Hani's Precious

Wednesday, July 11, 2012

Anas's Semi Big Day

As Salam...

Sebenornyer dah 2 minggu lebih majlis pernikahan  (29/6/2012) & kenduri doa selamat (30/6/2012) untuk anak saudara me  Anas & Resty. Majlis pernikahan di Rawang, Selangor & majlis kenduri doa selamat di Muar, Johor. Baru ni jer me dapat wat n3 ni.

Semi Big Day? Nape semi pulak yer... sebabnyer majlis besarnya akan diadakan pada bulan Disember nanti,  sekali ngan majlis perkahwinan Azri. Lagi sekali laa, rumah Atam di kampung akan jadi riuh rendah. Kaum kuarga me pun dah cukup riuh rendahnyer, kuarga besor le katekan.

Ni antara gamba2 pengantin yang me copy dari fb. Mase kenduri tu kan me sibuk, so tak dan nak amik gamba & malas pun nak menyibuk2 nak amik gamba kat depan tu.

Pengantin Baru - Anas & Resty

Tradisi kuarga kami, potong kambing golek bukan potong kek tapi kali ni tak dapat nak buat sekor kambing sebab mase beli tu kambingnyer dah dipotong2



 Haa... sekarang ada dah orang tolong lapkan peluh... heee...

Doa dari me semoga Anas & Resty berbahagia selalu hingga ke akhir hayat. 'Berbahagia' yang bermaksud - Mendapat keredhaan Allah & diberikan kesenangan, kedamaian di dunia dan akhirat.  Aminnn!!!

Wednesday, June 27, 2012

Pisang Pelik


Salam Sejahtera....

Pisang pelik...bukan pisang tu yang pelik tapi tangkai dier tu yang agak pelik, berlengkuk2. Tak penah me jumpe tangkai pisang camni.

Pisang ni me jumpe kat salah sebuah gerai di Muo. Saje jer amik gambo wat kenangan.


Saturday, June 23, 2012

Simple But Sweet 3

Salam Sabtu...

Putih & Hijaukannn.... memang ler nampak sweet jer pade pandangan mata me ni.

Ni salah satu daripada keluarga bunga lily. Gamba ni me amik mase balik ke Muo hari tu.

Bunga lily putih yang sweet



Friday, June 22, 2012

Jom Pi Melawat Cik Mon

As Salam....

Balik ke Muo minggu lepas, me berkesempatan melawat cik2 Mon  ni di Tanjung Ketapang, bersebelahan ngan Tanjung Emas. Sebenornya dah lame me tak lawat dema. Dulu2 rajin ler gak pi petang2... kekadang bawak makanan untuk diaorang. Tapi kali ni me pi tenghari... jadiknyer  tak banyak ler cik Mon  yang kuar... dema pun pandai gak, tengah2hari,  panas ler nak kuar.... baik duduk atas pokok lagi best... sejuk & nyaman jerkan.

Kalau pi petang hari.... haaa.... memang banyak cik2 Mon yang kuar.. ada yang dukung2 anak lagi... n sampai naik ke atas bumbung kete pengunjung.

Jambatan ni menghala ke hujung tanjung tu... leh nampak sungai yang luas dihujungnyer

Kat pondok ni ada uncle yang bagi makan kat cik2 Mon ni. Me agak uncle ni memang pengunjung tetap Cik Mon

Haa... ni dier Cik  Mon yang berjaya merampas pisang dari tangan me, sebenarnyer me nak bagi pada adik Mon yang kecik yang duduk kat tepi pondok tu tapi kakak Mon datang ni & amik pisang tu dari tangan me. Lepas dapat pisang terus dia naik kat atas palang kayu kat bawah bumbung pondok tu. Sebenarnya memang Atam ada bagi  pisang tapi belum banyak yang masak... ada 2 biji je yang dah kuning, so 2 biji tu jelah yang me bawak. Nanti bebile balik ke Muo lagi me ingat nak beli pisang banyak2 & bagi kat dema ni.

Antara pengunjung yang datang di tengahari tu

Ni ler kawasan paya bakau tempat abang2 & cik2 Mon tinggal

See this funny cik Mon yang sedang menikmati air redbull. Sebenarnyer dier nampak salah sorang pengunjung pegang air tin ni dan dia mengekori pengunjung tu sampaikan pengunjung tu terjerit2 takut. Akhirnya dier berikan air tu pada cik Mon ni.

Perghhh... bestnyer dapat minum air redbull di tengah2 hari yang panas terik ni... lepas ni dia mesti lebih bertenaga & aggresif...heee..

