Hani's Precious

Sunday, November 9, 2014

PML Pemberian Mak Su

As Salam..

Pinggan lama pemberian Mak Su ni dah lama dapatnyer. Baru ni jer dicuci & amik gambo. Time kasih banyak pade Mak Su yang bermurah hati. Pinggan ni warisan tuk nenek dulu2.. mau 80, 90 taun kot usia pinggan ni... tah2 lebih lagi. Pinggan corak batik ni setakat yang me penah tengok ader 3 wane.. Coklat, Hijau & Biru.

Terpegun tengok pinggan mangkuk lama kat rumah Mak Su. Orang dulu2kan suke buat para2 kayu untuk letak pinggan mangkuk. Para2 kayu kat rumah Mak Su punya laa besar & tinggi. Ada 2 para2 & 1 para2 penuh dengan pinggan corak Batik & 1 para2 lagi letak pinggan Kekwa Merah. Tu belum lagi set teko & cawan2 lama, yang me ingat ada set Bunga Gandum dalam almari Mak Su. Me kalau  pegi rumah Mak Su ni... beso jer biji mate me memerhatikan PML2 dia.  Nanti lain kali kalau me pegi rumah Mak Su me nak amik gambo PML2 tu.
 
Cenderahati dari Mak Su... 1 pinggan hidang yang gedabak besornyer, 1 pinggan makan & 1 piring kuih. PML corak batik yang ni me rase kuaran Jepun sebab mase me kecik2 dulu pun arwah mak ader pinggan makan cam ni, jenama Kokura kalau tak silap.
 PML ni Mak Su yang offer yer bukan me mintak. Kecik tapak tangan, boot kereta me tadahkan... Heee!!


Yang ni pun same... Mak Su bagi jugak. 2 piring kuih keluaran Johnson Bros England

Kyber ni me selalu gak jumpe

Tapi yang Marlboro ni 1st time jumpe

Satu kekurangan PML kuaran England or Jepun ni sebab lama2 dier akan retak seribu... tak macam pinggan mangkuk kuaran China yang sentiasa cantik walaupun berkurun digunakan kecuali kalau pecah. Setiap sesuatu tu mesti la ader kelebihan & kekurangannyerkan. Kalau tak retak or tak pecah... nanti tak dapat lak nak merase pinggan mangkuk baru :D

No comments:

Post a Comment