Hani's Precious

Thursday, May 5, 2011

Gelas Kaki Tinggi

Salam siaran,

Nak n3 pasal gelas kaki tinggi kali ni. Gelas2 ni antara PML yang ramai peminat2 PML dok kumpul. Hujung miggu lepas, me balik ke kampung Muar, so me amik le gamba gelas2 ni sebelum ianya pupus mcm 2 jerkan.

Semua gelas2 ni, hadiah perkahwinan abang2 me sebenarnya, dah hampir 40 tahun umurnya. Ada 3  jenis yang bercorak & 1 pink plain. Rasanya dulu setiap corak ada 1/2 dozen semuanya tapi sekarang ni jelah yang tinggal. Tak taulah pecah or missing in action.

Sebenarnya ada beberapa jenis lagi gelas2 lama d rumah arwah mak & pak me tu. Nanti bebila me balik me amik gamba gelas2 yang lain pulak.






Hunting PML D Kamunting

Assalamualaikum,


Lama me tak citer pasal PMLkan. Selain masa yang tak mengizinkan, cam me cakap dulu barang2 yang dibeli belum dapat dikumpulkan sekali. Bila dah berkumpul nanti baru me nak wat n3nye.
Kali ni citer pasal hunting PML d Kamunting masa balik Taiping ziarah Pak sakit 2 minggu lepas, hehee...sempat lagi tuu.  Memang pun kalau balik ke Taiping, me jarang melepaskan peluang untuk pegi ke pasar minggu Kamunting tu. Pasar tu diadakan pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu. Sebabnya kat pasar minggu ni antara tempat me mencari PML & rege PML kat sini lebih murah berbanding di pasar karat Stadium Shah Alam & Amcorp Mall. 

Dah beberapa kali me pegi kat pasar karat ni tapi kali me rasanya baru 1st time me terjumpa ngan seller yang sorang ni, fuyooo... barang2 dia memang wat me tergamam sekejap...banyaknyerrr PML. Tu pun ada separuh lagi duk dalam van, dia tak kuarkan sebab tak cukup tempat katanye. Rugi lak me tak amik gamba dia & barang2 dia tu. Tak teringat le nak ambik gambonye sebabnye masa me sampai dah tengahari, punya la panas terik & yang keduanya sebab tergamam tengok PML2 yang memang superb n pelbagai d depan mata.  Seller tu pun tengah dok mengemas dah nak balik sebenornya. Kalau d ikutkan ati memang mcm2 me nak angkut bawak balik. Banyak PML2 yang susah nak jumpa kat sini dia ada, tapi kena la tahan perasaan sbb rm tak berapa mengizinkan.

Barang2 yang me rembat hari tu - cawan mulut lebar gamba ikan mas (antara barang pertama yang me terpandang masa sampai kat situ n hati me terus dalam hati ada taman), me penah tengok cawan ni dalam blog salah sorang otai PML. Lepas tu me beli mug BK yang memang dah lama me cari. Tapi me terkilan sbb cawan kopitiam biru yang me berkenan dah ada orang book (susah nak dapat cawan kopitiam biru ni, selalunya kaler hijau jer).

Lepas tu me singgah lak kat seller yg lain & me beli teko sakura mini & cetak kuih putu kacang (tempat me panggil kuih koye). Dulu masa kecik2, me selalu tolong arwah mak me wat kuih ni bila nak raya. Sakit2 ibu jari menekan tepung kuih tu ke dalam cetak dia.

Ni la gamba2 hasil rembatan me d pasar karat Kamunting kali ni... regenya masih berbaloi2.


cawan mulut lebar ikan mas (macam tak caye jer me boleh dapat cawan ni)

teko mini white sakura

Mug BK

Cetak Kuih Putu Kacang


Wednesday, May 4, 2011

Pak Masuk Hospital

Khamis 21/4/2011 yang lepas pak mertua me dimasukkan ke hospital Taiping sebab bengkak pada kaki kiri dan perlu dioperate. So, hari Jumaat malam Sabtu.... lepas keje, kami terus balik ke Taiping.  

Esoknya kami ke hospital Taiping, melawat pak, memang nampak pak tengah kesakitan yang amat sangat (lepas ubat bius hilang). Tempat yang dioperate tu betul2 di atas tulang kering kaki kiri pak. Selepas  beberapa hari wat 1st operation, doktor buat pulak 2nd operation untuk buang lagi  saki baki penyakit  pak. Kesian pak, sampai 2 x operation.

Masa me wat n3 ni, pak dah balik ke rumah tapi masih teruskan rawatan sendiri d rumah. Apa2 pun me doakan pak cepat sembuh dan boleh jalani kehidupan cam biasa. Aminnn!!