Rombongan Cik Kiah....hee... Adik ipaq me, Auni, Syukri & Abuza sedang memerhatikan cik Mon minum redbull

Cik Mon sedang bergossip di bawah pokok

Bye Cik Mon.... nanti bebile kita jumpe lagi!!

Thursday, June 21, 2012

Durian-Durian!!!

Assalamualaikum,

Balik Muo lagi.... musim buah le katekan rajin ler balik. Mari2 makan durian...

Ni antara durian yang en Asben kutip di kebun hari tu, yang lain dah ader dalam perut

Anjang sedang membelah durian, tengokc cam senang je anjang buat, cer buat sendiri....terkial2

Me tukang besihkan durian jer, buang daun2 kering, tanah & rumput yang melekat kat kulit durian tu

Jemput semua makan durian

Sunday, June 17, 2012

STMB's 2012 CSE

Assalamualaikum

Me terlibat lagi ngan companynyer CSE taun ni....hmmmm... acik dah letih dah. Harap2 taun depan tukor ler ngan orang lain plak. 

CSE tu diadakan semalam 16/6/2012 kat tempat yang sama di TMCC Shah Alam. CSE dimulekan ngan call tree pada petang 15/6/2012 & me hangit tul ngan sorang staff me tu yang dekat 10 x me call tapi tak angkat2 tipon.

Pagi 16/6/2012 - pukul 8.00am kami berkumpul di HQ, 9.00am crisis diumumkan, then kami  bergerak ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam dalam kol 9.30am, DR dimulakan pada kol 10.30am & habis dalam kol 1.00pm. Mcm smooth jerkan ..... tapi ader cite disebaliknyer.... biarlah kami saje yang tau.

Me, Elle & Siti menunggu crisis diumumkan. Kami mewakili Operations

Shahar & En. Man from Finance

CSE diumumkan oleh CF - Mr. Lee Hing Zhe

Sampai di Shah Alam sudah... penerangan dibuat sekali lagi sebelum DR dimulakan


DR start.... Thana & Chee Fai in the pic 


Selesai sudah CSE kali ni... baru boleh senyum... hee... Semoga taun depan me tak terlibat lagi.

Saturday, June 16, 2012

View From My Office

As Salam...

Dah lame me nak merakamkan pemandangan dari tingkap opis me ni. Bukan opis me ler tapi opis tempat me keje. Dari tingkap opis ni, me leh nampak antaranyer Masjid Negara, Pusat Islam, Stesyen Keretapi KL, bangunan Daya Bumi, Stesyen LRT Pasar Seni, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman  dan kawasan2 disekitarnye. N kat sini tak yah susah2 tengok jam dah masuk waktu solat ke belum sebab azan dari Masjid Negara tu boleh dengar sampai opis me.

N tentunyer me leh nampak Sungai Klang dengan air yang akan berubah2 wanernyer. Kekadang kaler cam air teh (ni biasanyer bila hari hujan ler & kalau ujan lebat paras air tinggi melebihi tebing sungai tu), kekadang wane cam air milo & kalo hari2 biasa wane keladak kehijau2an. Cam tu lah sungai2 kat Mesia ni kan. Mane ada yang besih cam kat luar negara tu, kalo ader pun kat kawasan2 tak kauh dari air terjun kot. 

Kat dinding2 tebing sungai tu banyak mural2 yang dilukis oleh pelukis bebas, jadi hiasan lak pade dinding tebing tu. Sepanjang 6 tahun me bepindah ke opis kat tempat sekarang ni, me tengok dah banyak kali gambar2 tu bertukar2. Sebabnya bile depa lukis, DBKL akan padam dengan mengecat semula dinding tebing tu, seingat me dah 3  or 4 kali gamba2 tu bertukar sebabnye bila DBKL padam, diaorang akan lukis yang baru. N gamba2 tu sesetengahnye memang cantik dan mengagumkan tapi gamba2 baru sekarang ni banyak yang cam gamba2 kat komik & sesetengah tu nampak agak ganas ckit. Me lebih suke gamba2 yang dulu. Me kagum gak ngan diaorang ni, mesti banyak tin spray wane yang diaorang gune untuk menghasilkan lukisan yang agak besar tu tapi kalau dah minatkan... semua leh jadik.

Ni ler dier pemandangan yang suatu hari nanti akan menjadi kenangan dalam hidup me

LRT Putra sedang menuju ke stesen LRT Pasar Seni

 Pemandangan dari arah yang lain pulak  

Kat bawah bulatan tu selalu ada orang2 gelandangan yang tido di situ

Ni sebahagian daripada gamba2 yang ada di dinding tebing sungai tu