Hani's Precious

Sunday, April 7, 2013

Azri & Fatin Wedding Ceremony

 Assalamualaikum,

Cam biasa... entry2 tertangguh, yang ni dah agak lama tertangguhnyer, dah dekat 4 bulan dah majlis berlangsung. Ape2 pun me tetap n3 untuk kenangan.

Ni masa majlis akad & jugak persandingan Fatin & Azri di Jitra. Sayangnyer me & dapat join sekali sebab En. Somi ader kursus pada tarikh yang sama.

Tak pe lah tak dapat join pun, yang penting selamat sudah Azri & Fatin diijab qabulkan sebagai suami isteri.

Tahniah dari Cu & Pak Cu :)

 Fatin & Azri... 22/12/2012
 
Saat2 mendebarkan

Selesai ijab...Lega sudah!!!
\
 
Azri's Family
 
 Fatin's Family

 Berbesan sudah...
 

Saturday, April 6, 2013

Budak Kampung!!


As Salam..

Lama me menyepi, banyak cite nak n3 tapi semuanyer tertangguh.

Nak citer pasal budak hyperactive ni. Me balik Muar 2 minggu lepas, terubat laa rindu pada budak sekor ni, dah agak besor dah dier... cumanyer lum gemok je lagi. Lepas sunat nanti Insyallah gemok ler dia tu. Tapi laaa ni, mak aiii nakalnyer dier. Semua orang nak diajaknyer bergurau, abis tangan & kaki kita digigitnyer.

Ni laa dier budak hyperactive tu, sat melompat, sat memanjat.... mengigit tak yah citer ler.

Bersiar2 ditepi rumah 

Nakal2 pun tetap sayang gak

Hmmm... jaga laa kete mummy tu baik2 ya. Nanti mummy belikan ikan untuk Oyen

Saturday, March 16, 2013

Silap Ajaran


As Salam...

Kubur & Hantu cam dah sinonim dengan masyarakat sekarang ni, bukan setakat Melayu jer, rasanyer semua kaum dan bangsa pun mengaitkan kubur dan hantu. Tu laa, biler dari kecik dah didedahkan dengan ajaran/pengetahuan yang salah ... cam ni lah jadiknyer. Tapikan mende tu memang ader & suker kat tempat2 cam tu. Tapi Alhamdulillah, walaupun ader citer2 yang camtu, kami dididik, biler lalu dekat kubur, sedekahkan Al Fatihah pade orang yang dah meninggal. Arwah mak selalu pesan cam tu dulu.

Alfatihah untuk arwah mak & bapak & semua umat Islam yang dah kembali menemuiNYA.


Tuesday, March 5, 2013

Dah Besar Dah Kembar Ketiga Ni!

Assalamalaikum...

Dulu me penah wat n3 pasal kembar ketiga dalam Hj Hassan & Co ni, mase diaorang baru lahir dulu. Laa ni dah besar dah si Adrini & Hamani. Tah bile leh dapat kumpul 3 pasang kembar ni & gamba bersama. Kalau ada majils or kenduri, mesti ader jer yang tak dapat datang.

Ni Gambar si kembar dengan ibu & daddy . T. Cu suke tengok baju dier, simple but nice gitew.

Sunday, March 3, 2013

Kelebihan Sujud

Salam Hujung Minggu...

Me tak sihat sekarang, lepas En. Somi baik demam.... me lak sambung... selesema, pening kepala. Musim sesema ke sekarang ni? Sekarang ni malas nak amik panadol or ubat klinik or hospital. Me amik ubat alternative, herba & homeopathy tapi memang agak lambat sikit sembuhnya.

Sekarang ni banyak post2 di facebook mengenai bab2 agama yang dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Bagus la tu, manfaatkan kemajuan tu untuk kebaikan bersama. Walaupun me tak aktif berfacebook tapi me rajin gak online sebab nak baca post dari kuarga dan kawan2 & tengok gamba2 yang diorang post tu.

Ni salah satu post yang me amik dari facebook. Me penah terbaca, kedudukan ketika sujud merupakan kedudukan yang paling hampir dengan Allah S.W.T dan manusia digalakkan untuk memohon doa & hajat semasa sujud. Artikel lain yang  me penah baca, kalau sedang dalam keadaan sakit, digalakkan berada dalam kedudukan sujud kerana ianya dapat mengurangkan kesakitan. Me dah tak berape ingat faktanyer tapi dari segi sains, bila dalam keadaan sujud, darah akan turun ke otak dan menghasilkan lebih oksigen. Sememangnyer Agama & Sains saling berkait rapat dan tak boleh dipisahkan tapi bukan Sains jer, semua perkara pun memang tak boleh dipisahkan dengan agama cam politik, perniagaan, kewangan, undang2 dll.

Semoga kita dapat mendekatkan/menerapkan lebih lagi ajaran2 Islam dalam kehidupan seharian kita. Insyallah!!

Wassalam.



Monday, February 4, 2013

Nonya Mansor Yang Ku Rinduuiii!!!

As Salam...

Ni gamba arwah mak yang cucu2 dia dok amik & post kat fb. Asalnyer Anes  yang amik gamba ni mase balik kampung minggu lepas. Pas tu sorang2 cucu yang lain dok follow. 1st time tengok gamba ni kat fb, mase tu dalam kete, odw balik ke Shah Alam dari Muar. Tengok2 terus jadi sebak & mengalir air mata. Menangis tanpa suara sebab tak nak En. Somi perasan.

Ginduunyer kat arwah mak, Setiap kali tengok gamba ni mesti nangis. Nape me gelar arwah mak... Nonya Mansor, sebabnyer arwak mak kan ader iras cina sikit. Cucu cicit cina ler katekan. Ingat dulu, kawan anak saudare me tanya anak saudare me tu... "Eh... Nenek ko aso ke?". Hee... lawak la pulak biler ingat kisah tu. Mansor tu nama arwah atuk sebelah bapak. Kalau ikut sir name... Mansor la kan?  So, ini lah dia Nonya Mansor kami.

Al Fatihah untuk arwah mak & bapak. Didoakan semoga roh mereka sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan tenang di alam barzakh. Aminnn!!

Kami sayang mak & bapak. 

Ni gamba arwah mak kat tag mase dia pi umrah dulu



Sunday, February 3, 2013

Ini Kalilah Jom Ubah!!!

Assalamualaikum..

Teringat kata2 Datuk Seri Lajim Ukin mase HKR di Stadium Merdeka pada 12012013 - Ini Kalilah Jom Ubah!!! Ya inilah masenya kita semua kena memainkan peranan untuk melakukan perubahan. Jangan tunggu2 lagi, jangan tengok2 lagi. Hentikan kezaliman yang berleluasa sekarang ni. Lawan penipuan, selamatkan negara kita.

Gamba ni me copy dari facebook. TK to Cenangau Daunkari & iQpresent 2013. Gelihati tengok gamba ni tapi punya makne yang sangat mendalam. Mesejnyer, macam2 mane pun mesti balik untuk mengundi kerana 1 undi boleh mengubah mase depan kita. Insyallah!!

Jom Ubah!!!