Hani's Precious

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Assalam....

(gamba ni pinjam dari Google)

Cantik tarikh hari ni... 11/12/13. Bijak pandai kata urutan tarikh ni hanya berlaku 11 kali dalam satu abad. Berlaku 11 tahun berturut-turut dan ianya tak akan berlaku lagi untuk tempoh masa yang lama.. 90 taun katenyer, lepas ni kena tunggu sampai 1 Februari 2103 (1/2/3) untuk no tarikh yang berturut lagi.
 
Ramai orang amik kesempatan tarikh cantik ni tuk melangsungkan perkahwinan. No cantik... senang nak ingat tarikh. Baby2 yang lahir hari ni pun mesti senang nak ingat beday diaorangkan.
 
Tapikan ni tarikh masihi... bukannyer tarikh hijrah. Tak payah ler nak rai2kan sangat beb. Biler tarikh hijrah... terkial2 kita nak mengingatkannyer.. tak kate orang lain, me sendiri pun same. 

Tuesday, December 10, 2013

Gelombang Kedua Banjir

Salam Sejahtera...

Sekarang dah bermula gelombang kedua banjir. Berhati2 & bersabar laa pada siapa yang terlibat & me doakan semoga dipermudahkan segala urusan.
 
Bukan setakat manusia jer yang menjadi mangsa banjir tapi haiwan perliharaan & ternakan jugak terlibat sama. Mesti banyak yang tak dapat diselamatkan & terkorban kan.
 
Ujian dari Allah & beruntung la hamba2Nya yang sabar. Juga sebagai peringatan kepada hamba2Nya, samada yang terlibat ataupun tidak.

Kalau Tak Nak.. Bagi La Kat Me

Assalamualaikum...

Ya Allah!!! Nak menengok pun tak sampai hati rasanyer tapi kenapa laa ader manusia yang sanggup buat macam ni kan. Ingat sampah ke buang2 macam tu jer. Me cukup tak faham... takde ke perasaan kesian dalam hati biler tengok baby yang cukup sifat & sihat ni. Dibuang selai sepinggang tanpa sehelai kain pun untuk membalut badan. Kalau takde kain pun... cari laa surat2 khabar lama buat membalut badan baby tu. Haiwan pun tau sayang anak & takkan buat anak dier cam ni. Tapi tu laa kan... name jer manusia tapi biler perasaan takut, bersalah, segan & malu dah menguasai diri, akal pun tak dapat berfikir dengan waras.
 
Kalau tak nak tu bagi2 laa pade orang2 yang nak. Ramai orang yang tak ader anak, menunggu bertahun2, berabis beribu-ribu berubat sebab nak anak tapi yang dah ader dibuang2 cam sampah jer.
 
Alhamdulillah... baby ni dijumpai dalam keadaan masih bernyawa & dapat diselamatkan. Ramai lagi yang tak berape bertuah macam baby ni, di buang dalam lubang tandas, dalam tong sampah, dicampak ke sungai & tempat pembuangan sampah. Manusia dah berperangai lebih teruk dari haiwan.
 
Sape2 yang ader anak2 tu didik laa anak2 dengan ajaran agama yang sempurna. Kalau orang Islam, didik laa dengan ajaran Islam yang sebenar. Perkara2 asas...halal, haram, dosa, pahala sepatutnya semua tau dan dapat membeza dan menilaikannyer. Tapi bukan hanya Islam,  semua agama pun menganjurkan kepada kebaikan.
 
Me rase cam nak peluk2 jer baby ni... nak cium2 jer dia. Me doakan mase depan baby ni lebih baik & terjamin & menjadi insan yang berguna.

Monday, December 9, 2013

Rambutan's Harvesting

Salam Sejahtera...

Cam biasa entri2 yang  tertangguh... ni mase balik Muar hujung bulan Nov hari tu.

Sebahagian dahan rambutan yang dah berjaya diturunkan. Kali ni Atam upah orang untuk panjat & potong dahan2 rambutan tu

Hasilnyer. Yang kaler merah tu dari kebun Abang Long

Cam nak meniaga jer rupenyer

Kalau tak buat macam ni, ader yang rambutan tu kering cam tu jer nanti. So kupas, potong tuk amik isinyer jer & simpan dalam petiais... baru senang nak makan
 
Lepas ni buah duku pulak... Durian habis sudah. TQ Allah kerana mengurniakan kami rezeki yang berpanjangan.

Saturday, December 7, 2013

Banjir Besar Melanda

Assalamualaikum...

Banjir besar sedang melanda negeri2 di Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) & jugak di selatan Tanah air... Johor sekarang ni.  Paling teruk di Kuantan & daerah2 bersebelahan cam Kemaman, Marang, Paka, Kuala Terengganu. Beberape orang kawan me ader di pusat pemindahan banjir sekarang ni & diaorang cakap... memang besar banjir kali ni.
 
