lak rampas wat tempat persemadian bangsawan diaorang

Pemandangan dari atas Bukit St Paul

Ader peniaga2 yang jual cerderahati kat tepi2 bangunan ni

N me berjaya menahan hati untuk tidak membeli fridge magnet2 ni. Dah banyak sangat, tak yah laa beli lagi

 Ni ler bahagian dalam runtuhan bangunan tu 

 
Batu2 empat segi yang bersandar kat tepi dinding ni rupe2nyer batu2 penutup kubur2 bangsawan Belanda tu... Urgghh!! kalau ler me tau, tak henggen me nak bergambor kat tepi batu tu. Dulu dalam buku sejarah mungkin ader tulis tapi me dah lupe ler tu...

 
 
 Okay... turun sudah. Kedai cenderahati di kaki bukit

Sampai jugak hajat kami nak naik & bergambo kat beca berhias ni. Tak jalan pusing2 pun, cume amik gambo jer. Baik hati pak cik beca ni sebab benarkan kami bergambo. Me nak bagi duit tapi beria2 dier menolak. Sesetengah orang tu.. nak tumpang amik gambo pun, kenakan bayarankan. Me doakan semoga ramai pelancung yang akan naik beca pak cik yang baik ati ni lepas ni

Monday, January 6, 2014

Kota A Farmosa -> Muzium Istana Kesultanan Melaka

Salam Sejahtera...

2nd Day Melaka -> Kota A Farmosa -> Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Lepas Muzium Setem, kami ke Kota A Farmosa, dekat2 situ jugak. Best jalan kat Bandar Hilir ni... tempat2 yang menarik untuk dilawat... dekat2 jer. Tak perlu jalan jauh2.
 
Kota A Farmosa. Kota peninggalan penjajah Portugis tahun 1511.
Orang2 dulu wat bangunan.. tahan sampai sekarangkan.  Bangunan sekarang tak berape tahun... runtuh sana... runtuh sini. Macam kat satu negeri kat Mesia tu.  Tu laa banyak sangat rasuah (heee... sempat lagi tu). Berjuta2 duit rakyat dibazirkan cam tu jer.
 
 
 Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Osemnyer istana kayu ni... kagum me tengok. Ni 1st time me masuk ke sini. Sebelum ni tengok kat gambo & tv jer.
 
 


Me dengan Hang Pengawal Istana kat depan pintu masuk istana
 
Ni ler peristiwa asal usul camane negeri Melaka mendapat namenyer... kancil putih (konon tempat tu bertuah), pokok melaka (pokok tempat sandar pembesar tu)
 
Suasana di dalam Balai Mengadap... me rase cam seram jer kat dalam bilik ni... nape tah
 
 Jom kita tengok delegasi2 yang penah berurusniaga di Melaka. Hebat Melaka dulu2kan, tempat tumpuan pedagang dunia... sampai negara2 barat pun berebut nak dapatkan Melaka.
 
Ni delegasi dari Siam

Delegasi Gujerat

Delegasi Arab

Delegasi China

Delegasi Jawa
 
Gambaran suasana sibuk urusan jual beli di zaman2 Kesultanan Melaka
 
Ni konon2nyer aksi Hang Tuah & Hang Jebat bertarung. Ni patung ni, bukan lukisan. Seram jer tengok muke2 patung ni.
 
Anak dara Melaka yang terkejut tengok aksi pertarungan Hang Tuah & Hang Jebat... heee...

Ni ler gambo Hang Tuah, yang ader dalam buku Sejarah zaman me sekolah2 dulu

 
 Haaa... hensem tak Hang Tuah & Hang Jebat ni... huhuu.. Memule ingatkan patung tapi biler dier menoleh kat kitaorang, terkejut rase. Muke diaorang sebiji cam orang dulu2, lepas tu diri tegak jer... mesti ramai pelancung pun ingat diaorang ni patung
 
Ader lagi citer pasal istana ni... sambung lain kali, special entry nanti.