Tuesday, May 3, 2011

Dinner @ Muhammad Abdullah Chin Pulak

Salam Sejahtera,

Lamanyer me tak update blog dek kesibukkan keje. Sekarang ni agak lega cikit la sbb income tax statement dh kurang n sebelum hidup me jadi miserable semula dengan testing mesting & mcm2 projek lain.

N3 kali ni nak bercite pasal dinner d Muhammad Abdullah Chin pulak, ni kira dinner membalas belanja abg & anak saudara me di Redwok hari tu. Tempatnya masih d Bangi jugak. Dah beberapa minggu sebenarnya dinner ni tapi disebabkan kesibukkan yang melanda tak sempat la nk n3.

Ni gamba2 masa dinner tuu.. resepi yang d pilih... lebih kurang je ngan kat Redwok hari tu, bezanya kali ni ada sotong kuang pow, rojak buah & dimsum.

Menu



 Kakak Anis & Baby Orkid

Antara hiasan dalaman yang memaparkan menu restoran tersebut


 Lauk dh sampai, nasi x dak lagi, so masing2 meratah lauk le dulu




Monday, April 11, 2011

Dinner @ REDWOK

Salam Sejahtera,

Semalam 10/4/2011, me & en. husband dinner d RedWok bersama2 ngan family abg me. Time kasih banyak le to my brother (Dato' Salleh) & nephew (Din) yang belanja kami dinner. Time kasih daun keladi ye...hee..

Kami dinner d RedWok, d seksyen 7 Bangi. Makanannye memang sedap... bertambah2 sedap sbb orang belanjakannn. Masa kami sampai dlm kul 8.00 pm, tak ramai orang lagi. Makanan pun cepat dapat.

Tukang oder makanan, c Chimah, anak buah me. Chimah oder tomyam,  lemon chicken, ikan sweetsour, sayur kacang, taufu telur, blackpapper beef & butter prawn. Alhamdulillah...semuanya licin. Ye laakan...rugi ler bayar mahal2 kalau tak habis.

Me ada amik beberape keping gamba masa kat dinner tu. Wawa tekde dalam gambo sbb dia tukang amik gambo2 ni.

                                        My brother, sis in law & baby Orkid

Baby Orkid yang dah ngantuk

Begamba sebelum makan



Antara lauk pauk yang d oder.. tak semua masuk dalam gamba nii..

Saturday, April 9, 2011

Special N3 For Sarah

Salam Hujung Minggu Lagiii!!

Hai... sekarang ni me sibuk memanjang...hari2 balik keje dah malam. Hari Sabtu lak keje sampai petang... hari Ahad ikut en husband p Sg Ramal utk siapkan tempahan. Memang penat sangat2.

Bila hari Isnin p keje pun muka letih semacam jer. Dalam tren siap tetido lagi,  sampai terlepas stesen. Me hari2 p keje naik lrt putra & berenti kat stesen Pasar Seni. Dsebabkan keletihan yang amat... sampaikan me tertido dalam tren. Sedar2 dh sampai kat stesen Masjid Jamek....puhh... nasib baik baru terlepas 1 stesen. Buatnya sedar2 kat stesen Keramat ke or Wangsa Maju ke tak ke nayaa tuu. Hee... sebenarnya bukan sekali me terlepas stesen ni... dah beberape kali dah...hehee.

Haa... hari ni tak keje sbb p kenduri aqiqah Haikal (anak Angah) d Kelang... tu yang ada masa nak mengN3 ni. 

Sebenarnya n3 kali ni dtujukan khas utk Sarah (Amirah Maisarah) - anak buah me yang duk d Kepala Batas, Penang. Time kasih la Sarah ye sbb sudi jadi follower Cu...hehee.

Ni gamba2 Sarah & kakak2 (Along & Angah) & adik2nye (Amar & Amni). Gambar lama ni sebenarnye. Gamba masa me p Penang beberapa taun dulu. 

Okay... sampai jumpa lagi. Tata.



Tuesday, April 5, 2011

Al Fatihah!!

Assalamualaikum..

05/04/2011 - Al Fatihah buat arwah Mak Andak me (Allahyarhamah Hajah Zainun Binti Hj Mansor)  yang meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi. Me dapat call dari abang me, maklumkan Mak Andak meninggal dunia d rumahnya di Petaling Jaya kerana sakit tua. Mak Andak merupakan adik perempuan kepada bapak me.

Last me ziarah Mak Andak masa raya tahun lepas d rumah Kak Intan d Bangi, masa tu pun dia memang dah uzur. Kami sempat amik gambar kenangan ngan Mak Andak tapi gamba tu takde pulak dalam camera me. Me akan cuba cari gamba tu utk wat kenangan.

Me doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarmah & d tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. 

Aminnn!!!