Hani's Precious

Saturday, September 29, 2012

Vietnam Trip Part 3

As Salam...

Sambung lagi...

Selepas balik dari Mekong hari tu, kami balik ke hotel sekejap, petangnyer kami kuar semula. Sebahagian pi shopping tapi me & en asben joint group ke Muzium Peperangan. Me ingatkan muzium ni macam muzium yang me tengok kat dalam tv tu, yang banyak tengkorak2 tu tapi bukan rupenyer. Abang me kate muzium yang banyak tengkorak tu kat Cambodia.

Kat muzium ni banyak dipamerkan gamba2 semasa peperangan, mangsa2 perang, senjata2 dan juga kenderaan2 tinggalan tentera US yang digunakan semasa perang dulu. Sedih me tengok gamba2 mangsa perang, tak kira orang tua or kanak2 semuanyer jadi mangsa tentera US yang zalim.

En Asben & kawan2 sebelum bertolak ke muzium

Episode sedih bermula. Tengok gamba ni, hutan yang satu mase dulu subur hijau merimbun, tempat tinggal, tempat bermain dan mencari makan jadi padang jarak padang tekukur bile dibom oleh tentera US

Yang ni pulak, pasangan suami-isteri yang meniaga hasil laut di pasar, tetibe si suami perasan si isteri dah mati tergolek dan barang jualan berterabur disebabkan si isteri terkena peluru sesat

 Seorang ibu dan 4 orang anak sedang berusaha menyeberang sungai untuk menyelamatkan diri

Yang ni antara gamba mangsa2 bom beracun tentera US yang menyebabkan kelahiran cacat

Mata buta, cacat anggota dan macam2 lagi

Mayat bergelimpangan dimane2

Tengok la kezaliman tentera US, manusia tanpa perasaan, kalau ada perasan, diaorang takkan buat kezaliman pada orang lain

Yang ni menambah lagi kesedihan me, kisah seorang abang dan adiknyer yang terserempak dengan tentera US, si abang berusaha melindungi si adik tapi akhirnya kedua2nye mati dibunuh. Tak tau la kalau ader orang yang tengok setakat tengok jer, bagi me gamba2 ni semua sangat2 memilukan perasaan


  Poster2 yang dipamirkan di tingkat bawah muzium
 
Di luar muzium dipamirkan bom2 tinggalan tentera US 

dan juga kenderaan2 yang digunakan mase perang

En asben me merakamkan kenangan di hadapan kenderaan tinggalan perang ni 

Lepas ni last episode at Vietnam.

Wednesday, September 26, 2012

Vietnam Trip Part 2

Sambungan Trip to Vietnam

Hari ketiga kami dibawa ke selatan Ho Chi Minh, sampai di jeti kami menaiki bot belayar di Sungai Mekong. Sampai di kawasan perkampungan, tempat di mane mereka melakukan industri kecil & jugak kawasan buah2an. Kat sini pun banyak gerai2 menjual cenderahati & beg2 bersulam. Kami dijamu makan buah2han yang ditanam disekitar tempat tu & ada persembahan muzik & nyanyian... tempat ni ala2 kampung budaya la gitu.

Kemudiannye lagi sekali kami berjalan kaki merentasi kebun2 & sampai di anak sungai. Di sini kami di bawa menaiki sampan, 1 sampan 6 penumpang termasuk 2 orang jurudayung di depan & belakang. Mak aiii... anak sungai ni tak la selebar mane pun tapi banyak sampan kehulu kehilir bawak pelancung. Bergesel2 badan sampan tu ngan sampan yang lain. Tapi me rase seronok sangat kat sini. Kami berlayar sampai ke tempat kami turun dari bot, berlayar semula dengan bot sampai ke jeti. Makan tengahari di resoran Mekong yang sangat2 sedap masakannyer... mane tak sedap..majoriti laukpauknyer adalah seefood... peberet me kan. Ramai yang tido dalam perjalanan balik ke Ho Chi Minh sebab2 masing2 dah kekenyangan. Sampai di Ho Chi Minh dalam kol 3 lebih... separuh dari ahli rombongan turun di Ben Than market. Me & beberape ahli yang lain balik ke hotel sebab lepas tu kami nak pi ke muzium peperangan di tengah bandar Ho Chi Minh.


