Hani's Precious

Thursday, April 11, 2013

Yummy Homemade Biscuit

Assalam....

Salam hujung minggu... 
Beberape minggu lepas me & Huda wat biskut. Memula kami wat biskut butter, walaupun biskut butter ni dari tepung biskut segera tapi biler dah dioter2 memang sedap rasanyer.... Lagi sedappp dari yang dibeli di luar sana. Tak kisah ler puji diri sendiri pun sebab memang sedap dek non.
Tokok tambah itu ini & letak mcm2 accessories, ala bahan2 dah aderkan... Bahan accessories tu lebihan dari wat biskut raya lepas.

Ni ler hasilnyer biskut butter kami


Yang ni kami campur ngan milo... lagi sedap

Seronok rasa bile buat menjadi dan ramai orang suka. Puas hati & rasa nak buat lagi.

Insyallah bile2 nanti kami buat lagi.

Tuesday, April 9, 2013

Dinner @ Tarbush

As Salam...

Me dinner di Tarbush @ Ampang Point 2 minggu lepas.... Anjang belanja. Kalau di restoran2 Pak Arab ni, apalagi menu utamanyer kalau bukan kambingkan!!!

So mengambing (istilah sendiri ni)  ler kami malam tu except Huda yang tak makan kambing. Leh tahan regernyer makanan kat restoran ni....heee... tak kisah ler orang belanja... order je laa. Biler lagi nak pau abang me ni kan... bukan selalu pun hahaa!!!

Sunday, April 7, 2013

Azri & Fatin Wedding Ceremony

 Assalamualaikum,

Cam biasa... entry2 tertangguh, yang ni dah agak lama tertangguhnyer, dah dekat 4 bulan dah majlis berlangsung. Ape2 pun me tetap n3 untuk kenangan.

Ni masa majlis akad & jugak persandingan Fatin & Azri di Jitra. Sayangnyer me & dapat join sekali sebab En. Somi ader kursus pada tarikh yang sama.

Tak pe lah tak dapat join pun, yang penting selamat sudah Azri & Fatin diijab qabulkan sebagai suami isteri.

Tahniah dari Cu & Pak Cu :)

 Fatin & Azri... 22/12/2012
 
Saat2 mendebarkan

Selesai ijab...Lega sudah!!!
\
 
Azri's Family
 
 Fatin's Family

 Berbesan sudah...
 

Saturday, April 6, 2013

Budak Kampung!!


As Salam..

Lama me menyepi, banyak cite nak n3 tapi semuanyer tertangguh.

Nak citer pasal budak hyperactive ni. Me balik Muar 2 minggu lepas, terubat laa rindu pada budak sekor ni, dah agak besor dah dier... cumanyer lum gemok je lagi. Lepas sunat nanti Insyallah gemok ler dia tu. Tapi laaa ni, mak aiii nakalnyer dier. Semua orang nak diajaknyer bergurau, abis tangan & kaki kita digigitnyer.

Ni laa dier budak hyperactive tu, sat melompat, sat memanjat.... mengigit tak yah citer ler.

Bersiar2 ditepi rumah 

Nakal2 pun tetap sayang gak

Hmmm... jaga laa kete mummy tu baik2 ya. Nanti mummy belikan ikan untuk Oyen

Saturday, March 16, 2013

Silap Ajaran


As Salam...

Kubur & Hantu cam dah sinonim dengan masyarakat sekarang ni, bukan setakat Melayu jer, rasanyer semua kaum dan bangsa pun mengaitkan kubur dan hantu. Tu laa, biler dari kecik dah didedahkan dengan ajaran/pengetahuan yang salah ... cam ni lah jadiknyer. Tapikan mende tu memang ader & suker kat tempat2 cam tu. Tapi Alhamdulillah, walaupun ader citer2 yang camtu, kami dididik, biler lalu dekat kubur, sedekahkan Al Fatihah pade orang yang dah meninggal. Arwah mak selalu pesan cam tu dulu.

Alfatihah untuk arwah mak & bapak & semua umat Islam yang dah kembali menemuiNYA.


Tuesday, March 5, 2013

Dah Besar Dah Kembar Ketiga Ni!

Assalamalaikum...

Dulu me penah wat n3 pasal kembar ketiga dalam Hj Hassan & Co ni, mase diaorang baru lahir dulu. Laa ni dah besar dah si Adrini & Hamani. Tah bile leh dapat kumpul 3 pasang kembar ni & gamba bersama. Kalau ada majils or kenduri, mesti ader jer yang tak dapat datang.

Ni Gambar si kembar dengan ibu & daddy . T. Cu suke tengok baju dier, simple but nice gitew.

Sunday, March 3, 2013

Kelebihan Sujud

Salam Hujung Minggu...

Me tak sihat sekarang, lepas En. Somi baik demam.... me lak sambung... selesema, pening kepala. Musim sesema ke sekarang ni? Sekarang ni malas nak amik panadol or ubat klinik or hospital. Me amik ubat alternative, herba & homeopathy tapi memang agak lambat sikit sembuhnya.

Sekarang ni banyak post2 di facebook mengenai bab2 agama yang dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Bagus la tu, manfaatkan kemajuan tu untuk kebaikan bersama. Walaupun me tak aktif berfacebook tapi me rajin gak online sebab nak baca post dari kuarga dan kawan2 & tengok gamba2 yang diorang post tu.

Ni salah satu post yang me amik dari facebook. Me penah terbaca, kedudukan ketika sujud merupakan kedudukan yang paling hampir dengan Allah S.W.T dan manusia digalakkan untuk memohon doa & hajat semasa sujud. Artikel lain yang  me penah baca, kalau sedang dalam keadaan sakit, digalakkan berada dalam kedudukan sujud kerana ianya dapat mengurangkan kesakitan. Me dah tak berape ingat faktanyer tapi dari segi sains, bila dalam keadaan sujud, darah akan turun ke otak dan menghasilkan lebih oksigen. Sememangnyer Agama & Sains saling berkait rapat dan tak boleh dipisahkan tapi bukan Sains jer, semua perkara pun memang tak boleh dipisahkan dengan agama cam politik, perniagaan, kewangan, undang2 dll.

Semoga kita dapat mendekatkan/menerapkan lebih lagi ajaran2 Islam dalam kehidupan seharian kita. Insyallah!!

Wassalam.