Hampir setiap taun banjir melanda kawasan2 ni tapi cam biasa laa.. kerajaan kita tak penah belajar dari pengalaman2 yang lepas. Dah berkali2 banjir berlaku, sepatutnya dah tak timbul  masalah besar bile banjir melanda lagi. Gerak kerja menyelamat & pemindahan mangsa banjir, persiapan tempat tinggal sementara, makanan & minuman, keperluan2 asas lain patutnyer dah takde issue lagi. Tapi macam me cakap tadi laa... takkan ader isu or jadi isu besar kalau dah amik iktibar dari peristiwa lepaskan. Ni tak... duk takuk tu laa jugak. Biler orang pertikai pasal pengurusan & bagi pandangan & perbandingan ngan negara lain,  tak terima & masih boleh lagi jawab, Mesia terbaik dalam pengurusan banjir. Cer cite sat tang mane yang terbaiknyer tu. Sememangnyer memang2 laa MCA gitukan.
 
N yang sorang lagi pulak cakap tak sesuai sediakan kemah untuk mangsa banjir sebab faktor cuaca... perghh!!! Beza sangat ke cuaca Thailand ngan Mesia ni. Aper semuanyer MCA ke haaa?? Aduhai!!! malangnyer bagi pade orang2 cam ni untuk urus negara. Last2 akur jugak ngan pandangan rakyat... akan bawak & pertimbangkan cadangan ni ke kabinet tuk mengganti beberapa prosedur operasi standard (SOP) lama membabitkan kemudahan2 yang disediakan kepada mangsa banjir. Kita pakat tengok laa taun depan nanti ader perubahan ke tak. Tengok janji ditepati or dicapati.
 
Tu belum lagi part pengagihan barang2 keperluan... boleh lak waktu darurat camni nak kira hang penyokong ke pembangkang. Pembangkang tu bukan rakyat Mesia ke. Tak faham laa me... bile laa orang2 yang berfikiran macam ni nak matang agaknyer.
 
Ya Allah... kami sangat2 berharap supaya Mesia ni dapat ditadbirkan oleh orang2 yang selayaknya. Semoga impian kami akan mendapat keizinanMu ya Allah. Aaminnn!!
 
Antara foto2 semasa banjir & kesan banjir yang dirakamkan  
 
 Mesia pengurusan banjir terbaik & rakyat didahulukan... kononnyer laa...

 Berkerja... niat kerana Allah... orang pun boleh nampak & nilaikan
 
Memang camtu lah kenyataannyer sekarang ni... Satu2 naik, lepas ni tah aper pulak yang naik. Rakyat kene tipu hidup2 wei!!

Thursday, December 5, 2013

My Favorite Asam Pedas

Assalam...

Don't know what to name this dish... Asam Pedas Ikan Pari with Shitake Mushroom or
Asam Pedas Shitake Mushroom with Ikan Pari... ha..ha..haaa!!!
 
Camni laa jadiknyer kalau pencinta shitake dapat shitake... udah tak nampak ikan parinyer... penuh ngan shitake jer

Bilangan cendawan shitake berjaya dikurangkan dengan pantas & jayanyer sebelum En Somi balik sebab tak nak bagi dier nampak & confuse... ni asam pedas aper sebenarnyer. Lagi pun dier bukan suke sangat ngan cendawan2 ni. Untunggg!!! me sebab leh makan shitake tu banyak2

Tapi susah nak dapat cendawan shitake ni... maksud me cendawan shitake yang fresh dan tak berbau. Biasanye yang jual kat pasar2raya or pasar2 biasa tu dah ader bau yang tak best. Kat Cameron Highland pun... yang jual kat gerai2 tu pun dah berbau. Tapi shitake yang me masak ni jauh datangnyer... dari pergunungan di Kudasang, Sabah tu. Time kasih banyak ler pada abang & kakak ipar me yang bagi cendawan ni.

Wednesday, December 4, 2013

Our New Cute Little Creature

Assalamualaikum...

Name budak kecik ni Tomi... pandai2 jer me bagi name dier. Tu laa... ingatkan Atam amik untuk bela gantikan Oyen yang dah arwah... rupe2nyer dier pinjam jer dari orang depan rumah. Baru ingat nak bagi name. Tapi tak kisah ler... name awak Tomi... okay.

 

Tomi yang tengah ligat... mase orang sibuk2 petik rambutan hari tu, last me nampak dier bawah kete vios, lepas tu terus hilang. Puas me panggil & cari tapi tak jumpe. Cuak jugak... mane laa dier pegi & me terpikir tah2 dia masuk ke dalam kete tu. Panjat ikut tayar & masuk kat dalam injin keta. Me suruh En Somi gi tengok & check... hmmm.... dier wat tak layan jer. Takkan leh masuk ler, camane nak masuk ler... cam2 alasan dier  bagi sebab malas nak gi checkkan.
 
Tapi bile Atam citer... dulu Oyen pun orang baiki keta jumpa kat dalam injin keta... baru laa En Somi  pegi check. Haaa.... dah cakap dah... bukak2 jer penutup injin kete tu... elok jer budak kecik tu tengah tido kat bahagian injin keta. Dia pandai masuk... pastu tak pandai nak kuar, so tido ler kat dalam tu. Nasib baik laa tergerak nak cari kat situ, kalau tak tah aper laa nasib dierkan. Tu laa... tak pandai duk diam. So, lepas ni saper2 ader kehilangan anak kucing, jangan lupa cari kat injin keta ya.