Hani's Precious

Wednesday, January 1, 2014

2014 Dah!!!

Salam Sejahtera...

Cepat jer mase berlalukan... pejam celik... pejam celik... dah berakhir 2013 & muncul 2014.

Me tak faham nape depa dok meraikan or meraya2kan sangat tahun baru masihi ni, sampai berhabis duit berjuta2... denga cite 15 juta tu. Dalam pade mase rakyat disuruh berhemah dalam perbelanjaan, disuruh berjimat cermat tapi senang2 jer depa menghabiskan duit rakyat.... 15 juta bukannyer 15 ribu. Macam2 boleh digunakan untuk kebaikan rakyat dengan duit sebanyak tu.
 
Suke laa sangat nak menyambut 2014, tahun yang mencabar bagi rakyat Mesia... taun kenaikan harga barangan & jugak perkhidmatan. Time kasihlah pada BN & juga orang2 yang mengundi BN tuu!! Me dah malas dah nak berlapik2... Kita kena ader pendirian & berani tunjukkan pendirian.
  
Hadiah untuk rakyat Mesia...
Tapi bukan ni jer yang naik, banyak lagi barang2 keperluan harian yang naik. Dah kalau keperluan asas cam petrol & elektrik naik, hang pa dok ingat barangan lain tak naik ka? Mende2 tu semua kait mengait beb... tak kan laa tak boleh pikir. Tak guna jadi pemimpin kalau mende basic cam ni pun failll!!!
 
Nasib Ku Rakyat Biasa... Tahniah to Dr Maza kerana faham dengan nasib rakyat marhaen
 
Mase me menaip entry ni sambil me mendengar radio. Haaa... Tu diaaa... berita kat radio melapurkan pengusaha2 kantin sekolah dah mula naikkan harga makanan RM0.50 ke RM1.00. Aduuhaiii!!! berape ringgit lak nak bagi duit belanja kat anak2 sekolah zaman sekarang ni kan. Zaman me sekolah rendah dulu RM0.20 ke RM0.50 jer. Air bawak bekal & RM0.20 tu beli nasi lemak or mee goreng. Agak2nyer budak2 sekarang minimum duit belanja RM5.00 kot. Kalau orang berkemampuan... boleh laakan. Macamana dengan anak2 orang yang susah & kurang berkemampuan tu. Tak kesian ke tengok diaorang. Nak bawak bekal hari2 pun belum tentu ader menda yang nak dibawak.
 
Satu lagi yang menakutkan me sekarang ni ialah rege rumah, melampau2 naiknyer... Kalau setakat 200k tu cuma leh dapat apartment jer. Rumah teres & kondo... berjuta2 regernyer. Paling2 murah pun dah dekat setengah juta. Tak tau ler mase depan nanti macamana laa nasib anak2 sekarang ni nak beli rumah. Mampu ker diaorang?
 
Apa2 pun me berdoa supaya hari2 mendatang akan bertambah baik & jugak me berdoa sangat2 supaya Allah mengurniakan kesedaran & jugak kebijaksanaan kepada pemimpin2 47% di Mesia ni supaya lebih faham dengan keadaan semasa & jugak masalah2 yang dihadapi oleh rakyatnyer. Kalau  tak nak berubah... menjawab laa ngko besok ya... Ingat senang ke nak jadi pemimpin.
 

No comments:

Post a Comment