Pemandangan sawah padi di sepanjang jalan menuju ke Mekong, sejuk mata memandang.... teringat mase  pi Europe dulu, dalam perjalanan dari Belgium ke Holland, di sepanjang jalan.. ladang2 yang luas terbentang dgn kincir2 anginnyer yang mencantikkan lagi pemandangan

Sampai sudah di Sg. Mekong, me amik gamba ni mase tunggu bot sampai

Sg Mekong  yang luas dengan awan yang cantik

Posing di gerai2 menjual beg2 bersulam

n kedai buah2an


Salah satu industri desa kat kampung budaya tu, perusahan madu lebah

Pembuatan gula2 kelapa

Barangan kraft dari tempurung kelapa

Pakcik  melukis gamba pun ader


Ni ler buah2an yang diaorang jamu pada pengunjung 

Persembahan nyanyian tradisonal

Ni pemandangan mase naik sampan di Sg. Mekong

Selesai sudah  belayar menaiki sampan & naik semula ke bot untuk balik ke jeti

Me amik gamba ni dalam perjalanan balik ke Ho Chih Minh, di tengah2 sawah padi tu, diaorang buat kawasan untuk ternak  itik

Okay dah sampai semula ke bandar Ho Chih Minh

Sambung lagi nanti....

Monday, September 24, 2012

Vietnam Trip Part 1

Assalamualaikum,

Lamer dah me tak wat n3, banyak faktornya nape tak dapat wat n3. So, n3-n3 lepas ni kebanyakkannyer adalah n3-n3 yang tertangguh ler.

Lame dah me tak pi bercuti jauh.  Last me pi bercuti  di luar negara  taun 2009 dulu, waktu tu trip ke Bandung. Sebelum pose hari tu pada 7/7/2012 (dah 2 bulan lebih dah) ... me makan angin ke Vietnam.  Same macam trip ke Bandung., kali ni pun me & en asben pi sekali ngan abang & kakak ipar me (Abang  Bakar & Kak Zainah). Kami pi follow Syifaa Travel Agensi. Trip kali ni 4 hari 3 malam. Pegi tengahari Sabtu & balik petang Selasa (10/7/2012). Rombangan kami dalam 28 orang jer.

Sampai di Ho Chi Minh dalam pukul 1.30 tenghari waktu Vietnam, waktu Vietnam lewat sejam dari waktu Mesia. Kami disambut dengan hujan selamat datang... tapi takde laa lebat sangat. Tempat pertama yang kami pi selepas kuar dari airport ialah kedai pakaian muslimah Hajah Bashiroh. Kedai dier kecik jer & mak2 bonda masing2 bersesak2 pilih telekung & baju2 kurung yang sememangnyer cantik dihias sequin. Regernyer memang bebaloi2 compare ngan reger kat Mesia, mane laa mak2 bonda tu tak rambang mata. Mulenyer me cam malas jer nak turun sebab ramai sangat orang kat dalam kedai tu tapi bosan menunggu kat dalam bas, akhirnye me turun gak & terbeli le jugak selai maxi yang bersequin.

Kemudian kami check in di Dragon Hotel, petangnyer kami dibawa sight seeing di bandar Ho Chi Minh &  gi makan malam di restoran Saigon Seri Penang, mak oiii sedapnyer masakan diaorang. Habis licin disebabkan masing2 kelaparan & makanan yang sedap.  Selesai makan malam, me, en. asben abang bakar & kak zainah ikut kak Normi & kak Zaidah pi ke kedai Rahmah. Group yang lain pi ke Ben Than night market. Berjam2 kami duduk memilih baju & telekung di kedai Rahmah. Kali ni me pulak yang rambang mata, tak tau nak pilih mane satu. Semuanyer cantik2 & murah... telekung, baju kurung mp; jubah. Balik dari kedai Rahmah, walaupun mase tu dah lewat malam, sempat lagi kami ke Ben Than night market, pergi & balik berjalan kaki jer dari & ke hotel.

