Huhu... me antare pengerak utama yang buat sireh junjung untuk barang hantaran Huda hari tu. Dah orang tak pandai yang buat... maka hasilnyer pun sempoi jer laa kan.
Memule tu pilih daun sireh yang elok, pastu kilatkan guna baby oil. Then siapkan skirt dier dulu... cari padanan daun yang beso & kecik untuk wat skirt tu. Cucuk daun sireh tu ngan dawai... bile ah siap kelilingkan kat gabus tu. Dah siap skrit, letak pulak bunga2an kat atas skirt. Pas tu amik pulak daun sireh yang lain & wat macam kelongsong kertas bungkus kacang putih dulu2 tu & lekatkan pada bahagian atas bunga. Last sekali cucuk jer laa bunga2an aper yang ader & juga pinang, gambir, kapur & bunga cengkih yang dah digubah cam bunga tu (yg ni recycle daripada pihak lelaki punya sireh junjung mase majlis tunang dulu... heheheee... tak elokkan membazir, so recycle la :D)
Ni laa hasil tangan me & anak2 buah me... Aimi, Hana & Huda... Boleh laa dari takde tapi cam kelakar jer bunga besar yang paling atas tu.. huhu...
No comments:
Post a Comment