Destinasi seterusnyer -> Kg. Morten. Kampung tradisional melayu @ muzium hidup sebab rumah2 tu masih berpenghuni & menjalankan aktiviti harian macam biasa.
Dah lame me dengar pasal kampong ni tapi tak penah pegi pun. So, kali ni memang me tak akan lepaskan peluang. Me terpikir kenape ye namanyer Kg. Morten... cam name mat salleh jer tapi kampong ni perkampungan Melayu. Rupe2nyer name Kampung Morten ni sempena nama sorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Dari sumber yang me bace, Morten dipercayai memainkan peranan penting bagi membina semula kampung itu pada tahun 1920-an, sementara pengasasnya dikenali sebagai Allahyarham Othman Mohd Noh. Bleh bace kat sini untuk info Kampung Morten.
Rupe bentuk mukabumi Kampung Morten... di kelilingi Sungai Melaka. Asal2nyer dulu kawasan paya ni. Rumah yang paling cantik, rumah yang wane hijau tu. Tu lah rumah pengasas kampong ni... Allahyarham Atuk Othman Mohd Noh
(Gamba ni me pinjam dari Kosmo)
Ni gamba2 yang me amik hari tu.. suke tengok rumah2 tradisional macam ni. Banyak gak rumah2 tradisional kat sini yang dijadikan homestay. Sesuai untuk pelancung yang nak rase kehidupan di kampong melayu
Ukiran kayu, barang2 lama, laman yang dihias cantik & model rumah melayu yang cute sangat kat sudut rumah ni
Model rumah melayu yang me rase cam nak angkut bawak balik jer. Me suruh En Somi buat, dier kate boleh tapi tah zaman bile laa kan tapi dier memang minat kerja2 tangan cam tu. Me caye dier boleh buat cume mase jer tak berape nak ader
Tengokk niii... dalam rumah comel ni dihiasi dengan kuih muih (replika jer), teko comel & cawan comel bunga kangkung yang diletakkan dalam dulang ayan gitiew
Kolam kecik kat depan rumah yang tenang.. itik batu tu bergerak2 ikut arus air
Ni rumah sebelah rumah pertama yang me lawat tu.. rumah ni pun osem & ader tangga batu yang cantik
Rumah ni pun ader model rumah melayu jugak
N satu lagi model rumah yang cute dalam taman mini depan rumah
Pandangan depan model rumah cute
Masuk pertandingan rumah berhias agaknyer rumah ni
Jambatan Kg. Morten yang merentasi Sungai Melaka
Haaa.. ni lah rumah pengasas kampong ni yang me cite tadi. Rumah Allahyarham Atuk Othman Mohd Noh. Rumah ni dinamakan Villa Sentosa. Villa Sentosa ni dibukak kepada pengunjung setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali Jumaat pada pukul 2 hingga 6 petang.
Mase kami dating hari tu... teragak2 nak masuk sebab rasenyer ader sedara tuan rumah datang hari tu, diaorang tengah makan2, so cam tak manis laa nak kacau kan
Setakat ruang ni jer yang kami masuk, cam pelik sikit sebab ruang tengah ni open. Duk kat sini malam2 mesti best, leh tengok langit, bintang & bulan tapi kalau hari hujan basah la kan
Ni ler bot yang me tak dapat naik mase malam tu. Pengunjung dibawak mengeliling Sungai Melaka & antaranyer lalu kat depan Kg Morten ni. Kebetulan bot ni lalu mase me ader kat situ
Pemandangan Sungai Melaka dari salah satu jeti kat depan rumah di Kg Morten... tetibe me rase cam kat Holland gitiew. Teringat2 suasana kat Holland dulu... kat depan kebanyakkan rumah, mesti ader jeti & bot sebab rumah diaorangkan kat tepi2 terusan air tu... cantik sangat pemandangan kat sana . Holland sinonim dengan name Negara Terusan Air
Alhamdulillah... selesai sudah lawatan di Kg Morten, antara tempat yang me memang sangat teringin nak lawat.
No comments:
Post a Comment