Hari kedua selepas bersarapan di hotel (sarapan roti & buah2an jer sebab yang lain tu takut tak halal) kami bertolak ke Gu Chi, ni tempat peperangan mase perang Vietnam & US dulu. Kami diberi penerangan dan di bawa melawat ke tempat2 yang mereka gunakan mase perang dulu. Sangat2 mengagumkan bile tengok tempat dan macamana diorang survive mase perang dulu. Diaorang memang sangat2 punya semangat juang yang tinggi untuk menentang US & menyelamatkan negara diaorang. Balik dari tempat perperangan kami makan tengahari di Satay House... lagi sekali makanan licin licau sebab masing2 dah penat & lapar. Takut me tengok en asben me makan... 3x tambah tu. Sampai semula di Bandar Ho Chi Minh, kami semua diturunkan di Ben Than Market. Ben Than Market day market ni ditutup pada pukul 5 petang dan malamnyer akan diadakan night market di jalan raya berhadapan ngan Ben Than day market tu. Hmm...kebanyakkan perangai peniaga2 di pasar ni memang menguji kesabaran me.  Me malas nak citer tapi sape yang dah pegi mesti tau aper yang me maksudkan. Me tak berlame2 di sini sebab bosan ngan perangai peniaga2 tu. Me beli t-shirt, jalan2 sekejap & akhirnyer me & en. hasben angkat kaki dari tempat tu. Kami dah berpecah ngan orang2 lain mase tu, masing2 sibuk ngan aktiviti sendiri. Kami jalan2 & pusing2 di bandar Ho Chi Minh. Di mane2 pun kami berjumpe ngan orang Mesia...hee.. memang betul ler, orang Mesia ni kuat bershopping. Balik ke hotel dan makan malam sekali lagi di  restoran Saigon Seri Penang. Pelik... walaupun tak berape lapar sebab dah makan banyak mase lunch di Satay House, me tetap dapat melicinkan nasi waktu makan malam di  Saigon Seri Penang. Memang sedap2 makanan di sini, kalau laa restoran2 ni ader di Mesia, mesti me jadik pelanggan tetapnyer. 

Ni antara gambar2 semasa di Vietnam untuk kenangan me.

Di depan masjid di tengah bandar Ho Chi Minh

Berlatarbelakangkan bandar Ho Chi Minh, di hadapan tugu/patung Ho Chi Minh

Ni pejabat pos yang popular tu

Suasana di dalam pejabat pos

Menjamu selera di restoran Saigon Seri Penang

Penerangan mengenai peperangan Vietnam

Lorong Tikus, 4 layer under ground, berakhir di Sg. Mekong. Sengsara sungguh mase peperangankan.

Pintu lorong tikus, muat2 badan jer. Kalau orang Mesia mesti ramai yang tak lepas ni, stuck dalam lubang tu.

Tengok ni muat2 badan jerkan...

Bom2 tinggalan tentera US, macam2 size ader... memang nak membunuh orang ni..

K sampai sini dulu... sambung di Part 2 pulak.

Saturday, July 21, 2012

Me & En. Asben

Assalamualaikum...

Hee.. nak n3 gambaq sendiri laa pulak. Ni gamba mase majlis kesyukuran Anas & Resty hari tu.

Thanks to Zaim sebab amik gamba Cu & Pak Cu. Bukan senang Pak Cu hang tu nak bergambaq.


Thursday, July 12, 2012

Kisah Si Elsa Chan

As Salam....

Huhu... Gara2 beli tiket black market... akhirnyer terkandas kat stesen bas ni. Macam mane nak balik ni. Beg dah laa banyak!! Adoi!!!   Letih otak memikirkannyer & dah tak larat nak duduk kat kerusi ni, sakit pinggang dah ni. Haus pulak tu...susu dah abis. Sedih!! Sedih!!!

Wat muke seposen jerlah!!... mintak tolong ngan orang antarkan balik.

Yeaaaa!!!! berjaya jugak akhirnya balik ke rumah. Seronoknyer!! Seronoknyer!!!
Lain kali tak nak li tiket black market lagi. Serikkk sudah!!! Heee....

Wednesday, July 11, 2012

Anas's Semi Big Day

As Salam...

Sebenornyer dah 2 minggu lebih majlis pernikahan  (29/6/2012) & kenduri doa selamat (30/6/2012) untuk anak saudara me  Anas & Resty. Majlis pernikahan di Rawang, Selangor & majlis kenduri doa selamat di Muar, Johor. Baru ni jer me dapat wat n3 ni.

Semi Big Day? Nape semi pulak yer... sebabnyer majlis besarnya akan diadakan pada bulan Disember nanti,  sekali ngan majlis perkahwinan Azri. Lagi sekali laa, rumah Atam di kampung akan jadi riuh rendah. Kaum kuarga me pun dah cukup riuh rendahnyer, kuarga besor le katekan.

Ni antara gamba2 pengantin yang me copy dari fb. Mase kenduri tu kan me sibuk, so tak dan nak amik gamba & malas pun nak menyibuk2 nak amik gamba kat depan tu.

Pengantin Baru - Anas & Resty

Tradisi kuarga kami, potong kambing golek bukan potong kek tapi kali ni tak dapat nak buat sekor kambing sebab mase beli tu kambingnyer dah dipotong2



 Haa... sekarang ada dah orang tolong lapkan peluh... heee...

Doa dari me semoga Anas & Resty berbahagia selalu hingga ke akhir hayat. 'Berbahagia' yang bermaksud - Mendapat keredhaan Allah & diberikan kesenangan, kedamaian di dunia dan akhirat.  Aminnn!!!